31 Disember 2008

GO...GO...POWER RANGERS!!

Selamat tinggal 2oo8 dan segala isi-isi di dalamnya.

Bagi aku tahun 2oo8 terlalu banyak perkara yang aku pelajari dan terlalu ramai orang yang aku kenali dengan pelbagai kategori sama ada baik atau tidak persetanankan perkara tersebut. Ada perkara yang hanya akan berlalu secepat kita menayang kad touch n go di setiap tol dan ada yang akan melekat dalam ingatan aku seperti kesesakkan lalulintas yang sering terjadi di sekitar Kuala Lumpur.

memori satu ketika dulu

2oo8 tak la banyak menjanjikan cerita-cerita best bagi aku sebagai salah seorang pelakon dipersada teater duniawi ciptaanNya.

Bermula sejak Januari 2oo8 sehingga Disember 2oo8. Wujud banyak perkara yang sentiasa memaksa aku meyebut 2 suku kata ini dengan begitu kerap ‘aku PENAT’.

susah senang bersama (jgn caya!)

Bermula dengan januari dan seterusnya, aku masih dalam misi menamatkan zaman kampus di tahun 3 semester 1. Semester yang menunggang langgang kehidupan aku dalam menyiapkan projek PTA aku (PTA=PROJEK TAHUN AKHIR). Walaupun berjaya menyiapkannya dan mencapai target untuk merealisasikan impian aku. Ia tetap menjanjikan rasa amukan syaitan bertanduk serta serapan jin ifrit apabila semasa presentation dvd projek yang ingin aku tayangkan tidak dapat dimainkan. Dvd tersebut dipatahkan oleh penggusti hebat fakulti aku En.Riezal Dim. Syukur, projek tersebut mendapat B walaupun digam dari ditayangkan.

Tak lama setelah itu aku dikejutkan dengan berita dari kampung yang memaksa aku untuk menangis lagi. Aku dikejutkan dengan berita yang berunsurkan api. Terima kasih buat semua kawan2 dan semua yang banyak memberi sokongan kepada aku.

Aku PENAT!

Aku PENAT lagi…PENAT!

Aku cuba sedaya upaya untuk melangsungkan perkahwinan kakak aku walaupun didasari dengan sejarah hitamnya yang tidak diketahui.Aku berjumpa dengan ramai pakar-pakar dalam ilmu keagamaan(bukan ilmu hitam) untuk mendapatkan pandangan mereka serta memberi sokongan yang penuh kepada kakak aku yang no. 1 untuk berjuang mendapatkan perintah mahkamah bagi mendapatkan wali hakim. Bernafas lega apabila semuanya selesai setelah majlis akad nikah itu dilangsungkan, walaupun tanpa kehadiran aku di sana pada 15 November.

keluarga 6969696

Kemudian aku diduga dengan keterlewatan untuk bergraduat bersama rakan2 seperjuangan sejak dari tahun pertama kerana aku memilih untuk menambah satu semester lagi.

Aku menyambung tahun terakhir aku di tahun 4 yang aku harapkan akan berakhir denga lancar.

Bermula dengan sedikit perit apabila menyambung dengan perbelanjaan sendiri akibat PTPTN aku sudah ditamatkan kontrak. Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu. Terima Kasih Banyak2!

perantau jauh yg bersama aku

Bermula pertengahan Ogos atau penhujungnya aku tak berapa ingat,aku menjalani kehidupan dengan lebih banyak bersenyum-senyuman daripada bersedih-sediahan sehinggalah sekarang, hari terakhir dalam 2oo8. Ada jugak la perkara-perkara yang membuatkan aku menyebut lagi 2 suku kata tadi ‘aku PENAT’. Tapi masih dapat aku atasi dengan macam2 benda yang aku buat.

ABAIKAN!!ABAIKAAAAAN!!!!

Ya!! Aku mula berminat dalam fotografi walaupun aku mendalami ilmu dalam bidang yang berlainan tapi aku tak kisah. Sebab aku minat (ada kau kesah!!). Aku juga mula berjinak2 dalam berblog pula pada pertengahan November lalu.

banyak benda aku belajar dari insan tua ini(mesti korang xpercaya)

Selain itu aku jgk sudah diiktiraf sebagai salah seorang yang boleh mengendalikan upacara permakaman insan-insan yang menemui Allah s.w.t bermula dari awal hingga akhir dengan sijil yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah tempat aku. (ada sapa-sapa yang nk try khidmat aku?)

Aku juga sudah menamatkan zaman kampus aku sekarang.

Terima Kasih buat semua manusia2, pemikir-pemikir tegar dan otak-otak songsang mahupun siapa sahaja yang telah mewarna-warnikan hidup aku disepanjang tahun 2oo8. Begitu juga pada korang-korang yang banyak menemani pagi, petang, siang dan malam hari aku serta yang banyak memberikan nasihat dari berbagai-bagai sudut seperti agama, kesihatan, kehidupan(penjimatan!ini penting!!)dan macam-macam lagi serta pada mereka yang mengambil berat.

sifu aku!manyak telima kasih sifu..

penyeri kesunyian bersajak dan jenaka

tabik Tuan!

Selamat tinggal 2oo8.

Selamat datang 2oo9..selamat datang.

Apa yang kau janjikan pada aku?

Apa yang kau bawa untuk aku di dalammu wahai tahun 2oo9?

Semoga 2oo9 memberi ruang pada aku untuk terus berjalan lagi. Tidak lagi meminta atau mengemis untuk didengari, kerana semuanya adalah bersifat sementara.

KOTAK KECIK DAN GELAP!

Sangat bangsat kalau rasa seperti semalam...

Cuba kamu semua bayangkaaann......berada dalam kotak kecik yang gelap berbekalkan sebilah mancis dan pengoresnya. Dalam keadaan terdesak seperti itu kamu amat menantikan atau memerlukan seseorang untuk memberikan sedikit harapan yang mungkin akan membawa kamu sedikit rasa tenang. Namun tidak ada yang datang atau mungkin ada yang datang tetapi seperti hujan yang menambah lagi kesengsaraan yang telah membasahkan bilah mancis dan pengores tadi atau mungkin yang datang hanya semata-mata memadamkan nyalaan sebilah mancis tadi yang telah kamu nyalakan untuk menikmati terangnya cahaya itu.

