29 Mac 2009

PIHAK BEKALAN 'API' MAIN ACAH-ACAH SEMPENA KEMPEN ITU

EARTH HOUR
mungkin sudah mencapai hasrat yang telah dinyatakan dan diinginkan.

aku sebagai seorang yang prihatin dan bertanggungjawab (ayat tak boleh blah) menyahut untuk turut sama dalam menjayakan hasrat tersebut.

keluarga aku juga turut berkobar-kobar semangatnya namun terbatas.
2 buah rumah yang dimiliki hanya menghidupkan 1 lampu sahaja dalam 1 jam tersebut.
kerana untuk memudahkan pergerakkan mbah (nenek) aku yang sedang uzur bergerak.

namun...
disebalik kerancakkan kempen tersebut.
berlaku sedikit kelucuan dan mungkin kejutan.

___________________________________

aku menerima jemputan kenduri tahlil daripada rakan aku.
selepas solat isyak katanya.
jadi aku bersiap untuk memenuhi undangan tersebut.

bermula kira-kira jam 825 malam.
berlaku 'blackout' di seluruh penempatan aku.
tak lama, mungkin dalam kurang dari 5 minit.

aku sampai ke rumah rakan aku kira-kira jam 855 malam.
kira-kira tepat jam 900 malam.
sekali lagi berlaku 'blackout' di seluruh penempatan aku.
sama seperti tadi.

dan

kira-kira jam 91o malam majlis tahlil tersebut bermula.
Imam yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai majlis tersebut memulakan majlis.
sedang penuh khusyuk dan tawaduknya Imam tersebut mengetuai tahlil tersebut.
berlaku selaki lagi 'blackout' kira-kira jam 920 malam.

berlaku sedikit kekecohan apabila Imam yang mengetuai tahlil tersebut terkejut mungkin.
gelap menyelubungi majlis dengan tiba-tiba.
siap dengan latahnya sekali.
habis tahlil yang diketuai oleh Imam tersebut.
entah kemana melencongnya.
bukan Imam sahaja, terdapat 2 3 orang jemaah yang turut terkejut dan melatah.

beristhigfar panjang Imam.
siap mengucap lagi.
setelah reda, tahlil tersebut dimulakan dari mula.

aku tersenyum dan ketawa dalam hati.
mengenangkan Imam yang melatah dengan perkataan yang sedap sangat didengar.
*&&(^*%&%$$^##^%^*(*)*(&%^#$!$##^&^()(

ada yang tertawa apabila terjadi sebegitu tadi.
aku juga begitu.
tapi terpaksa menahannya untuk menjaga hati tuan rumah dan rakan aku.

setelah melewati 930 malam.
reda sehingga sekarang.
pihak tersebut memang suka main acah-acah.
mungkin membawa mesej untuk mengingatkan pengguna untuk memadamkan lampu kata aku.













nota tercicir
Imam tu cakap dalam majlis tadi.
'macam mane la aku boleh terlepas sebut benda2 yang bukan2 tadi!!??? haih....naya sungguh'

......................................

28 Mac 2009

REWIND TAPE



















nota tercicir
kenangan itu masih melekit dalam kotak memori.

........................................

27 Mac 2009

MURUNGNYA HARI-HARI INI

masih hujan lagi.
bermenjak2 ni hujan mula beralih ke petang hari.

aku mempunyai kelapangan petang tadi.
singgah di sebuah warung bersama beberapa orang rakan.
berbual sambil menikmati teh tarik dan cucur udang panas.

ada seorang tua menyatakan.
katanya:

'kata orang dulu2, kalau hujan hari jumaat biasanya dalam seminggu kehadapan akan hujan berterusan'.

tapi itu dulu la katanya. ada juga orang yang lama2 masih gunakan teori ni, katanya.

ada beberapa teori2 lama yang diperkatakan tadi.
aku hanya sekadar mendengar dan tersenyum.
sekurang2nya aku mendapat pelajaran baru hari ini.
bukan senang nak tau hal2 orang lama ni.

