31 Januari 2009

"JANGANLAH KITA BANGSAT SANGAT"

setelah mengalami penyakit kronik serta PARAH tadi aku keluar dari rutin harian aku buat sementara waktu. disebabkan susunan perkataan yang menyakitkan hati aku tadi datangnya dari telefon bimbit aku, aku lemparkannya jauh di timbuan bantal-bantal di bilik. hanya keluar membawa keperluan yang perlu.

aku keluar mencari seseorang sehingga kerumah, tiada orang lain yang bermain dalam kotak fikiran aku. BURAGAS.

Bergerak kerumahnya menggunakan tunggangan beroda dua.

pin..pin..pin..piiiiiiinnnnnn....................

hanya ungkapan ini yang keluar dari mulut kurang sekolah aku setelah melihatnya menjengah muka:

'bawak-bawakla masyarakat, tak kan nak berpeluk aje'

dia hanya tersenyum sambil membetulkan kain pelikat yang digunakan. memang dia sudah paham jika aku berkunjung kerumahnya dengan bahasa yang kurang sopan seperti itu.

haluan ditetapkan, kali ini warung cik Rohani janda Pak Pak menjadi destinasi membuang masa dengan bualan kosong dan carut marut serta kutukan. sedang enak menikmati teh tarik, aku di datangi oleh Tuan Penghulu Pakatan Rakyat En. Din Khamis menghulurkan sehelai kertas. aku menyambutnya, tenung...dekat...jauh dan dekat kembali. Borang, tajuknya Permohonan Penempatan Di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin. Aku hulurkan borang itu kepada Buragas dia hanya mencebikkan mukanya.

Rancaknya perbualan mengenai borang itu di warung cik Rohani janda Pak Pak, aku hanya sekadar mendengar dan menokok tambah apa yang kurang dalam perbualan tersebut. cuma aku tertarik dengan kenyataan ini. kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang tua yang lebih dikenali dikalangan warga setempat dengan nama Pak cik Wahab Todi.

kenyataannya berbunyi seperti ini:

"sekarang adik beradik seperut pun bukan boleh percaya, adik beradik lain perut lagilah. kawan-kawan telahlah. masa senang ramai keliling, masa susah payah nak ada. tapi bukanlah semuanya sama. Janganlah kita ni bangsat sangat"

sinis benar sindiran tersebut, sindirannya bersahaja sambil mengulung rokok daun nipah dan tembakau cap kapal terbang sahaja. aku yakin dia sedang menyindir seseorang yang sama-sama sedang minum di warung tersebut. cuma aku tidak tahu siapa. hanya melihat seseorang bangun dari tempat duduk dan menolak kerusi tersebut dengan kasar.

tertarik benar aku dengan ayat "JANGANLAH KITA NI BANGSAT SANGAT"....!







nota tercicir
.......................
sama sahaja bagi aku
sekali kita kena seperti yang ada dalam kenyataan itu
ada kalanya senang dilupakan
kadang kala menjadi parut yang buruk

benar kata-kata orang tua-tua

.....................................................

10 ulasan:

Zahari Ismail berkata...

tak tau nak komen...

MaHlukPerOSaK berkata...

bro nape nie...sesakit, tersakit disakiti je nie......releks k.

fahruzzaman.Ismail berkata...

Zahari Ismail: aku menulis bukan utk dikomen. hanya mengajak orang berfikir sejenak tentang perkara2 yang kadang2 ramai yg xpernah rasa.

maap...aku menulis menggunakan susunan ayat yang agak kronik. aku suka begitu...

mahlukperosak: releks...kalau ko ada depan aku, ko bleh tengok betapa manisnya senyuman aku...hahahahahaa

hidup ibarat roda...

a.b geldofg berkata...

dulu bangsa kita sgt2 hebat

Farie Amrah berkata...

sokong jte pak wahab tu.. :)

Pekerja Kontrak berkata...

dulu kita ada pemain bola yang hebat.....

eh... ngam tak ni????

Unknown berkata...

hhmm...
bangsat btul org tu kn..tapi kite pun tanpa disedari jadi "bangsat" gk...
yer ker..???

fahruzzaman.Ismail berkata...

ab: cerita dulu jadi benting utk kita supaya jd lebih baik.

FARIE: jgn sokong melulu...fikir dahulu. Pak Wahab org yg sangat pelik. Pernah dia bertanya pd seorang ustaz 'Berapa gaji malaikat maut?'...

Dato':kira ok la tu....seeehhh

Tengku: Ampun Tengku...
BANGSAT? tahu maksdnyer?
sbb tu tajuknya seperti itu...'janganlah kita bangsat sangat'

DrSam berkata...

Kata-kata Pak wahab todi tu ditujukan kepada Cik Rohani janda Pak Pak tu sebenornya. tapi biasalah, ada yang termakan cili terus terasa pedasnya.

kita jadi bangsa apabila merempat ditanahair sendiri.

fahruzzaman.Ismail berkata...

mungkin juga begitu...
xpasal..cik rohani tu.
heheheeee

betul..tp bangsa kita sengaja suka dibangsat2kan.