Seperti itulah yang aku rasakan semalam...cukup bangsat bukan!

Sumpah tu tak la... tapi aku akan berusaha untuk tidak berjumpa lagi keadaan seperti itu lagi nanti. CUKUP!!!


UCAPAN TAHNIAH BUAT MEREKA BERDUA

Tadi kakak aku yang no.2 melayangkan khidmat pesanan ringkasnya kepada aku berbunyi begini :

'salam, oit! tepon balik. ada hal.'


ceh! dah xda kredit la tu..(rungut hati aku)

aku dengan separuh rasa malas dan sedikit rasa excited menghubungi dia kembali.

Perkhabaran gembira.


Kakak aku yang no. 3 iaitu Pn. Haliza Bt Ghazali dan suaminya En. Yusrie bakal menimang
cahaya mata.

Entah berapa usia kandungannya tidak pula dinyatakan semasa perbualan tadi. Aku menjangkakan mungkin dalam usia 2 bulan atau sebulan sahaja.(syukur)

Layangan khidmat pesanan ringkas aku kepada kakak aku yang no. 3 berbunyi :


'Tahniah! cepat betoi, ni mesti lepas salam tok kadi dah asah parang kontot'


Balasannya kepada aku :

BODOH!!!


Dari sudut aku pula, aku menambah lagi koleksi ahli pasukan belasahan dengan wujudnya 'orang baru' itu.

cantik bukan! tapi sayang beliau sangat kedekut.


Perkhabaran penutup tahun 2oo8.

30 Disember 2008

LELAPLAH WAHAI MATA...

4.ooam

Mata aku masih terkebil-kebil menunggu untuk lelap. Entah kenapa malam ini terasa panas teramat sangat walaupun kelajuan kipas angin sudahpun mencapai tahap maksimum.

syaitan!

Semasa entri ini di tulis nyalaan rokok sudah mencapai 7 batang sejak dari pukul 1.3o am tadi.

Aku menyelak langsir tingkap melihat keluar dengan harapan untuk melihat sesuatu yang menarik umpanya lan*s**r ataupun p***ng. Namun hanya gelap gelita sahaja yang kelihatan. (macam berani sangat)

Lelaplah wahai mataku....

p/s pintu pagar aku bergegar tiba-tiba tadi...mood seram sudah sampai!!!!!

jeng...jeng...jeng...

*SAMBUNGAN (RAMBUT SAMA HITAM,HATI LAIN-LAIN)

‘Muzik lagu Damien Rice - Rootless Tree’

Alunan lagu itu sangat-sangat mengganggu kenikmatan tidur aku kira-kira jam 7.oo pagi.

Sahabat aku rupanya….

Sahabat : Ya sheikh mana? Tidur lagi…..?

Aku : Ha’ah…tidur lagi.

Sahabat : Bangun..bangun! Jom teman aku pegi umah “makcik tu”! Aku datang kejap lagi….

Tuuuuuuuuuuuuut…..

Talian dimatikan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Meluncur laju kereta kancil tahun berapa tah aku pun lupa, menuju rumah “makcik tu” untuk menyelesaikan misi sahabat aku membuang segala benda haram jadah yang dihantar kepada dia seperti yang pernah aku tulis dalam entri *(RAMBUT SAMA HITAM,HATI LAIN-LAIN).

Setelah sampai ke rumah “makcik tu” dan duduk di atas karpet yang dia sediakan, aku dikejutkan dengan berita yang kurang enak untuk aku dengar!

“Makcik tu” kata aku pun kena tempias ilmu haram jadah yang kena kat kawan aku tu.

Brengsek tol orang tu!!!!

Apahal pulak aku yang kena…cish!

Memang nak cari gaduh orang tu dengan aku.

Tak pasal-pasal dengan aku-aku kena mandi air kolah masjid dan dibekalkan dengan sekampit garam kasar oleh “makcik tu”.

p/s memang nak cari musibah manusia durjana tu dengan aku! Kalau aku jumpa manusia durjana tu dengan rasminya dia telah berjumpa dengan malaikat maut.

Alhamdulillah…derita sahabat aku tu dah semakin berkurangan.


28 Disember 2008

RONDA-RONDA TUKAR ANGIN

Yaaa...aku mula berfikir untuk menulis dengan tulisan yang lebih santai dan tulisan tersebut juga akan aku hiasi dengan carut marut dan maki hamunan yang masih rasional.

BERTUKAR!!!

p/s Penat wooooo.....menulis dengan tulisan skema.

*adakah aku mula berhijrah?

.....................................................................

SALAM MA'AL HIJRAH 1430


Salam Ma'al Hijrah buat semua umat manusia yang beragama Islam.

Tidak seperti tahun Masehi, aku akan menyambut kedatangan tahun baru Hijrah jika mempunyai kesempatan dengan menghadiri majlis bacaan doa akhir tahun dan awal tahun di surau atau masjid berdekatan. Semasa aku kanak-kanak menghadiri majlis ini penting kerana ia menjanjikan hidangan makanan yang enak-enak kerana setelah selesai solat isyak akan diadakan majlis kenduri kesyukuran. (sekarang aku bukan kanak-kanak lagi)

Namun suasananya masih sama, aku tidak pernah untuk menanam azam untuk tahun yang akan datang baik dari tahun Masehi mahupun Hijrah.

Tetapi aku hanya akan mempunyai sedikit niat dan harapan untuk memperbaiki setiap kekurangan yang aku miliki dan cuba untuk menjadi seorang yang berguna (namun sepertinya tidak berjaya).

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1430
HIJRAH MENJANA UMMAH CEMERLANG

p/s "mengikut Islam perubahan hari akan berlaku selepas mahgrib"

27 Disember 2008

PEMERGIAN...

Kemangkatan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.


Al Fatihah buat Almarhum.

Salam Takziah buat Tuanku Permaisuri dan seluruh kaum kerabat Almarhum.


ANTARA PERBEZAAN BERCAKAP DAN MERASAI

Penat...

Aku sangat-sangat penat dulu, kini dan mungkin selama-lamanya.

