01 Januari 2009

PERHIMPUNAN SUCI

8.3opm

Sudah menjadi kebiasaan pada aku, paeh, jeli, fazeli, panjang, cik dan beberapa ahli baru untuk membuat perhimpuan tahunan seperti malam ini. Kali ini dengan kutipan wang sebanyak RM3o.oo seorang maka berlangsung lagi party liar 'bbq' sempena menyambut kedatangan tahun baru kata mereka.(mereka kata, aku tak kata)

Bak kata 'makcik pojie'(nama sebenar makcik ni Fauziah) :
"Kome nie pantang menyambut, ade je benda kome buat ye!"

Walaupun terlewat sehari kerana semalam mengalami masalah cuaca yang kronik maka ditunda hari ini.(tu pun hujan jugak di pertengahan langsungan party liar tadi)

TERHARU!

Jika selalu party seperti ini pasti menjanjikan hidangan air setan dan tarian bogel dari gadis-gadis atau tarian poco-poco dari kumpulan gerakkan wanita maju felda aku. Namun tidak pada kali ini. Tidak sama sekali di ulangi lagi TIDAK SAMA SEKALI.

Kali ini party liar ini tidak dicemari dengan perkara-perkara mugkar seperti yang sudah-sudah. Aku pun pelik..sumpah pelik sangat-sangat. MENGAPA terjadi seperti itu?

Namun begitu ia tetap mengeratkan hubungan tali rafia atau tali pancing antara aku dan mereka semua.

p/s Acara akan berlangsung lagi dalam masa terdekat. Mungkin semasa menyambut tahun baru cina pulak.
(pantang menyambut!)

5 ulasan:

ab geldofg berkata...

jgn lupa ajak aku...

DrSam berkata...

semoga tali rafia semakin erat.

chi am berkata...

gua sangat layan majlis2 sambutan camtu.. senang2 telegram gua lah.

ifahruzzaman berkata...

ab geldofg: waduh2..sudah terlepas. raya cina nnt aku comprim ajak.

DrSam: mudah-mudahan la hendaknya.

chi am: sedakar layan tidak mencukupi kne sertainya dengan wang.hahahah
nnt aku antar jemputan guna burung merpati.Ok!

ifahruzzaman berkata...

chi am: 'sekadar' maksud aku.sangat celaka aku salah taip!!