petang semalam seorang rakan aku melayangkan khidmat pesanan ringkas menyatakan moyangnya meninggal dunia.
aku sekadar menyatakan ucapan takziah dan menyatakan jika tidak banyak perkara aku akan datang menziarah ke rumahnya.
setelah bersiap hujan mula turun membataskan pergerakkan.
jadi aku mengambil keputusan untuk menziarah keesokkan hari.

tengahari tadi.
setelah menyiapkan kerja.
aku ke rumahnya.
sesampai, orang telah memulakan proses menguruskan jenazah moyangnya.

kami berbual di luar.
rakan aku menyatakan moyangnya sudah berusia 106 tahun.
aku teruja mendengarnya.
106 tahun umurnya mengikut tarikh yang tertera di kad pengenalan.
tapi...
kebanyakkan orang dulu2 lewat mendaftar tarikh kelahiran katanya.
umurnya mungkin lebih itu.

dalam usia 106 tahun.
Allahyarhamah moyangnya mempunyai lebih daripada 60 orang cucu dan cicitnya menjangkau 50 orang kata rakan aku.
dia sahaja merupakan cicit yang ke 47.
besar keluarga Allahyarhamah kata aku.

aku mengambil keputusan untuk turut sama semasa upacara pengkebumian tersebut.
selesai sekitar jam 1230 tengahari.
aku memecut pulang.

dalam perjalanan balik.
aku masih teruja tentang 106 tahun itu...
____________________________________________

1 2 hari ini banyak urusan duniawi yang aku kejar.
mungkin ada yang berciciran.
badan aku semakin lesu, kaki mula sengal akibat banyak mengejar.
aku merancang untuk mencari sedikit ketenangan.

kebiasaanya...
aku mencari ketenangan itu di tepi tebing sungai, kolam atau lombong.

ya...
aku merancang untuk memancing.
kata mereka jika air sungai keruh seronok untuk mencari ikan baung.
umpannya digelar 'tapa'.
perut ayam yang diperam dalam botol.

dulu aku pernah muntah masa mula2 guna umpan ni.
sampai lembik aku muntah!
sampai sekarang.

kalau nak guna.
aku akan sapukan minyak cap kapak pada hidung.
sarung tangan adalah wajib.
WAJIB!
kalau tak, memang tak lalu makan nasi la jawabnya.

banyagkanlah bau perut ayam yang diperam dalam botol kedap udara tu.
yaaaa ammmmpun!!!!!
tapi itu la umpan yang paling ampuh.

aku mula teringat akan dendam aku terhadap ikan2 yang sombong dengan umpan aku.
mereka ingat aku akan lupa bila aku tidak lagi menjejakkan kaki ke gigi air.
mungkin tidak.

lupakah mereka.

"asam digunung, garam di laut. dalam periuk buat gulai lemak'











nota tercicir

esok kena tutup lampukan.
dah beli lilin....?
hehehe
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

25 Mac 2009

MEREKA KATA KALAU DALAM SITUASI BEGINI SYAITAN ITU BERGAYUT-GAYUTAN DI BULU MATA...MUNGKIN JUGA!?

diluar hujan mencurah-curah lebat.
aku mula terasa hawa-hawa kedinginan itu kini menusuk.

memandang ke kaki katil.
aku tidak berpuas hati.
bingkas bangun.
meraba-raba dengan tangan mencari selimut tebal aku.

oh...aku lupa.
mak aku membasuhnya tadi.
bergerak mendekati 'punat' kelajuan kipas angin.
cukup dengan tahap kelajuan 3 aku rasa.

mula berbaring semula.
mata aku semakin layu dibuai oleh irama curahan hujan yang menyentuh bumbung kediaman.
tenang ditambah dengan alunan muzik dari corang radio zaman jepun aku.

aku mahu tidur.
kerana esok aku harus bangun awal untuk mengejar hal-hal duniawi lagi.












nota tercicir
cikgu suka main bola
hari-hari cikgu suka.............tidur.

jangan jadi seperti itu!

........................................