Aku rasa, aku tidak pernah beruntung menjadi aku.

Tapi aku tidak pula sesekali ingin menjadi orang lain.

Aku tidak pernah mempunyai idola.

Aku menjadikan aku sebagai idola?

Mungkin tidak sama sekali.

Kerana aku bukan seorang yang bagus untuk dijadikan idola.

Sangat-sangat tidak bagus.

Aku adalah seorang yang busuk hati, dengki, iri hati, cemburu, pentingkan diri dan semua yang sewaktu dengannya.

Itu adalah sifat yang aku ada sejak 8 tahun kebelakangan ini.

Aku menjadi sedemikian jika melihat orang lain yang mempunyai kehidupan yang jauh lebih baik dari aku.

Aku cuba untuk mengawal sifat itu dari terus menguasai dan menjajah seluruh taklukkan pemikiran waras aku.

Aku tidak mampu untuk mengekang.

Sifat buruk itu sangat kuat dengan bantuan jentera syaitan dan nafsu yang sememang sudah bersiap sedia.

Memang manusia tidak akan pernah merasa cukup dengan apa yang mereka sudah miliki.

Mungkinkah aku seorang yang tidak pernah bersyukur?

Mungkin juga?

Tapi itulah aku yang membesar dengan penuh dengan sifat-sifat tersebut.

26 Disember 2008

SATU PANGGILAN TELEFON LALU SENYUMAN TERUKIR

Tadi sebelum aku hendak bersiap untuk menunaikan solat jumaat, aku menerima satu panggilan dari seseorang...


tuut..tuut..tuut.......

Aku:Hello...Assalamualaikum

Orangitu:Hello...Waalaikumsalam.Saudara Fahruzzaman ke?

Aku:Ya saya. Siapa di sana? (skema sungguh)

Orangitu:Saya dari pejabat....(panjang lebar sangat)

(jemu aku dengar dia cakap tadi)

Tapi sebelum orang itu memutuskan talian tersebut orang itu ada menyatakan satu perkara yang membuatkan aku sangat-sangat gembira sehingga semasa bersolat jumaat tadi aku masih memikirkan perkara yang orang itu nyatakan.(apa status solat aku tadi)

Ukiran senyuman itu masih terukir lagi di saat aku menulis perkara ini. hehehehehehehe


REMAJA DAN RETUA...

Malam tadi sebelum aku keluar ke kedai yang berdekatan untuk membeli sebungkus rokok dan seketul burger, aku singgah ke rumah Opah Jama'. Aku melihat beliau hanya duduk menghadap jendela di rumahnya seorang diri.

Aku : Ate ape dimenungkan Pah?

Opah Jama' : Idak ada ape-ape. Paneh bebenor malam nie haa.

Aku : Opah udah makan ke?

Opah Jama' : Udah!

(sambil menyisir rambutnya dengan tangan)

Kelihatan rambutnnya kian gugur. Aku nampak beliau menggenggam rambut yang gugur semasa beliau menyisir tadi.

Opah Jama' : Aku udah tue, teringat aku zaman mude-mude dulu. Seronok, ramei jantan minat ke aku.

(ketawa, diselang seli dengan batuk)

Aku sering melayan Opah Jama' bersembang jika mempunyai masa terluang. Kadang-kadang beliau menjadi tempat aku melepas kerinduan kepada Allahyarhamah mak aku. Rindunya aku pada MAK...

p/s Sayangilah ibu bapa kamu, jangan jadi seperti aku!


25 Disember 2008

PANGGILAN SAKRATUL MAUT


"TEMUDUGA SANGAT-SANGAT TERTUTUP"
KEKOSONGAN JAWATAN :
  1. Ahli Syurga Dari Awal.
  2. Ahli Neraka Dari Awal.
  3. Ahli Neraka Sementara,Kemudiannya Dilantik Menjadi Ahli Syurga.
(Khas Untuk Jawatan Kelas 1)

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
  1. Nikmat Kubur.
  2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
  3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
  4. Syurga Yang Kekal Abadi.
TARIKH TEMUDUGA
Bila-bila masa secara mengejut bermula dari sekarang.

LOKASI TEMUDUGA
Di dalam kubur (Alam Barzakh).

KELAYAKAN
Anda tidak perlu membawa sebarang sijil-sijil.
Anda tidak perlu membawa pingat.
Anda tidak perlu membawa wang ringgit atau harta kekayaan.
Anda tidak perlu berparas rupa cantik, kacak, berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA

Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR
  1. Siapa Tuhan Kamu?
  2. Apa Agama Kamu?
  3. Siapa Nabi Kamu?
  4. Apa Kitab Kamu?
  5. Di mana Kiblat Kamu?
  6. Siapa Saudara Kamu?
CARA MEMOHON
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber datang menjemput anda. Ia akan datang menjemput anda pada bila-bila masa sahaja tidak lewat atau terawal walau sesaat.


Ia akan berlembut pada orang-orang tertentu dan akan berkasar pada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.



Masih segar dalam pendengaran aku suara Tuan Imam tadi semasa membaca Talqin :

"Wahai 'Sipolan Binti Sipolan' ingatlah kamu bahawasanya kamu telah meninggalkan alam dunia yang fana ini buat selama-lamanya. Dan ingatlah kamu, kerana kamu sedang menuju ke alam yang kekal abadi..."

24 Disember 2008

H0..H0..H0...MARRY CHRISTMAS

Selamat menyambut Hari Natal kepada semua yang menyambutnya.

RODA-RODA KEHIDUPAN

Tinggal seminggu sahaja lagi kita semua akan meninggalkan tahun 2oo8 dan dengan itu juga lembaran baru pada tahun 2oo9 akan kita semua warnai dengan warna dan corak yang kita semua inginkan.

Di sepanjang tahun 2oo8, pelbagai pengalaman yang aku dapat. Begitu juga perkara-perkara baik dan buruk yang aku temui di sepanjang langkah aku menyusuri tahun 2oo8. Adakalanya terukir senyuman dalam perjalanan itu dan adakalanya ianya dihiasi dengan tangisan dan kemurungan.

