12 Disember 2010

kebahagian itu adalah bahagia, itulah bahagia

11 Disember 2010

dengan penuh rasa rendah diri dan tulus ikhlas aku memohon ke hadratNYA.
semoga kamu sentiasa dlm lindungan rahmatNYA.

10 Disember 2010

setakat jam 248 pagi ni.
ada mcm2 benda dlm kepala otak aku.

semua benda tu intinya adalah yang HARAM JADAH!!!!

06 Disember 2010

Ahlan Wasahlan....


salam maal hijrah buat semua umat ISLAM.

04 Disember 2010

1.90

rasanya aku la rakyat malaysia yang paling last tau.
bila tengok meter kat petrol pum td.
bila masa naiknya?

terasa jugak.
walaupun aku hanya naik motor kapchai je.




nmpk sangat tak mengikuti perkembangan semasa!!

01 Disember 2010

patutla aku dengar ada deruan enjin motosikal lalu depan rumah aku.
dah pukul 5.00 pagi rupanya.

dan aku juga tak tido.
benda apa yang bersarang dalam kepala otak ni pun tak tau.

ayuh!!! bangun semua.
kita mulakan hari ini dengan segelas teh panas.




sebelum bergerak!!!

SEDARILAH HARI AIDS SEDUNIA.

30 November 2010

tak payah letak tajuk la...

tadi pegi makan.
sorg je.
dh lapar sgt,mmg tak ingat org lain dh.

suruh org tu cedok nasi.
letak lauk ala kadar.
terus duduk,baca doa dan suap.

dlm pada lahap2 makan tu, mata tengok la kiri kanan jugak.
terpandang satu maje.
couple la kot.
cik abang duduk mengadap cik kakak.
sebelah cik kakak ada adik kecik pegang buku.

cik abang main mata cakap2 sikit dengan cik kakak.
sambil hirup air teh o ais guna straw.
cik kakak tertunduk malu, senyum2 sikit.

yg aku terpikir.
bagus diorg ni date ajak adik teman.
masih juga boleh date kan.
sembang2.
belanja makan, minum dan mungkin gula2 utk adik si kakak.
walaupun hanya kat kedai mamak.

tak mcm aku..
makan pun sorg.
kadang2 xselera makan sbb makan sorg2.
kadang2 la..

16 November 2010

salam aidiladha


salam aidiladha buat semua...

11 November 2010


layan sekali sekala...

lagi best layan kat sini sebab ada bnyk tv dr kat umah.

08 November 2010

hot!!!


ye...
hot!panas!
lebih panas dari cerita pasal Pak Najib masuk hospital. pasal BN menang di Dun Galas dan Batu Sapi. tu belum dibandingkan dengan letusan Merapi dan banjir di utara tanah air. sbbnya dah berapa lama aku dengar pasal benda ni.

penah dengar pasal tokek atau gecko? aku pun tak pasti hatta tengok pun tak pernah lagi. tapi yang pasti binatang ni dah jadi macam Paul, sotong yang pandai meramal tu. sehingga pada satu ketika aku pun naik menyampah disebabkan kekalahan Argentina masa piala dunia ari tu.

laa....lari tajuk dah!

tokek..
ye....
korang sume pernah dengar pasal binatang ni?

aku takdalah tau banyak sangat. tapi mengikut ceritanya binatang ni mempunyai nilai jutaan ringgit di pasaran. diorang cakap boleh buat ubat untuk penyakit HIV. tidak dapat dipastikan kesahihan tersebut. dan mengikut cerita mulanya kajian dibuat pada beruang. kerana hanya pada beruang je yang ada enzim untuk penyakit HIV. munkin disebabkan terlalu bahaya untuk mendapatkan seekor beruang, dan menyalahi undang-undang kajian dibuat dan mendapati tokek/gecko ini mempunyai enzim yang sama. ini pun tak dapat dipastikan kesahihannya.

diberitakan seorang pemuda disabah menjumpai tokek ini seberat 64kg. dan dipasaran mereka membeli 300gram dan keatas sahaja. dengan hanya 300gram ini nilainya boleh mencecah lebih RM500 ribu. betul atau tak aku tak pasti. yang pasti ramai yang dah mula gila mencari tokek ni.

tokek ni juga dikatakan agak merbahaya dan berbisa. kerana lendiran yang keluar dari mulutnya bila mengigit boleh menyebabkan daging kita menjadi reput.

aku dapat berita kawan aku ada menyimpan seekor tokek ni. dekat tempat tinggal aku kat kampung pun ada juga, tapi beratnya baru mencecah 100gram.

entahla...dunia ada macam-macam cerita untuk dikongsikan.
betul tak??

apa nak kata..



aku sedih bila tengok gambar nih.
tiada motif apa2.
dan aku dah taknak cakap mcm ni lagi.
"bukan nak kata diri aku baik"
dh murah ayat mcm tu.

sbb aku masih bleh guna akal anugerah Tuhan dengan baik.
bukan baru.
sbb aku biasa juga buat kerja2 amal melibatkan benda2 mcm ni.
tempat aku tinggal ada poly,universiti, sekolah dh tentu ada la kan.
kalau kne bdk2 poly atau uni ni.
bila tny dari mana.