24 Mac 2009

POKOK PISANG PUN KENA GERGAJI...DAHSYAT!!!

percaya?
tak percaya...?

hakikatnya memang begitu.

tak la banyak.
dengar khabarnya dalam 5 tandan pisang aje.
tapi kadang2 indah khabar dari rupa.

tak kisahla.
yang aku kisahkan.

bebudak yang merembat ni.
pisang pun jadi.
penat orang tua tu berladang belakang rumah.
yang dahsyatnya guna gergaji tu.
pokok elok tegak berdiri macam tiang bendera kat dataran merdeka.
buahnya dah kena gergaji.

simen yang orang nak buat rumah pun kena rembat jugak.
tog gas dekat kedai Milah Janda dengan rumah Hamid Santan tu pun kena rembat jugak.
haih! melampau....!!












nota tercicir
dulu kecoh orang pecah rumah.
sekarang rembat pisang pulak.
nak berladang pun tak selamat dah..

.....................................

23 Mac 2009

BUKAN AMN,DKM,DMN TAPI TETAP SATU GELARAN

tadi masa aku tengah lepak-lepak dengan 'member2', datang seorang pemuda dalam lingkungan umur pertengahan 20an kot.
ingin bertanya katanya.

setelah memberi salam.

"tumpang tanya, rumah Ahmad B. Yasin dekat mana?"

berkerut aku dan 'member2' aku memikirkan siapa Ahmad B. Yasin ni.

"Ahmad B. Yasin yang mana satu yer?" kata member aku.

dia menjawab.

"dia ada pakai volkswagen hijau" katanya.

baru dapat tangkap.

"ooooo...pak cik Mat B." kata aku pulak.

setelah memberi tunjuk arah pemuda tu terus blah.

____________________________________

dekat penempatan aku ni, kalau orang luar datang memang payah nak cari rumah orang yang dorang cari kalau setakat tahu nama yang tercatat dalam kad pengenalan jer.
sebab kebanyakkan orang-orang kat penempatan ni dikenali dengan gelaran masing2.
kebanyakkannyer yang tua2 la.
yang muda2 pun ada jugak tapi tak la ramai sangat.

yer la..
kalau yang nama Ahmad tu dekat 10 orang, kan payah nak panggil.
jadi bagi gelaran, kan senang.
macam2 jenis ada.
dari nama tempat asal,benda,binatang sampailah sifat2 dorang.
senang jer dorang bagi gelaran.

macam pak cik tadi gelarannya Mat B.
tau apa maksud B tu?
B tu B**it.
memang pak cik ni kuat lucah dulu kot.

ayah angkat aku ni pun namanya Ahmad jugak.
Ahmad Iswadi.
jadi dorang gelarkan Mat Vespa.
sebab dulu dalam penempatan ni dia jer yang ada vespa.

ada yang namanyer macam :
Ramli Seladang
Ramli Bikam
Mat Tenuk
Ya Kancil
Din Bujuk
Din Harapan
Nan Breeze
Duan Cangkul
Din Koboi
Mat Pendek
Wak Judi
Usop Hantu Raya
Usop Gajah
Mat Changlun
Abu Babi
Man Pacak
Abu Ya Lenggang
Saari Botak
Saari Tang-Tang
Mat Cina
Man Hitam

pendek kata macam2 la.

kebanyakkan kaum lelaki la yang popular dapat gelaran ni.
yang kaum wanita ni tak ramai.
kalau ada pun, memang yang jenis aktif dalam bidang2 yang diceburi.

kadang2 kelakar jugak.
tapi aku kalau depan dorang tak la panggil nama gelaran tu.
kang tak pasal2 'free' jer penampar singgah.












nota tercicir
aku rasa korang sume pun mesti dapat gelaran jugak dari 'member2' kan..kan..kan..
eleh..malu2 pulak!

hahaha

...................................