Allahyarhamah mak aku pernah berkata pada aku dahulu, katanya…

“kalau berjalan, jangan terlalu yakin dengan hanya memandang ke hadapan. Sesekali pandanglah ke belakang untuk muhasabah diri kita sendiri. Kerana dengan hanya memandang ke hadapan belum tentu menjamin kelancaran langkah kita semasa berjalan”.

Sampai sekarang kata-kata itu selalu mengiringi setiap langkah aku. Cuma kadang-kadang aku meleset dari landasan perjalanan yang betul, akibat dibuai oleh kenikmatan dalam keseronokan sehingga memaksa seseorang untuk menarik aku kembali ke atas landasan yang betul kembali.

Sudah menjadi kebiasaan pada aku untuk tidak menyambut kedatangan tahun baru atau menanam azam yang baru dalam menyambut kedatangan tahun baru. Ini kerana azam hanya akan tinggal azam dalam hidup aku.

Cukuplah aku hanya mengenali saudara Mohd. Azam Bin Badiuzaman dan mendengar gubahan lagu dari saudara Azam Dungun.

19 Disember 2008

HIMPITAN PERASAAN DAN KEBOSANAN MELAMPAU

Aku berjumpa seseorang hari ini, lama aku dan insan tua ini tidak bersua muka dan berbual-bual. Insan tua ini atau lebih selesa aku panggil dengan nama timangannya Opah Jama' atau nama sebenarnya Jama'iah.

Opah Jama' : Ate bile kamu baliknye?

Aku : Udah lame baliknye. Dok di romah aje (dengan nada suara yang tinggi )

Insan tua ini sudah kekurangan nikmat hidup dari segi pendengaran.

Aku : Opah ape kabo?

Opah Jama' : Aku gini ajele, udah tak larat. udah tue. (sambil ketawa kecil )

Opah Jama: Ate bile nak kawinnye?

Aku : hahahahah....( ketawa sambil memimpin tangan insan tua itu ke halaman rumahnya)

Dalam hati aku berkata " nak sare hidup sendiri pun payah, ni nak bagi makan nak orang. bio ler bebenor sikit"

xxxxxx

Kebosanan melampau...




Sudah hampir sebulan atau lebih dari itu aku menghabiskan masa dengan hanya berfoya-foya dengan hambatan perasaan tenang dan kegembiraan akibat misi aku untuk menamatkan zaman belajar telah berjaya. Kini perasaan lain mula menghambat aku, aku mula bosan dengan rutin kehidupan yang sama setiap hari.


Aku bercadang ingin melancong ke bawah tanah akibat daripada tahap kebosanan yang tidak mengenal erti musyawarah atau bermesyuarat dengan hati dan perasaan aku yang lainnya. Namun jika ditimbangtara semula amalan aku belum cukup untuk aku menyimpan hasrat dan impian untuk melancong ke sana. ( mengangkat tangan sambil berdoa)


Mari semua kita menunaikan kewajipan untuk ber *'saiyidul aiyam' ( untuk yang berkenaan sahaja)

*tuntutan menunaikan solat jumaat


REPEKKAN SENJA

Aku bertekak lagi dengan makcik aku petang semalam, kali ini isu yang dibahaskan adalah berkaitan perkara mempertahankan ketuanan Melayu, bertikam lidah dan bertegang leher aku dan makcik aku yang lebih popular dengan panggilan nama Milah Gereda diseluruh pelusuk felda kediaman aku.

Tapi pertikaman lidah itu tidaklah berlanjutan sehingga berlakunya aksi lempar-melempar selipar getah atau aksi Milah Gereda mengangkat kain belahnya mengajak aku bertumbuk. Pertikaman lidah tersebut hanya diakhiri dengan gelak tawa dan sindiran tajam dan memanaskan telinga suaminya yang merupakan seorang 'penyokong sebelah sana'.

Aku sangat mengenali wanita bernama Milah Gereda ini, hanya mulutnya sahaja seperti ular tedung tetapi dia mempunyai hati yang baik.

18 Disember 2008

PEMERGIAN...


Mohammad Nasir atau lebih dikenali dengan nama Nasir P.Ramlee 55 adalah merupakan anak kepada Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee, telah kembali ke Rahmatullah semalam di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit jantung dan kencing manis.

Jenazahnya sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota pada jam 11.oo pagi tadi.

Al-Fatihah kepada beliau dan semua pejuang-pejuang seni tanah air yang telah menghadap Illahi.

MENCARI KEKASIH YANG BARU

Sudah hampir separuh dari umur yang ada, aku menghambakan diri padanya. Sudah banyak jenis kekasih yang aku dampingi sejak aku mula-mula bertemu dengan kekasih pertama aku dulu sejak 12 tahun yang lepas. Setiap kali aku menjalinkan perhubungan yang baru yang mana kadang kala perkara tersebut kerap berlaku, aku sendiri akan dapat mengagak ianya tidak akan kekal lama. Namun aku cuba untuk memberikan yang terbaik untuk dirinya.

Namun dalam setiap perhubungan akan terjadi perselisihan faham. Begitu jugalah setiap perhubungan yang aku lalui. Kadang kala akan terjadi perselisihan faham antara aku dan dia, walau apa pun terjadi aku tetap setia padanya. Namun apa kan daya untuk menolak takdir dan ketentuan yang sudah tersurat. Hati aku sudah mula berasa bosan untuk terus berdampingan denganmu sayangku.

Selamat Tinggal Wahai Kekasih Hati.

Mulai esok aku akan mencari cinta yang baru untuk menemani hari-hari aku yang keterhadapan dan sekaligus untuk menjadi pengganti kepada dirimu yang aku tinggalkan.


17 Disember 2008

SEPASANG KASUT TERBANG KHAS BUAT ‘SEORANG ANJING’..

Semalam selasa 16 Disember 2008 berlaku satu insiden yang cukup untuk membuatkan aku ketawa terbahak-bahak. Insiden itu berlaku di Baghdad yang melibatkan seorang wartawan Iraq iaitu Muntazer al-Zaidi dan ‘seorang anjing’ yang dinamakan sediri oleh beliau juga. Wartawan tersebut telah melemparkan balingan sepasang kasut terhadap anjing tersebut dengan laungan “ini adalah untuk balu dan kanak-kanak yang menderita kerana kamu anjing” ( telah dialih bahasanya ).

