28 Ogos 2010

betul! saya suka masak...

tadi tempat keja aku ada budak baru masuk.
bukan tetap la.
sampai 30hb ni aje kata dia.
budak lelaki.
apa namanya tah, aku lupa sudah.

sembang2...
bdk uitm puncak alam katanya.
amik kos masak.

respect gak aku kat bdk ni.
minat masak.
minat old kitchen lagi.
api yang besar2 tu.

cayala lu mat...

dia bgtau la resepi2..
cheese kek la..
rendang tok la..
ayam panggang la..
terliur gak aku.
mau idak kul2 petang citer pasal makan.
mmg meronta perut aku tadi.

nasib tak pegi delica beli nasi ayam.

hahaha.....


............................................

25 Ogos 2010

disini menyesal dan kecewa....

dorg ckp gaji kuar hari nih...
dengan penuh rasa ghairah dan gelojoh.
aku bangun seawal pukul 830pagi.
sedangkan aku tahu bahawasanya aku bercuti hari ini.

capai tenggiling...
memacu laju ke kandang harimau.
ternyata semua dusta semata2.

sebab kaunter harimau tu tulis baki yang tidak meningkat pun.
kalau dlm iklan tu ada cakap "anang ngirau indai.."


tapi aku betul2 ngirau sekarang.



mcm mane nk beli ayam percik wat berbuka kang nih.....

isk..isk..

..........................................................................

23 Ogos 2010

apa nih....

zzzZZzzzzzz........

ada suara panggil nama aku

bangun!bangun!banggguuuuunnnnnn!!!!

hari ni raya dh

eh...dh raya ker?

buka mata

sekali kakak au gerak sahur dah.

kakak aku memang sorg yg tak senonoh kdg2
bergurau tak ingat pny dalam.

ceh!!!

.................................................

20 Ogos 2010

bila Pak Tam mulai risau

semalam....
sejejak je kai aku melangkah kat offc.
berdering telefon.
yg call tu call la.
yg msj tu msj la.

ada meeting pukul4.
bos nk jmp ko kat offc.

ada kau kesah!
ada aku nk semak!

afternoon bos... (sedikit senyuman sinis lg plastik dicampakkan)

masuk! (kau tak pelawa pun aku dh msk bonggok!)

u ada tau knp kita tarak dpt capai itu actual target dlm 3 hari yg lepas.
tarak capai itu 10k u tau.

ah! Pak Tam ni.
bengong per tny soalan tu pd aku.

sy sdg risau u tau.
ini mcm kalu, itu Tim Golding msti mari sini mau check.
apa sy mau ckp????

aku tarik nafas lega bila Pak Tam mulai risau.
biar dia tau rasa.

Pak Tam yg risau
akulah yang semak

nk mlayan visit mat ngan minah saleh.
tak jemu ker diorg nih...
asyik nk meronda pastu complain mcm2.

adoiyai...

semak!!

............................................................

hari yang penat.
dh tentu balk kul1 pg hari ni.

18 Ogos 2010

bertenang je hari ini

ya...
begitula.
aku bercuti hari ini.
setiap yang bekerja pasti menunggu hari2 cuti mereka.
pasti banyak perkara yang ingin dilakukan.

bertenang sahaja hari ini.
cuaca juga baik2 sahaja.
jika tidak sekitar jam 3petang pasti akan turunya hujan Rahmat dari Tuhan.

berbuka juga aku memilih untuk bersama rakan taulan diluar.
secara sederhana.
nikmat bersama rakan taulan itu lebih penting.

cuma sekarang mula berasa bosan.
hujan sudah mula membasahi bumi.
aku terperuk di rumah.

esok mula tugas di sebelah petang...
seperti biasa akan mula terasa sengal badan

rasa malasnya nak masuk keja esok.huh!!!

............................................

16 Ogos 2010

berceritalah....

hari yang berlalu dengan tenang sekali....

seperti biasa aku bekerja hari ini.
mengikut keperluan duniawi yang menghimpit kehidupan.
hanya setakat pukul 12 tengahari.
setelah itu aku keluar atas urusan kerja.

dari sekitar Rawang aku menghala ke Kuala Selangor.
selesai.

dalam pejalanan pulang terserempak dengan satu kemalangan motosikal.
pemandunya tidak aku kelihatan akibat dikerumuni orang ramai.
motosikalnya sahaja yang aku nampak tersebit di antara 2 paip air di tepi sebuah selekoh.

dahsyat jugak...

disebabkan aklu pun seorang penunggang motosikal.
terasa untuk memandu berhati2.
hujan turun membasahi bumi serta aku juga.

niat untuk singgah ke bazar Ramadhan dibatalkan.
niat mencari kuih bahulu kemboja dan murtabak daging Pak Hamzah gagal lagi.


........................................................

USANG MENANTI REBAH

Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua rakan taulan.....

perrgghhh....gila usang blog aku.
lama benar tidak menjengah untuk di isi dengan kata-kata nista
curah rasa dusta tertipu dan sebagainya.

di panggil semula untuk mengisi kekosongan tersebut dalam masa terdekat.
akan dicuba sedaya upaya untuk itu.

dari mana hendak dimulakan dan diperdahului.

yang terutama Usang Menanti Rebah itu perlu dibaiki dalam masa terdekat ini.

insyaaalah akan dimulakan mulai esok...hohoho


..........................................................