22 Mac 2009

HANGATNYA MALAM INI

aku tengah lepak kat beranda rumah aku.
terasa kehangatan malam ini.
mungkin mahu hujan lagi malam ini.
aku keluarkan sebatang rokok marlboro dari kotak lembut itu (softpack) yang dah kemek akibat terperuk dalam seluar pendek aku tadi.

nyalakan...

sedut dalam2.
nikmat sesekali lepak macam ni.
aku hidupkan radio dari telefon bimbit aku.
kedengaran alunan lagu dangdut dari corong radio mana tah.

layaaaaannnnn jgk malam nih.

entah lagu sapa tah.

liriknya:

suka..sukaan
nyanyi dipinggir jalan
suka..sukaan
joget dipinggir jalan...

lebih kurang camtu la.
aku senyum sorang2 depan beranda rumah.
bila kenangkan zaman2 kaki joget lambak dulu.
dulula...zaman muda remaja dulu.
sekarang dah cuci kaki.

aku pandang kiri kanan.
lihat kebanyakkan rumah jiran2 sudahpun bergelap.
titis-titis hujan mula kelihatan pada nyalaan lampu neon depan rumah aku.

syukur....
mudah-mudahan kehangatan itu bertukar suam-suam kuku untuk menemani ketiduran aku sebentar lagi.











nota tercicir
rindu aku pada dia la ni.
dah jadi tak berapa nak 'center' otak.
haduih....!

....................................

20 Mac 2009

SILA BERI PERHATIAN, AKU ADALAH SEORANG YANG MENGE'COP' DUIT!!

hari ni hari duit, duit, duiiit.......!!!!

dari pagi tadi ramai bebenor yang buka mulut pasal duit dengan aku.

pinjam

pinjam

pinjam

pinjam

pinjaaaaaaaammmmmm

aper deme ingat aku ngecop duit ker!!!

.....................................

19 Mac 2009

AKU TAK TAHU NAK BAGI TAJUK APA

fuuhhh...
tiup habuk sikit.

2, 3 hari ini otak aku slow sikit bekerja.
tak tau nak tulis apa kat blog.
lagipun banyak hal2 duniawi yang berlepas kencang terpaksa aku kejar balik dari belakang.

petang tadi tarzan peliharaan ( kakak aku) melayangkan khidmat pesanan ringkas:

'balik rumah, ada hal sikit'

aku balik.
mak aku buat pulut kuning sempena anak buah aku khatam Al Quran.
buat hanya untuk keluarga aja kata mak aku.
dan untuk jiran2 sebelah menyebelah.
tahniah buat kamu.
tu pun payah, jenuh mak aku libas dengan penyangkut baju.

seperti biasanya, kalau khamis malam jumaat mak aku akan membaca Yassin untuk disedekahkan pada mereka2 yang telah mengadap Tuhan.
aku pun berjemaah la sekali baca Yassin tadi, termasuk kakak ipar, tarzan peliharaan dan abang aku.
mungkin dah separuh kot aku baca tadi.

tiba2 jer mak aku bersuara:

'kamu mengaji ker bersajak nih? cuba mengaji tu ada lagu sikit!!'

aduus..

kakak ipar, tarzan peliharaan dengan abang aku boleh gelak mak aku cakap camtu.
memang dasar tikam belakang diorang nih.
pastu boleh pulak mak aku bagi contoh ngan dorang.
memang sakan la...

aku diam jer.
sampai hati mak aku cakap aku bersajak.
nasib2....!

haih!!

dan yang aku paling marah...

boleh pulak tak da letrik sekarang ni.
nasib baik aku guna laptop.

hari ini 19hb kan...
kempen tutup lampu tu bukan 28hb ker wei..
naya2...
kepanasan la malam nih!!!

pihak berwajib ni kalau dah malam2 jgn harap la.
tahu sangat aku!!!

.......................................

15 Mac 2009

BUDAK SEKOLAH CUTI,ADA PROJEK DIRIKAN MASJID DAN RUMAH BERTANGGA

dah cuti sekolah rupanya.
patutla anak-anak buah aku yang belajar di asrama semua balik.

kecoh rumah mak angkat aku tu.
tarzan perliharaan(kakak aku) akan 'start' mengasah vokalnya la.
melayan kerenah anak2nya.

selama 2 hari aku tak balik menginap dirumah.
aku ke rumah sendiri.
lama tak jenguk rumah, dah jadi 'port' jin dan syaitan berpesta agaknya.
walaupun belum siap sepenuhnya, aku kesana untuk menunjukkan muka kepada penghuni2 yang tidak diundang itu bahawasanya aku adalah tuan rumah tersebut.

hari jumaat lepas aku terima khidmat pesanan ringkas dari seorang kawan :