KL....
KL....
KL....

ye aku tau aku org kmpgan jer.
dungu..
selekeh...


untuk info lebih mendalam sila la klik

ohtidak.com

doa untuk mereka...



untuk saudara diseberang...
bersabarla,
atas dugaan Yang Maha Mengetahui.
ujian itu sentiasa akan datang untuk menduga hamba-hambanya.

untuk saudara-saudara yang di dalam negara juga.
sentiasa aku berdoa untuk keselamatan kalian sekali.

Ya Allah..
sesungguhnya kami semua dalam keadaan daif dan lemah.
bantulah kami.
hanya padaMu kami memohon pertolongan.

14 September 2010

hari pertama bercuti raya...

bercuti raya...

tidak mempunyai apa2 perancangan yang bagus.
berziarah ke rumah jiran sebelah menyebelah.
berjabat salam dan bermaafan.
serta menghabiskan kuih muih mereka.

malamnya hanya memenuhi undangan berhari raya.
bertemu merapatkan tali silatulrahim dengan yang jauh.




deringan telefon bimbit bertalu.

"aku nak dtg raya rumah kamu"

hanya jawapan ringkas.

"aku kerja"

balasnya.

"weh, nepal je kerja hari raya"

aku.

"ceh!"

kakak aku dah mula berpuasa enam tadi.

"kamu tak nak buat?" katanya.

"banyak dugaan sekarang." aku menjawab.

"kalau dah malas jangan bg alasan" katanya.

aku mencebik muka.


esok mula berkerja semula, sebelum menyambung cuti raya sehingga sabtu.

ada apa2 perancangan?????

tido!!

08 September 2010

sedih..

beberapa hari lagi akan bergema takbir raya menandakan tamatnya Ramadhan kali ini.


alhamdulillah....walaupun aku sgt2 sedar, kedatangan Ramadhan kali ini aku lalui dengan banyak cacat dan celanya.


hmmmm.....





aku sedar... Ramadhan kali ini sgt berbeza.


sebab?


kalau tahun2 yang lepas solat terawih aku paling tidak pun 5 atau 6 kali jer aku tinggal.


kali ini aku kira 5 atau 6 kali jer aku hadir berdiri di saf surau aku bersama jemaah lain menunaikan solat terawih.


aku sedar...betul2 sedar betapa lekanya aku.


bkn ingin menunjuk tentang kebaikkan.


tetapi nikmat bersama jemaah lain sekampung mengerjakan solat terawih tu yang akan aku rindui jika diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang.





jadual waktu bekerja pun sudah di print out keluar seminggu yang lepas.


nyatanya...aku tercalon antara beberapa rakan lain yang akan beraya bersama di tempat kerja.


sedikit rasa sedih di hati mula melonjak2 keluar.


di umum pula cuti raya.





raya pertama hingga ke 3 bekerja.


raya ke 4 dibenarkan cuti.


raya ke 5 diminta bekerja semula.


raya ke 6 hingga ke 8 dibenarkan cuti semula.





oh cuti......





tadi dlm perjalanan pulang...


di lebuhraya utara selatan mengarah ke Ipoh.


kenderaan mula berpusu2 meluncur laju.


terasa kemeriahan raya itu mula menyala seterang lampu kereta dan motosikal yang banyak bertali arus di lebuhraya ataupun jalan lama.





persiapan menyambut kedatangan Syawal kali ini secara sederhana.


cuma sampul duit raya je aku rasa makin bertambah dan tidak pernah sederhana.


minggu lepas aku merayu dengan seorang kerani Bank Rakyat mintak nk tukar duit.


nasib baik dia bagi...


terima kasih banyak2 cik Fadilah.


tu nama kat name tag dia yang sempat aku tengok.

kepada semua rakan2 blogger yang akan memulakan perjalanan balik ke kampung. sila patuhi lampu isyarat, ikut undang-undang dan INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.

KELAJUAN BOLEH MEMBAWA MAUT.

pesanan ikhlas dr fahruzzaman.Ismail


28 Ogos 2010

betul! saya suka masak...

tadi tempat keja aku ada budak baru masuk.
bukan tetap la.
sampai 30hb ni aje kata dia.
budak lelaki.
apa namanya tah, aku lupa sudah.

sembang2...
bdk uitm puncak alam katanya.
amik kos masak.

respect gak aku kat bdk ni.
minat masak.
minat old kitchen lagi.
api yang besar2 tu.

cayala lu mat...

dia bgtau la resepi2..
cheese kek la..
rendang tok la..
ayam panggang la..
terliur gak aku.
mau idak kul2 petang citer pasal makan.
mmg meronta perut aku tadi.

nasib tak pegi delica beli nasi ayam.

hahaha.....