Untuk menambah kelucuan tersebut anjing tersebut dapat mengelak kedua-dua pasang lemparan kasut tersebut. Sangat-sangat melucukan dan amat mengecewakan banyak pihak.

Keterbahakkan ketawa aku itu di tambah lagi apabila mata aku sendiri melihat insiden tersebut di kaca televisyen semasa menonton berita jam 8.oo malam. Slot paparan tersebut ditayangkan semasa mengakhiri berita pada jam 9.oo malam.

Dalam budaya masyarakat Arab lemparan kasut kepada seseorang adalah bermaksud penghinaan. Perkara tersebut pernah juga berlaku semasa patung mantan presiden Iraq dahulu iaitu Saudara Saddam Hussien dijatuhkan. Ramai masyarakat Iraq memukul muka patung tersebut dengan kasut untuk menyatakan penghinaan terhadap diri Saudara Saddam Hussien.

Dan hari ini 17 Disember 2008 ‘Arab rai kasut terbang’- Rakyat bergembira kejadian dianggap berjaya hina seorang anjing.

APAKAH NASIB MUNTAZER al- ZAIDI tersebut?

Adakah dia sedang dilayan dengan bangganya oleh pemimpin tertinggi Iraq?

Adakah dia sedang ditahan oleh pihak berkuasa Iraq?

Adakah dia sudah mati ditembak oleh ejen-ejen Amerika Syarikat?

atau mungkin dia sudah ditembak sendiri oleh seorang anjing tersebut.

AKU pun tidak tahu.

15 Disember 2008

BERSEKOLAH DAN DISEKOLAHKAN


Terlewat sedikit aku bangun pagi ini. Kira-kiranya munculan cahaya mentari pagi telah pun melepasi paras pokok kelapa yang Allahyarham ayah aku tanam dahulu. Keterlenaan aku dikejutkan oleh laungan salam dari pintu pagar rumah oleh seseorang.

Malas..

Sedang asyik bersarapan bersama emak aku didapur berlaku kekecohan dan teriakkan suara tarzan peliharaan keluarga dari arah ruangtamu rumah aku. Biasalah, kakak aku sedang berhempas pulas dengan kerenah anak-anaknya yang akan mula bersekolah tidak beberapa minggu lagi.

Aku lihat dia sedang mengagih-agihkan pakaian dan kelengkapan sekolah kepada semua anak-anaknya yang berjumlah seramai 5 orang yang akan bersekolah nanti. Pasangan kakak dan abang ipar aku memang satu pasangan yang subur. Kenapa aku berkata begitu?

Ini kerana hanya dia sahaja yang mempunyai anak, abang sulung aku tidak mempunyai anak walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga. Mungkin mereka masih tidak mempunyai rezeki lagi.

Aku tersenyum sendiri melihat keletah kakak aku dan anak-anaknya. Sekali imbas seperti Menteri kebajikan sedang memberi bantuan kepada golongan susah. Kelima-lima anaknya membuat barisan panjang untuk menerima segala kelengkapan yang telah disediakan. Jika ada salah seorang daripada mereka yang ingkar dan tidak mengikut arahan akan kedengaranlah teriakkan suara tarzan peliharaan itu.

Terkenang zaman semasa aku bersekolah rendah dahulu..

Keluarga kandung aku bukanlah dari golongan yang berada sangat. Hanyalah penoreh getah sepenuh masa yang ada. Jadi semua kelengkapan sekolah hanya akan bertukar sekiranya sudah betul-betul tidak dapat digunakan lagi. Aku sendiri tidak berapa peduli dengan hal-hal persekolahan. Semuanya janji ada sahaja. Pernah satu ketika aku ke sekolah hanya menggunakan beg kain yang Allahyarhamah emak aku jahitkan. Cantik juga, penuh dengan nilai-nilai kesenian dan kasih sayang seorang ibu. Aku sandang beg tersebut sehingga hampir satu tahun sebelum mendapat beg yang baru.

Melihat anak-anak buah aku yang akan bersekolah dengan pakaian dan kelengkapan baru kadang-kadang membuatkan aku ingin kembali ke zaman dimana mereka sekarang. Semuanya akan disediakan dan hanya perlu menunggu sahaja. Jika pakaian atau kelengkapan yang diberikan tidak menepati citarasa hanya perlu mengeleng-gelengkan kepala sebagai tanda tidak suka. Akan ditukarkan!

Bertapa mereka memiliki keberuntungan yang amat sangat. Aku cemburu dalam senyuman.

Rambut Sama Hitam, Hati Lain-Lain


Malam sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri yang lepas aku dan seorang sahabat yang aku kategorikan dia seperti keluarga aku sendiri, keluar untuk bersembang-sembang kosong disalah sebuah warong kopi yang agak terkemuka di tempat kediaman aku dan sahabat aku.

Setelah memesan minuman kegemaran masing-masing sesi perbualan pun bermula. Bermula dari isu bertanya khabar antara aku dan dia akhirnya perbincangan berlansung sehingga masalah peribadi. Tanpa tidak perlu diminta untuk diceritakan dia menyatakan dia sedang mengamali masalah kesihatan yang berpunca dari amalan ilmu hitam yang di hantar oleh **jantan dan betina yang tidak mempunyai sifat berperikemanusiaan.Sehinggalah hari ini perkara tersebut masih berlanjutan dan semakin serius.

Baru-baru ini aku berjumpa lagi dengan sahabat aku itu. Dia menyatakan bahawa salah seorang ahli keluarganya terjumpa BARANG yang ditanam dalam kawasan rumahnya. Hal tersebut semakin serius dan dengan rasa tanggungjawab serta niat untuk menolong dia dan keluarganya aku membawa beliau untuk mendapatkan rawatan alternatif dari seseorang yang aku kenali sejak lama dahulu petang tadi. Untuk pengetahuan dan mengelakkan salah anggapan seseorang yang aku maksudkan adalah seorang yang menjalankan perubatan menggunakan ayat suci Al Quran. Mudah-mudahan akan dipermudahkan segala apa yang aku dan dia usahakan.