'jemput datang ke dewan pejabat penghulu, kenduri kawin adik aku. bawak hadiah dengan angpow bagi pd aku bukan bapak aku.hahahaha'

walaupun tak dapat hadir.
salam itu sampai agaknya.

tadi 2 jemputan kenduri lagi.
kedua2nya aku pegi.
sebab rapat sangat dan jemputannya secara berjabat tangan bukannya melalui kad jemputan.

petang tadi aku balik kerumah mak, bersusun kad jemputan kenduri atas meja di ruangtamu.
sampai ke Jengka, Pahang pun ada.

meriah cuti sekolah dengan projek mendirikan masjid dan rumah bertangga.
mana tau ada kawan2 aku nak buat projek naik taraf pulak kasi besar masjid dan tambah tangga.


eerrk~

...................................

14 Mac 2009

SEPATUTNYA IA TIDAK PERLU TERJADI DI SINI

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Satu perkara yang ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi
Tanpa Allah peduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yang kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya
Ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yang kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya
Ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku mengerti



sepatutnya ia tidak perlu ada seperti itu...
tidak perlu!
LANGSUNG!!!
...................................

13 Mac 2009

MUNGKIN BOLEH DISAMAKAN BILA KERA DIHUTAN DISUSUKAN, ANAK DIRUMAH DIHEMPAS-HEMPASKAN

tadi ada orang sangkal perumpaan ini:

'jodoh, pertemuan, rezeki, ajal maut di tangan Tuhan'

mana korang tahu Tuhan ada tangan?
jika Ia mempunyai tangan, Ia sudah dirupa-rupakan?
bukankah ia tidak beranak dan diperanakkan!

sudah!

kemudiannya ada pula yang berkata begini:

ubahsuai atau ubahsesuai?

dan seterusnya tadi aku terjumpa seorang budak lepasan SPM.
keputusannya baru sahaja diumumkan semalam mungkin...*aku lupa!

seorang anak kepada guru jelasnya.
aku bertanya tentang keputusan SPMnya.

Bahasa Melayu dapat berapa?

7.......





aku semakin risau dengan kedudukan bahasa ibunda itu.











nota tercicir
hebat pensyarah aku dulu.

"dia membaca dalam Bahasa Inggeris, menterjemahnya dalam Bahasa Iban dan menulisnya dalam Bahasa Melayu."

fuh..nak nemu utai!

Bahasa menunjukkan Bangsa kata mereka dulu...!

...................................

SEPERTI YANG LEPAS-LEPAS...

hari ni hari Jumaat kan...
mari kita tukar sikit pembacaan.

___________________________________

kita disebut A'BIB iaitu yang menyembah
Allah disebut MA'KBUD iaitu yang disembah.
oleh itu menjadi satu kezaliman jika kita menyembah selain dari Allah S.W.T.

Nabi S.A.W pernah berpesan iaitu sesungguhnya AllahS.W.T sembunyikan 4 perkara dalam 4 perkara.

1. Allah S.W.T sembunyikan keredhaanya pada satu-satu ibadat.
2. Allah S.W.T sembunyikan kemurkaanya pada satu-satu maksiat.
3. Allah S.W.T sembunyikan mustajabnya doa pada satu-satu waktu.
4. Allah S.W.T sembunyikan para walinya dikalangan para hambanya.



renung-renungkan dan selamat beramal...

dedikasi khas buat Tuan Hj. Dato' Ismail Kamus.

.....................................

PAGI YANG DISANGKAKAN INDAH...

hujan rintik-rintik
air bergelombang...

*aku lupa lirik seterusnya!

hujan rahmat dipagi hari Jumaat.
perlukah aku menyambung kelenaan tdo?

dam!!!

aku ada meeting pukul 10.30.
aku masih sedap berbaring2 di atas katil.

dam sekali lagi!!!!













nota tercicir
pe cer nih!

.....................................

