05 Januari 2009

MENGGAMIT KENANGAN LAMA...


Hari ni adalah hari pertama anak buah aku yang no. 5 memasuki alam persekolahan. Dia mendaftar sebagai salah seorang murid tahun 1 di Sek.Keb.Sungai Behrang. Sekolah dimana aku juga disekolahkan disana satu ketika dahulu.

Lama benar aku tidak menjejakkan kaki aku ke sekolah itu setelah meninggalkannya sejak sekian lama.


Tadi aku ditugaskan oleh kakak aku untuk menemani dia disekolah. Hari pertamanya berjalan lancar. Dia tidak merengek atau menitiskan air mata.(cayalah!aku dah latih dia semalam)

Tetapi aku perhatikan setiap 5 minit dia akan memerhati aku di luar kelas dan aku membalasnya dengan senyuman dan jelingan.

Sehingga waktu rehat aku membuang masa disana. Setelah habis waktu rehat dan dia sudah masuk ke kelas semua, aku balik.(dah malas!)


Tepat pukul 1.oo tengahari aku ditugaskan untuk mengambilnya pulang.


Tekenang zaman aku sekolah dulu....


Tiada yang menemani aku atau yang menjemput kau ketika balik dari sekolah, hanya Allahyarhamah mak aku yang hantar sehingga ke pintu sekolah dan memberikan bekal roti yang sudah letakkan susu sebagai santapan waktu rehat aku.
Kemudian beliau pulang.

Namun begitu aku telah pun diberikan taklimat ringkas oleh Allahyarham ayah aku. Ayah aku kata :

' hang kalau nak rasa tali pinggang, hang teriak la kat sekolah besok'


nota tercicir

Mana boleh aku nangis dekat sekolah. Aku dah janji dengan kawan sekampung aku nak lawan 'spedo' kat sekolah dan lawan main gasing. Aku seorang jaguh gasing satu ketika dahulu. Baju sekolah yang putih dan suci murni itu menjadi seperti surat khabar lama untuk membalut belacan pada ketika itu.
Akibatnya aku dikejar keliling rumah dengan Allahyarham ayah aku.(kena jugak!!)

seronok tengok telatah budak2 ni tadi. macam2 yang jadi....

....................................................................................

10 ulasan:

ab geldofg berkata...

dulu murid tkut dgn ckgu..skrg ckgu yg tkut dgn murid

ifahruzzaman berkata...

zaman dh berubah ab...tp syg perubahan kearah -ve lebih pulak.

DrSam berkata...

teringat mandi perigi pagi-pagi dan berbasikal meniti batas padi ke sekolah.

ifahruzzaman berkata...

masa mandi perigi tu aku merasa jgk...tp berbasikal meniti batas padi tu xpenah.sbb aku memboceng blakang ayah.ayah akan anta aku kesekolah dulu sbelum beliau pg menoreh..kenangan tetap kenangan yg indah.

ifahruzzaman berkata...

tp tu cuma kadang2...slalu aku bjalan kaki bersam kwn2...

FEXAN_MY berkata...

zaman dah berubah...dunia dah maju... tp student kta dah maju ke..??? huhuhu... yg aku tau... MALAYSIA BLEH JER..KAT YOUTUBE tue...oppsss... sorry...

vidadarisakura berkata...

waaa...
sanggup tunggu anak buah d sekolah sampai rehat...
haha

ai aply jadi anak buah ko bole?
kekeke

ifahruzzaman berkata...

FEXAN_MY: tu je la yg student kita maju.mmg maju kehadapan dengan 3gp, merempit dan sebagainya...hmmmm

cik vidadarisakura: hahahaaa...ko cik vida ada2 jer! baik ko aply jd gundik aku cik vida...aku nk kaya dlm 2 3 hari lagi nih.

F A R Y N berkata...

alasan je tu nak meneman anak buah.
musti ko dok usha teacher yg jelita kan?lalalalaa

ifahruzzaman berkata...

hahahaha....ko cik Faryn mane ada..mane ada aku nk wat cmtu...tp ada la jeling2....yeaah!