Hal ini sedikit sebanyak menjadi pengajaran kepada aku untuk hari-hari yang mendatang kelak. Perkara seperti ini bukanlah pengalaman kali pertama aku, jika dihitung mungkin ini adalah pengalaman kali yang ke beberapa kalinya. Ada yang biasa-biasa seperti tidak sengaja sehinggalah yang serius sememangnya bertujuan untuk merosakkan hidup seseorang.

Walaupun kita sudah menjangkau kehidupan yang moden dengan kecanggihan teknologi dalam banyak perkara di sepanjang hayat kita semua. Harus diingatkan bahawasanya rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.

Aku sendiri tidak mempunyai apa-apa pengetahuan yang mendalam dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu hitam atau sebagainya. Allahyarham ayah aku juga dahulu tidak pernah mendedahkan perkara tersebut kepada aku disepanjang hayatnya walaupun aku tahu Allahyarham mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan perkara tersebut, dan aku sendiri akan cuba mengelak untuk mengenali perkara seperti ini. Cukuplah dengan pengalaman lepas yang pernah aku lalui dan masih menghantui masa-masa lelapan mata aku.

**Aku menggunakan perkataan jantan dan betina ini adalah untuk mengantikan kata nama lelaki dan perempuan. Mereka yang melakukan perkara untuk menghancur atau merosakkan kehidupan orang lain dengan menggunakan bantuan jin atau sebagainya ini merupakan orang tidak berperikemanusiaan dan tidak layak untuk menggunakan kata nama seperti lelaki dan perempuan.

p/s gambar di atas adalah untuk hiasan semata-mata.

14 Disember 2008

Perihal Kawan, Sahabat, Rakan, Kenalan, Geng Atau Sebagainya

Kawan itu bukan seperti main FUTSAL. Mula-mula kejar. Sudah dapat sepak.

Kawan itu bukan seperti main SKATE. Mula-mula gosok. Lepas tu pijak.

Kawan itu bukan seperti main RAGBI. Mula-mula tangkap. Sudah dapat tendang.

Kawan itu bukannya seperti PAMPERS. Sudah pakai, Buang.

Kawan itu bukannya seperti BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Sudah sengkek gadai.

Kawan itu bukan seperti PELANGI. Hari cerah hilang. Hujan gerimis baru muncul.

Kawan itu bukan seperti KERETA. Rosak sikit,jual. Ambil kereta baru.

Kawan itu bukan seperti CHIPSMORE. Sekejap ada sekejap hilang.

Kawan itu bukan seperti BANK. Bila pokai, pergi sana ambil.

Lagi.....?Fikirkan

Dalam jangka masa yang singkat atau mungkin dalam masa beberapa hari atau mungkin juga menjangkau jangka masa beberapa minggu, aku berkenalan dengan seorang kawan baru. Tidak pernah bersua muka, aku dan dia hanya berkenalan dan seterusnya hanya bertukar-tukar pendapat serta berborak kosong hanyalah di alam virtual dan telekomunikasi sahaja. Itu pun jika aku mendapat pesanan ringkas yang berbunyi sebegini “woit, wat per? Aku borink”… seterusnya akan berlanjutanlah sesi pesanan ringkas itu.

Dalam layaran hidup aku, aku bersyukur kerana mempunyai ramai kawan atau apa sahaja gelaran untuk mereka semua. Terlalu banyak kategori yang aku klasifikasikan untuk mereka, bermula dari golongan elit yang kaya sehinggalah sampai ke golongan hina dina di mata masyarakat mungkin dalam sesetengah lirikan mata manusia yang cetek fikirannya. Terdapat juga golongan pakcik-pakcik felda yang berkumpul di bawah pokok rambutan berhadapan kedai nyonya dan said pomen hinggalah ke golongan makcik-makcik felda yang menghiasi perbincangan petang di beranda rumah rakan seperjuangan yang di dasari umpatan dan gelak tawa petang. Semuanya menjadi kawan-kawan aku. Termasuklah kawan-kawan aku yang mempunyai tahap kebosanan yang tinggi seperti dia.

Perkenalan aku dengan dia membuatkan aku telah mewujudkan satu lagi kategori kawan dalam senarai kawan-kawan dalam hidup aku. Khusus untuk dia aku letakkan dia dalam kategori kawan yang istimewa kerana mempunyai tahap kebosanan yang tinggi dan sedikit sifat pelik.

Mungkin jika tahap kebosanan dia yang akan menjadi tinggi dengan mendadak secara tiba-tiba atau secara bersahaja akan membuatkan dia terbaca tulisan aku ini. Mungkin saat itu dia akan ketawa, gelak atau tersenyum kambing. Namun dia tetap kawan aku.

Terkenang aku pada kawan-kawan seperjuangan aku dulu.

SUNYI


Kedamaian Hari Petang Di Sebuah Felda






Kedamaian petang kadang-kadang mengamit memori lama aku yang tidak mungkin akan kembali menemui aku yang kian terus meningkat umurnya dan menjalani memori yang baru. Terkenang zaman kanak-kanak ketika masih nakal dan hanya memikir untuk berseronok. Memori lama ketika aksi kejar mengejar oleh Pak Abu dan Allahyarham Ustaz Arshad akibat memecahkan tingkap rumah mereka ketika bermain 'rounders' masih segar dalam kotak memori aku.

13 Disember 2008

Dipinda Lagi..

Auku atau Akta Universiti dan Kolej Universiti dikuatkuasakan bermula 1971 serta sudah melalui proses pindaan sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1975, 1983 dan 1996. Akhirnya ia dipinda sekali lagi berkuatkuasa semalam 12 Disember 2008. Antara kandungan pindaan tersebut ialah membenarkan setiap mahasiswa untuk bergiat dalam dalam organisasi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan berdaftar dengan tujuan pendidikan. selain itu terdapat beberapa pindaan lagi seperti memindahkan beberapa kuasa Yang Dipertuan Agong dan Menteri kepada Lembaga Pengarah Universiti, Senat dan Naib Canselor.

"....kami berharap supaya kerajaan serius melaksanakan pindaan itu dan tidak bersifat kosmetik semata-mata."

Ini adalah sedikit petikan dari sebuah artikel kiriman seseorang dalam akhbar tempatan Malaysia.