12 Mac 2009

ADA APA DENGAN KHAMIS MALAM JUMAAT?

kliwon...
itu hanya sekadar penyedap mata ketika menonton.
atau malam mengasah ilmu.
itu ayat pendekar mustar dalam cerita pendekar bujang lapok.
atau malam dimana syaitan, hantu dan roh2 gentayangan berkeliaran.

itu tidak menarik.

kata orang khamis malam jumaat, malam tuntutan kaum HAWA.
menarik?
bukan sahaja menarik tapi begetah, kata P.Ramlee.

dulu aku tak pernah tahu pun benda-benda ni.
sekarang?
walaupun tak ada, tapi aku tetap tahu.

pantang bercuit kata mereka, memang jadi punya...

haha~













nota tercicir
tapi kenapa khamis malam jumaat??

.....................................

11 Mac 2009

AKU TERPAKSA LAGI...

HUJAN

apa yang boleh dilakukan dikala hujan mencurah-curah?
selain makan ubi rebus cicah sambal dengan kopi O kaw....



ya...

TIDO!!


.....................................

10 Mac 2009

'DIA' TAK PANDAI SENYUM!










......................................

09 Mac 2009

TARIKH ITU...

Lembaran Sejarah Menceritakan...

12 Rabiulawal Tahun Gajah.

Bersinar seluruh alam dengan kelahiran Insan ini.
Membawa cahaya kebenaran.

Al Fatihah serta Salawat dan Salam~
Buat Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W
Para Sahabat Serta Seluruh Ahli Keluarga Baginda.

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah
Sambutan Maulidur Rasul
9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiulawal 1430 Hijrah

.....................................

08 Mac 2009

BUKANKAH KITA SUDAH DIAJAR 'REZEKI JANGAN DITOLAK,MUSUH JANGAN DICARI'

oleh yang demikian...

aku terpaksalah memenuhi jemputan tuan rumah yang berhajat malam ini kan?











nota tercicir
terpaksa konon!
ciiiiiiit...makan free memang sesuatu yg ternanti2.

lalala



jom pegi kenduri..jemput...jemput...

....................................

07 Mac 2009

ADAKAH 'JANGAN' ITU MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR AMARAN!

amaran ker?

atau satu bentuk galakkan.







nota tercicir

keriru atau keliru?
haih!!


...................................

ANTARA KOPIAH MUKTAMAR DAN SONGKOK PERHIMPUNAN AGONG


rasanya ramai yang paham dengan tajuk entri kat atas tu....
kalau tak paham, buat2 paham sudah.

berbezakah?
di mana perbezaanya?

hitam dan putih sahaja mungkin.
jenisnya?

bagaimana dengan fungsinya pula?
menutup kepala ketika mengadapNYA?
sebagai tanda kamu seorang muslimin?
sebagai tanda kamu seorang yang sangat2 mengamalkan kehidupan berlandaskan syariat?

tegurlah jika aku menyimpang dari landasan yang sebenar.
tegurlah dengan penuh hikmah.
kerana itu dianjur dalam agama yang aku anuti sekarang.

namun teguran tersebut biarlah kena pada tempatnya.
jika hanya untuk berideologi atau memupuk semangat ke'parti'an.
memang kamu yang menegur kepada orang yang salah.

____________________________________

mungkin ada yang pernah tahu dan lihat tentang 2 jenis penutup kepala kaum lelaki diatas.
jika kita lihat yang putih amat2 sinonim dengan mereka2 yang menyokong bulan mengambang tak kira malam ataupun siang.
dan yang hitam tersebut mungkin kita semua juga tahu siapa yang selalu mengenakannya.

semalam aku mengenakan yang putih semasa menunaikan solat jumaat dimasjid.
setelah selesai, rakan aku menegur kenapa aku mengenakan yang putih tersebut.
dan dia bertanya bila aku mula menyokong pakat berpakat?

mungkin pertanyaan itu bercampur perasaan pelik, sebab selalunya aku mengenakan yang hitam jika menunaikan kewajipan aku.

cam haram sempit pemikiran kamu!!

itu sahajakah funginya??!!!

menjadi perlambangan kepada isu tersebut??

sedih.

agama kini sudah menjadi barang dagangan.
















nota tercicir
dulu aku pernah ke satu daerah di negeri 2 MB ini.
aku terkejut tempat menunggu bas juga mempunyai jenisnya.
batu dan cantik utk mereka yang suka timbang
warna hijau utk mereka yang selalu mengimpikan bulan jatuh ke riba
warna biru laut utk mereka yang pecahkan bulan menjadi bulan sabit.

aku lebih suka berdiri diluar dari ketiga-tiga jenis tersebut.
menandakan aku adalah pihak berkecuali.
hahaha.....