............................................

25 Ogos 2010

disini menyesal dan kecewa....

dorg ckp gaji kuar hari nih...
dengan penuh rasa ghairah dan gelojoh.
aku bangun seawal pukul 830pagi.
sedangkan aku tahu bahawasanya aku bercuti hari ini.

capai tenggiling...
memacu laju ke kandang harimau.
ternyata semua dusta semata2.

sebab kaunter harimau tu tulis baki yang tidak meningkat pun.
kalau dlm iklan tu ada cakap "anang ngirau indai.."


tapi aku betul2 ngirau sekarang.



mcm mane nk beli ayam percik wat berbuka kang nih.....

isk..isk..

..........................................................................

23 Ogos 2010

apa nih....

zzzZZzzzzzz........

ada suara panggil nama aku

bangun!bangun!banggguuuuunnnnnn!!!!

hari ni raya dh

eh...dh raya ker?

buka mata

sekali kakak au gerak sahur dah.

kakak aku memang sorg yg tak senonoh kdg2
bergurau tak ingat pny dalam.

ceh!!!

.................................................

20 Ogos 2010

bila Pak Tam mulai risau

semalam....
sejejak je kai aku melangkah kat offc.
berdering telefon.
yg call tu call la.
yg msj tu msj la.

ada meeting pukul4.
bos nk jmp ko kat offc.

ada kau kesah!
ada aku nk semak!

afternoon bos... (sedikit senyuman sinis lg plastik dicampakkan)

masuk! (kau tak pelawa pun aku dh msk bonggok!)

u ada tau knp kita tarak dpt capai itu actual target dlm 3 hari yg lepas.
tarak capai itu 10k u tau.

ah! Pak Tam ni.
bengong per tny soalan tu pd aku.

sy sdg risau u tau.
ini mcm kalu, itu Tim Golding msti mari sini mau check.
apa sy mau ckp????

aku tarik nafas lega bila Pak Tam mulai risau.
biar dia tau rasa.

Pak Tam yg risau
akulah yang semak

nk mlayan visit mat ngan minah saleh.
tak jemu ker diorg nih...
asyik nk meronda pastu complain mcm2.

adoiyai...

semak!!

............................................................

hari yang penat.
dh tentu balk kul1 pg hari ni.

18 Ogos 2010

bertenang je hari ini

ya...
begitula.
aku bercuti hari ini.
setiap yang bekerja pasti menunggu hari2 cuti mereka.
pasti banyak perkara yang ingin dilakukan.

bertenang sahaja hari ini.
cuaca juga baik2 sahaja.
jika tidak sekitar jam 3petang pasti akan turunya hujan Rahmat dari Tuhan.

berbuka juga aku memilih untuk bersama rakan taulan diluar.
secara sederhana.
nikmat bersama rakan taulan itu lebih penting.

cuma sekarang mula berasa bosan.
hujan sudah mula membasahi bumi.
aku terperuk di rumah.

esok mula tugas di sebelah petang...
seperti biasa akan mula terasa sengal badan

rasa malasnya nak masuk keja esok.huh!!!

............................................

16 Ogos 2010

berceritalah....

hari yang berlalu dengan tenang sekali....

seperti biasa aku bekerja hari ini.
mengikut keperluan duniawi yang menghimpit kehidupan.
hanya setakat pukul 12 tengahari.
setelah itu aku keluar atas urusan kerja.

dari sekitar Rawang aku menghala ke Kuala Selangor.
selesai.

dalam pejalanan pulang terserempak dengan satu kemalangan motosikal.
pemandunya tidak aku kelihatan akibat dikerumuni orang ramai.
motosikalnya sahaja yang aku nampak tersebit di antara 2 paip air di tepi sebuah selekoh.

dahsyat jugak...

disebabkan aklu pun seorang penunggang motosikal.
terasa untuk memandu berhati2.
hujan turun membasahi bumi serta aku juga.

niat untuk singgah ke bazar Ramadhan dibatalkan.
niat mencari kuih bahulu kemboja dan murtabak daging Pak Hamzah gagal lagi.


........................................................

USANG MENANTI REBAH

Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua rakan taulan.....

perrgghhh....gila usang blog aku.
lama benar tidak menjengah untuk di isi dengan kata-kata nista
curah rasa dusta tertipu dan sebagainya.

di panggil semula untuk mengisi kekosongan tersebut dalam masa terdekat.
akan dicuba sedaya upaya untuk itu.

dari mana hendak dimulakan dan diperdahului.

yang terutama Usang Menanti Rebah itu perlu dibaiki dalam masa terdekat ini.

insyaaalah akan dimulakan mulai esok...hohoho


..........................................................

