03 Januari 2009

PENGADU DAN PENDENGAR PENGADUAN

Menarik nafas untuk menikmati segarnya udara tahun baru.

Sempat...dan tersekat-sekat.

Seperti sedia kala, tiada kelainan melainkan sama sahaja.

Ya..sama sahaja!

Tiada rasa manis, masam mahupun tawar.

Yang dirasakan hanya pahit...BENAR!

Pahitnya lebih dari hempedu.

Dugaan, cabaran, masalah, rungutan, mengeluh sama seperti itu.

Hari cerah hanya merindukan mendung yang menanti turunnya hujan.

Bersendirian menjadi pilihan yang cukup tidak munasabah ketika ini.

Mencari pendengar pengaduan tidak semudah mencari pucuk paku di belakang rumah.

Sekali lagi kotak kecik dan sebilah mancis itu mengejar untuk memerangkap.

Lapik kaki yang melindung sudah nipis...lemparkan! Untuk mendapatkan kelajuan berlari.

Menunggu! Menanti! Bukan masanya...

Siapa?

Siapa?

Siapa?

Menoleh!

Tiada...Sendiri hanya ada kelemahan dan kepenatan.

nota tercicir

...................................................................

11 ulasan:

vidadarisakura berkata...

bersendirian adalah pilhan paling munasabah.
sekian

Lelaki dan Bunga berkata...

best ooo sendiri2 ni...

salam perkenalan

ifahruzzaman berkata...

cik vidadarisakura: bagi aku bersendirian adalah tidak mendatangkan manfaat berguna buat masa ini.

Lelaki dan Bunga:
tidak sama sekali kepada kau.

salam perkenalan buat kamu juga..

ab geldofg berkata...

kadang sndiri tu lebih nyaman....tnya vida

vidadarisakura berkata...

iya2...tanyala saya..
hee

DrSam berkata...

Manusia memang cepat lupa.

Namun bersyukur kerana masih tidak lupa untuk menyedut udara ini...kelmarin...hari ini ...dan esok.

ifahruzzaman berkata...

ab geldofg: Yaa...cik vida mmg suka bersendiri.tah apa yg dia wat sendiri2 tu...haaa..haaaaa....

vidadarisakura: pe yg ko wat kalu sendiri?korek idung eeehhh...hahahah

DrSam: Alhamdullillah...
setakat ni aku blum berniat utk menjadi hamba yg kufur nikmat.

syukur....

ab geldofg berkata...

aku tau apa vida buat bila dia sndirian hehehehe

ifahruzzaman berkata...

hahahaha...ada bibit2 nk pcah rahsia dh ni..nasib kau la vida. ab dh nk kantoikan kau nih....

vidadarisakura berkata...

hoh..
pacik ab..
adaka ko suda menukar propesen menjadi paparazi?
sabar..aku belum jadi artis.

ifaraziah..sebenarnya bila aku sendiri aku menari dangdut sambil dengar lagu2 ifaraziah.


kool man!


haha

ifahruzzaman berkata...

cik vidadarisakura: cayalah cik vida!
ayo..ayo..joget sampai pagi!

layan la dangdut..gerudi eh ci vida?

ab ngah training jd paparazi la tu cik vida..btolkan ab.kan..kan..kan