....................................

BENAR, SALAH/BAIK, BURUK

MEMANG KAMU BENAR
kalau kamu marah-marah sebab ada motor hampir melanggar kereta kamu.
TAPI KAMU SALAH JUGA
sebab kamu tak bagi 'signal' masa nak keluar simpang.

MEMANG KAMU BENAR
kalau kamu marahkan cikgu yang marah dan menempeleng anak kesayangan kamu.
TAPI KAMU SALAH JUGA
sebab kamu salah asuhan sehingga anak kamu kurang ajar.

MEMANG KAMU BENAR
kalau menangis sebab ditinggalkan kekasih.
TAPI KAMU SALAH JUGA
sebab kamu sendiri tak nak jaga hati kekasih.

MEMANG KAMU BENAR
kalau kamu marah sebab gaji lambat masuk.
TAPI KAMU SALAH JUGA
sebab kamu sendiri masuk keja lambat.

MEMANG KAMU BENAR
kalau kamu marah orang pandang dan mengenyit mata pada awek kamu.
TAPI KAMU SALAH JUGA
sebab kamu sendiri pun buat kat awek orang macam itu.

MEMANG KAMU BENAR
kalau kamu marah perkhidmatan telefon kamu diberhentikan buat sementara waktu.
TAPI KAMU SALAH JUGA
sebab kamu sendiri lambat bayar.

MEMANG KAMU BENAR
kalau kamu marah anak-anak kamu sebab keputusan peperiksaannya merosot.
TAPI KAMU SALAH JUGA
sebab kamu juga ajak 'fight' main 'game'.












nota tercicir
MEMANG AKU BENAR
bila cakap 2 3 4 5 hari lagi budak surat oren tu dekat rumah.
TAPI AKU SALAH JUGA
sebab pagi2 lagi budak tu dah kena angkut dengan abg2 baju biru tu!

heheh..

....................................

06 Mac 2009

RENUNGILAH DENGAN PENUH KETAATAN

kaum muslimin dan muslimat sekalian,
sedikit peringatan dari Rasulullah S.A.W .

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.





...................................

SURAT OREN VS KELIWON

ada suara-suara sumbang yang mengganggu ketenangan malam.
dang...daaaaaaaang......
kedengaran bunyi sesuatu ditendang dari rumah jiran berhadapan rumah aku.
sesekali kedengaran jeritan dan suara orang sepertinya marah-marah.

fikiran aku mula terganggu dengan pengaruh keliwon yang aku tonton tadi.

haih!

aku lupa...

anak jiran aku yang sejak sekian lama berkursus surat oren dah pulang.
cilanat bikin seram jer kau!!!!















nota tercicir
budak tu baru balik dari hospital yang sangat bahagia akibat lebih sedutan *senapang patah.
surat oren tersebut adalah pengesahan bahawasanya beliau adalah peserta hospital tersebut.
musykil jgk...bila masa budak ni balik.

2 3 4 hari lagi hilang balik la ni, kalau dah gitu gaya memekaknya.

*utk pengetahuan yang tidak tahu senapang patah adalah sejenis gam untuk menampal tayar.

.....................................

05 Mac 2009

POKOK MEMPELAM,MAHKAMAH DAN MENDAKI BUKIT.

malu..
malukah mereka?
aku.
sedikit terasa, mungkin kerana aku adalah rakyatnya.
bermustautin di salah sebuah daerah mereka.
walaupun jauh disempadan 2 negeri.
tapi aku seorang yang bertaraf sah dalam rekod disetiap dokumen negara.

apakah tujuan mereka?

entah!

bingung.

mungkin ada betulnya kata-kata ini " dunia mereka2 itu tempat berkumpulnya para binatang".
mungkin lebih ganas dari itu aku fikir.