Namun bagi pendapat aku yang jahil dan kurang pandai dalam hal-hal sebegini, ia akan tetap memberikan manfaat kepada sesetengah pihak yang suka menangguk di air keruh. Pindaan ini akan tetap dicemari dengan tangan-tangan kotor yang suka menunggu kesempatan untuk kepentingan diri sendiri.

Bukankah dengan keterbukaan seperti ini akan lebih membuka ruang-ruang kosong untuk mereka bergiat aktif dalam menabur ideologi-ideolagi mereka yang berkemungkinan akan memberikan kesan buruk kepada mahasiswa?

Namun diharapkan dengan pindaan ini aku berharap ia akan memberikan kesan yang baik dalam perkembangan pendidikan di Malaysia serta akan dapat melahirkan golongan Mahasiswa yang banyak manfaatnya dalam memantapkan sistem pentadbiran negara kelak.

12 Disember 2008

Jarang Berlaku..

Jarang benar fenomena ini berlaku. Sejak 10 tahun dahulu mengikut cerita ayah aku ini kali yang ke-2 belakang rumah aku dinaiki air, namun ia tidak seteruk 10 tahun dahulu. Walaupun fenomena ini tidaklah seteruk mana sehingga mendatangkan kemalangan jiwa ataupun meragut nyawa namun ia cukup untuk membuatkan ayah aku berasa sedih kerana habis tanaman sayurnya musnah akibat 'bah' tersebut.

Mungkinkah Berlaku..

Semalam aku keluar dari belenggu kebosanan hidup yang aku lalui selepas sahaja menamatkan zaman yang sememangnya akan aku tinggalkan. Aku keluar bersama beberapa orang rakan-rakan untuk mengubah angin dan hirupan nafas yang baru di sekitar pekan Tanjong Malim. Sudah banyak perubahan yang berlaku pada pekan ini, ianya tidak sama lagi seperti 5 tahun dahulu sekitar zaman persekolahan menegah aku dan rakan-rakan. Namun dalam arus perubahan itu masih ada lagi kedai-kedai yang masih kekal seperti kedai Jam Ban Tan serta kedai vcd dan dvd Ravi di mana tempat aku mendapatkan stok dvd filem-filem terbaru mahupun lama serta vcd atau dvd haram.

Namun bukan itu yang ingin aku kongsikan.

Setelah agak lama menghabiskan masa yang sememangnya terluang tersebut aku ke station bas untuk mengambil kenderaan untuk dijadikan tunggangan pulang. Sedang aku memerhatikan gelagat orang aku terpandang poster di atas. “RAKYAT PENGAYUH PERUBAHAN”

RAKYAT PENGAYUH PERUBAHAN merupakan satu kempen anjuran JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT) yang dianggotai oleh jawatankuasa pekerja dan masyarakat yang inginkan perubahan. Kempen ini juga menuntut beberapa perkara kepada kepimpinan kerajaan antaranya :

1. Perumahan selesa untuk rakyat

2. Mansuhkan akta zalim ISA, AUKU, OSA dan lain-lain

3. Kawal harga barangan

4. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas

5. Gubal akta gaji minima RM1500

6. Pilihanraya atas kuasa rakyat

Kemuncak acara kempen ini adalah pada 18 Disember 2008 pada jam 10.00 pagi iaitu kayuhan berakhir di parlimen. Untuk keterangan atau maklumat lanjut silalah layari www.jerit.org

Aku bukan salah seorang dari mereka, cuma jika berpandukan pada tajuk diatas MUNGKINKAH BERLAKU? Ia merupakan persoalan yang bermain dalam fikiran aku sejak terbaca poster kempen ini. Mungkinkah berlaku perubahan yang mereka inginkan sedangkan persidangan perlimen yang merupakan intitusi perlembagaan tertinggi negara sahaja masih di takok lama dan hanya banyak membahaskan perkara yang masih terbengkalai dan dicemari dengan banyak perkara yang membosankan serta meloyakan tekak.

Namun dengan usaha ini diharapkan akan membuka mata banyak pihak yang akan membuahkan perubahan dan mendatangkan kebaikan.

Benar kata seorang hamba ALLAH yang yang tidak pernah bersekolah ini apa perbezaan dengan baling dan lontar, berlari dan berambat.

07 Disember 2008

Salam AidilAdha

Esok 8 Disember 2008 bersamaan 9 zulhijjah 1429h semua umat islam akan merayakan Hari Raya AidilAdha atau lebih dikenali dengan nama Hari Raya Korban. Tidak ada apa yang menarik untuk diperkatakan jika menjelangnya Hari Raya AidilAdha ini. Kemeriahannya hanyalah tidak seberapa. Namun di sesetengah negeri di Malaysia Hari Raya ini akan disambut dengan meriahnya seperti Kelantan contohnya.

Pagi esok akan berkumandang lagi tasbih dan tahmid bagi membesarkan kebesaran Allah s.w.t. Setelah itu akan berlangsung pula ibadah korban bagi mereka yang telah berniat untuk melakukannya pada tahun ini, dan pada ketika ini juga kemuncak kemeriahan Hari Raya AidilAdha itu akan dapat kita rasai.

Kepada ahli keluarga dan semua umat islam yang melakukan ibadah haji di Baitullah, sama-samalah kita doakan mereka agar selamat pulang ke tanah air dengan membawa haji yang mabrur. Insyaallah...

Salam AidilAdha buat semua..

03 Disember 2008

Tidak Semua Manusia Bernasib Baik

“BENCI pengkid dan gay! Serahkan kuasa tangkap pengkid dan gay kepada tentera. Biar mereka tahu langit tinggi atau rendah”

Begitulah bunyinya satu kiriman sms dalam sebuah ruangan akhbar tempatan di Malaysia yang dikirimkan oleh seorang hamba Allah.

Tidak semua manusia yang lahir dengan kekurangan seperti ini mengharapkan mereka untuk menjadi seperti yang telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Mungkin ramai orang memandang jijik atau hina terhadap golongan seperti ini. Namun hakikatnya cuba menyelami hati dan perasaan mereka. Ramai yang berpendapat hubungan songsang ini hanyalah bertuhankan nafsu semata-mata.

