12 Januari 2009

BILA PAKAIAN KAMU SUDAH TIDAK BERJAHIT...

"ibumu melahirkanmu, hai menusia dalam keadaan menangis
sedangkan orang-orang disekeliling kamu tertawa bahagia
berusahalah agar ketika kamu meninggal dunia nanti mereka menangis
sedangkan kamu didalam keadaan tertawa bahagia"

petikan sebuah syair dari buku tulisan Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

***********

Sekitar jam 12.3o tengahari jenazah Allahyarham abang kepada rakan aku samapai dari Hospital Taiping.

Tidak perlu bedah siasat, Allahyarham hanya mengalami lelah sahaja sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Jika begitu...

KENAPA perlu menunggu sehingga hari ini baru jenazah tersebut dibenarkan untuk dibawa balik?

Berfikir

Fikir

Fikir

dan

Fikir

MUNGKIN disebabkan semalam hari ahad, pemandu ambulans tersebut masih bercuti bersama-sama keluarga tercinta.

atau

MJNGKIN pemandu tersebut takut untuk memandu seorang diri kerana ketiadaan kawan setelah selesai menghantar jenazah tersebut.

MUNGKIN

Setelah jenazah Allahyarham tersebut dibawa kedalam rumah, terdengar seorang tua yang bertaraf Imam Besar di Felda ini berkata:

"sebelum azan Asar nanti bawa jenazah ni ke masjid, selepas sembahyang Asar nanti kita sembahyangkan"

KENAPA mesti menunggu sehingga Asar?

Sedangkan jenazah tersebut sudah menjangkau 2 hari bisik hati kecik aku....

Jenazah Allahyarham juga sudah disempurnakan oleh pihak penjara dan Hospital Taiping dan hanya perlu disemadikan sahaja.

Sekitar jam 6.15 petang, jenazah Allahyarham selamat disempurnakan dalam suasana hujan renyai-renyai.

Alhamdulillah...semuanya selamat.

nota tercicir
SEDIH melihat sambutan masyarakat setempat terhadap jenazah tersebut
berlebih-lebih jari jika mahu mengira mereka yang datang ke tanah perkuburan tadi.

Al Fatihah buat Allahyarham semoga rohnya dicucuri Rahmat dariNya.


...............................................

4 ulasan:

qilaalott berkata...

al-fatihah...

AiE bAhRi berkata...

salam takziah buat keluarga arwah dan al-Fatihah untuk arwah.

Yang pergi takkan kembali lagi tapi bila memikirkan keadaan masyarakat yang suke menangguhkan urusan jenazah sehingga lambat diuruskan adalah amat kesal sekali.

Hanya si mati yang merasai betapa seksanya jika yang hidup lambat menguruskan jenazah mereka.Wallahalam.

HafHaf berkata...

hanya terlintas satu makna
"inalilahi wa inalilahi rojiuun"

euphoriapelangi_riangria berkata...

al-fatihah..
semoga ditempatkn di kalangan mukminin yg soleh..