04 Mei 2010

berita mengejutkan

semalam....
sedang aku syok2 ber-walk bersama bos 1 dan big bos di sepanjang department
aku menerima 1 msj dari abg aku.
aku buka...
tertera gmbr di bawah.
abaikan.
sbb aku tak kenal pun minah dlm gmbar tu.
selepas tu aku abaikan lagi 3 msj yang masuk dlm inbox aku.
sbb aku tau org sama.
lgpn aku ngah walk ngan big bos.

dh selesai semua aku call abg aku...
berderau darah..
rupanya minah yg dalam gmbr tu kawan sekolah aku dulu.
anak jiran aku.

berita tu amat mengejutkan.
mengikut sumber2 yg boleh dipercayai dia cedera parah pada muka serta sebelah kakinya d bahagian lutut hancur.

aku doakan semoga selamat semuanya.
dia berada di hospital ipoh sekarang.

bila dikenangkan memang ngeri.
jadi iktibar pada aku dan pd korang semua.
sebab rata2 semuanya pengguna jalan raya.
aku sendiri hari2 atas highway selama 45minit sebelum smpai ke tempat kerja.
mcm dh aku rasa...
pernah sekali aku terlena atas moto masa on the way balik keja.
siap terhantuk kat meter moto.
kena hon dengan lori sebab terhoyong-hayang.

Ya Allah...
aku mohon dijauhkan segala bahaya.




06 April 2010

kejap ada kejap tak ada....

dah mcm biskut pulak aku rasa masa aku berblogger ni.
kadang2 update,kadang xda langsung.
penat....

biaq pi la noo...
janji aku da lagi.

tempat aku mencari rezeki dan sesuap dua suap nasi bakal menerima Bos baru lagi.
ni dh masuk kali yang ke 3 gamaknya tukar Bos.
aku tak la kisah sgt kalau daorg nk tuka Bos tiap hari pun.
tp standard keja tu sama jer.
ni tidak Bos yg lepas mcm ni,Bos sekarang mcm ni dan Bos yg baru ni tah mcm maner pulak.
penat dh aku tukar format tu la,format ni la...
smpai fail yang nk simpan dokumen pun tukar.
mau tak naik hantu staff.

semalm aku jumpa budak2 yg benti baru2 ni.
dtg amik payslip gaji ngan voucher.
aku mtk dorg masuk balik keja.
Bos yg kurang di ajar itu sudah mahu berambus.
akan kami fikirkan diaorang ckp kat aku.

smlm ada seorg hamba Allah mane tah terkena marah dengan aku.
aku mtk maaf la...
sbb kamu dh terlancang berkata2 smlm.
itu tidak dpt diterima akal dizaman yg seba moden oni.
seharusnya kita semua sudah mendapat pelajaran yang sewajarnya...

09 Mac 2010

semak...

perggghhhh....
lega rasanya.
ari ni off dr arena pekerjaan.
dan terselamat dari menempekkan muka sempena visit mat-mat saleh ke tempat aku bekerja.
cume semalam je tak selamat.
sbb bos besar bahagian keselamatan tu datang.
aku dah cuba sedaya upaya melarikan diri.
dia pg belakang.
aku lari depan.
dia pg depan.
aku lari belakang.
tup..tup...
teserempak dlm off inventori.
ceh.....!
buta2 aku kena ceramah.
tak ikut spesifikasi la.
itu la.
ini la.
aku iya kan aje.
haha....

byk bnd yg ada dlm otak aku skang.
tak tau nk pikir yg mana 1.
emosi dh mcm gelombang tsunami.
silap sikit suara aku dh mcm halilintar.
aduh...aku sendiri perasan bnd2 tu.
haih...tahap akesabaran dh makin berkurangan sekarang.

haduih....entah la.

27 Februari 2010

kurang sedapp la....


malas nk masuk keja!
suda dlm perjalanan tadi.
aku patah balik....
ni semua sbb smlm.
aku ngadap muka bos.
ada mulut2 puaka cam tuuuut....
cucuk2 bos.
aku kemalasan sekarang.
apa nak jai deme2 nih.
sama2 cari makan pun nk dajal.
sama bangsa pulak tu.
adooooi...
kalau muda lg xpe la jugak.
ni dh tua.
memang dasar kurang belajar tol!!

Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW


salam maulidur rasul.....


25 Februari 2010

new

SeDANG MENIKMATI KEINDAHAN PETANG DISEBUH KOPITIAM.MELEPAS LELAH SETELA MELAYAN KERENAH BYK MANUSIA.SESUNGGUHNYA MEMANG MANUSIA ADA KEPELBAGAIAN KERENAH DAN RUPA BENTUK.....SUNGGUH MELELAHKAN.......