Aku bukanlah seorang yang ingin menentang hukum yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu mengharamkan golongan ini jauh sekali untuk menentang hukum Allah s.w.t. Namun aku agak tersinggung oleh kenyataan sms yang tertera di atas. Sememangnya tugas tentera adalah untuk menjaga keamanan Negara. Tetapi golongan ini bukanlan penganas. Mengapa harus sebegitu sekali hinanya golongan ini dipandang oleh mata manusia.

SIAPA yang hanya bertuhankan nafsu di sini? Golongan yang hendak ditangkap dengan kuasa ketenteraan itu atau mereka yang hanya berfikir sekali dan mengunakan hati dan lidah tanpa usul periksa?

Seharusnya amalan pencegahan sebagai satu usaha yang berterusan bagi membendung gejala sosial seperti ini adalah lebih baik dari usaha untuk menghina lagi golongan ini.

Berfikir dari banyak sudut yang melambatkan keputusan dan pendapat adalah lebih baik dari mengutarakan keputusan dan pendapat dengan terburu-buru.

01 Disember 2008

Cerita Getah dan Hujan

Harga getah turun semula, jika sebelum menjelang hari raya yang lepas harga getah berada pada tahap yang amat selesa untuk semua pengusaha getah mahupun penoreh getah itu sendiri iaitu pada harga RM 3.50 untuk sekilogram. Namun baru-baru ini harganya menurun pada tahap yang amat menyeksakan setiap mereka yang bergantung harapan untuk menyambung kehidupan dengan hasil getah terutamanya penoreh getah iaitu pada harga RM 1.65 untuk sekilogram ( mengikut harga yang ditawarkan oleh PMG setiap kawasan masing-masing)

Berbual aku dengan seorang penoreh getah di kampung aku baru-baru ini. Beliau bertanya dan mengemukakan persoalan berikut kepada aku “ harga minyak dah turun, tapi harga getah tak pulak naik-naik”. “ yang hairan tambang bas naik pulak?” . “Kalau macam ni siapa yang susah?”
Persoalan itu membuatkan aku diam seribu bahasa. Namun seketika kemudian beliau yang menjawab persoalan yang beliau sendiri kemukakan. “ Kami ni lah yang susah!, pekebun-pekebun kecil yang bergantung hidup dengan hasil getah”.

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu kini ia amat menyukarkan lagi keadaan mereka, terutamanya mereka yang berada di sesetengah tempat di Malaysia yang kini sudah mula di naiki air. Seperti di Kelantan, Terengganu dan sebagainya. Ini amat menyukarkan!

Pemerhatian yang tidak terbatas sehingga melepasi sempadan Negara dan batasan masa membuatkan kita dapat melihat dan menilai keadaan dunia kini. Pergolakkan di sesetengah Negara jiran kita sedikit sebanyak menyebabkan kita juga akan menerima tempiasnya terutamanya dalam aspek ekonomi. Namun itulah hakikat yang kita semua lihat dan dengar!?

Penurunan harga minyak mungkin akan menyebabkan sesetengah daripada kita semua akan tersenyum gembira. Namun dalam masa yang sama ada juga yang masih meletakkan tangan di dahi ketika mahu tidur dikala malam melabuh tirai, berfikir bagaimana untuk meneruskan hidup dengan keadaan sekarang. Terutamanya seperti pekebun kecil atau seperti penoreh getah tadi yang terpaksa menanggung 8 orang anak dimana 6 daripadanya masih lagi perlu mendapatkan pendidikan dan sebagainya.

25 November 2008

Buah Hati

Nurin Afza Adlina

"Sempurna Sudah Separuh Agama Kamu"

Keluarga Aku Yang Sangat-Sangat Majmuk

Anak Pak Cik Aku

Alahai...Dapat Gelas!!

Ini Adik Ipar Kakak Aku

Pelapis Penari MakYong

Persembahan MakYong

Ada Juga Tarian Canggong

Dimeriahkan Dengan Tarian Zapin

Selera Sungguh



Alhamdullilah......
Syukur benar aku setelah pernikahan 2 mempelai ini selamat dilangsungkan dengan sempurna dan meriahnya.
Walaupun pada mulanya aku dan ahli keluarga aku yang lain terpaksa mengharungi pelbagai masalah untuk ini semua atas kisah lama yang menghantui.
Namun Semuanya selesai dengan aman dan damai.
Selamat Pengantin Baru untuk Haliza Bt Ghazali dan Mohd.Yusrie B. Mohd. Satar.
Sepanjang majlis kenduri tersebut lensa kamera aku yang dikendalikan oleh aku sendiri yang sememangnya seorang yang berotak nakal sempat merakam gambar-gambar yang tidak seberapa ini.

21 November 2008

Rentetan Perjalanan dan Cerita Sekaki Payung

Penantian Sebuah Penyeksaan

Dilarang Merokok

Siapakah Pelancong Ini?


Sampai sudah melewati jam 01.30 petang. Kemudian setelah jam menghampiri pukul 02.30 petang hujan mula turun dengan lebatnya membasahi Bumi Kenyalang khususnya landasan di mana penerbangan aku AK 5209 akan menggunakannya.

Oleh yang demikian, penerbangan aku dari Kuching ke Kuala Lumpur terpaksa di tunda selama kira-kira 30 minit. Sudahlah begitu semua penumpang penerbangan tersebut hanya dibekalkan dengan sekaki payung untuk meredah hujan tersebut.

Terdengar oleh telinga aku yang agak peka ini terhadap sepotong ayat yang dilontarkan oleh salah seorang penumpang penerbagan tersebut seperti aku juga. Katanya, " inilah pengurusan AirAsia yang BODOH ".

Entah! Aku jga tidak tahu untuk berkata apa. Cuma timbul rasa sokongan terhadap apa yang dikatakan oleh penumpang tersebut. Tetapi aku menyokong bukan untuk diri aku, tetapi untuk seorang lelaki buta yang berumur kira-kira pertengahan 60 tahun. Lelaki buta tersebut di usung menggunakan kerusi roda untuk meredah hujan tersebut dan berbekalkan sekaki payung yang disediakan.

Pendaratan berlaku kira-kira melepasi jam 05.00 petang.

Alhamdulillah....