___________________________________

ya...
mungkin tidak pada orang lain.
tapi bagi aku, ia sesuatu yang sangat lucu dan bercampur baur dengan terkejut dan malu.
perlakuan mereka itu mengundang gelak tawa dari aku yang naif berkenaan bidang yang mereka ceburi.
tapi, sekurang2 pandainya aku masih mempunyai pertimbangan tentang perlakuan kamu semua.

sememangnya sejarah menceritakan keburukan tersebut sejak sekian lama.

penampar

pergaduhan

perebutan

sudah biasa. namun yang satu ini belum pernah terjadi lagi.
mungkin kelak akan ada pula dibawah naungan pokok sawit, getah, rambai, rambutan, durian dan segala jenis buah-buahan tempatan.

mungkin. tidak mustahil bukan!

malam semalam, aku berjumpa dengan seorang rakan di pertengahan jalan semasa aku ingin melepakkan diri di warung Atan Ko'in.

aku dijemput untuk menghadiri mesyuarat agong bulan mengambang dirumah seseorang.
ada yang menyampuk dari belakang, katanya...

'dekat bawah pokok mana nak mesyuarat tu?'

aku hanya tersenyum sahaja.
tolak!

__________________________________

seganlah..malulah..

kamu dulu adalah sebahagian dari mereka2 juga.
aku kenali kamu bukan baru.
semuanya nyata kelihatan.

namun,
sejak perkara melompat tersebut.
kamu juga ikut melompat seperti dia.
tapi ingat, kamu juga pernah bersam-sama mereka.
dari kata2 kamu.
aku menilai, dia, kamu dan mereka yang seangkatan kamu sama sahaja.
apa kata kamu...
'jgn lepaskan jawatan tempat yang kamu pegang itu. tunggu sepenggal dah ada pencen"

hinanya aku sebagai orang yang sama bangsa seperti kamu mendengarnya.
hina!

bangsat benar kata-kata tersebut wahai kamu!!!

____________________________________

kenapa kamu minta tandatangan dia?
dia bukan ketua kampung lagi.
sekarang dah pemerintahan baru.
otomatik dia pun tak sah.
kata seorang tua kepada aku dalam satu pertemuan untuk menguruskan perkara berkaitan komuniti ini.

lihatlah, betapa celarunya keadaan tersebut?

perkara seperti ini juga menjadi perkara yang sangat sial bagi aku.
sial bukan?

sememangnya aku hilang sabar pada ketika itu. pertimbangan waras entah hilang kemana.
aku pun tak sedar bila suara aku naik dengan mendadak.

memang sia-sia sahaja.

bertaraf kurang ajar aku ketika itu, kerana dia adalah seorang tua!!

__________________________________

bila keadaan ini akan selesai agaknya?
malu benar rasanya.
tidakkah mempunyai jalan penyelesaian langsung?

undi tidak percaya mungkin?

28/28 = berentap

3 = berkecuali
__________________________________________

lihat yang 3 kemana arah tuju = yang berpihak perintahlah!
__________________________________________

kelakar sungguh pertimbangan mereka2.

jelak!

menyampah!

sakit hati!

sia-sia!!!!!!!!!!!!!!!















nota tercicir

Tuan Senator Tan Sri Dato' Dr yang ingin mendaki bukit tersebut kata mereka.
biasa benar beliau dengan bukit tersebut aku rasa.
sejak kecik lagi beliau sudah berkenalan dengan bukit itu.
tidak begitu Tuan Senator Tan Sri Dato' Dr.......

....................................

02 Mac 2009

EH..EH..TINGGINYA.....!




























nota tercicir

...............?

sila notakan keciciran tersebut.


...................................

01 Mac 2009

GAMBAR-GAMBAR ITU.....?

Pagi yang indah tadi.
Langitnya membiru, bak lautan di Pulau Tioman.
Jernih dengan simbahan mentari pagi disegenap alam.
Terima Kasih Tuhan.
Aku masih bernafas lagi hari ini.....
























nota tercicir
namun aku harapkan panas berterusan, namun hujan di petang hari.


terbantut RMK 39 aku nak repeat mancing petang tadi.

Namun...
ada ubi, ada batas.
ada hari, aku tetap akan pegi balas balik kekecewaan aku.
dendam tetap dendam.
huh!!

...................................