24 Januari 2009

KOMPANG DI PALU PENGANTIN BARU.....

Ya...
Begitulah bunyinya.
Ada juga yang lainnya, seperti...

'di renjis-renjis dipilis,
di tepungilah tawar,
hai beras kunyit ditabur,
di siram si air mawar....'

Sempena cuti tahun baru cina ni ramai kawan-kawan yang kemaruk nak berbini dan berlaki bakal melangsungkan perkahwinan mereka. Setakat semalam aku menerima sebanyak 5 jemputan yang mesti aku penuhi untuk menyedapkan perut aku dan hati-hati mereka yang mengundang.

3 dari jemputan tersebut datangnya dari kawan-kawan aku. 2 nya adalah lelaki dan seorang itu adalah perempuan, dan 2 undangan lagi adalah dari jiran-jiran yang ingin melangsungkan perkahwinan anak-anak mereka.

Berkisar dengan kawan aku, rasanya baru semalam aku masih berkejar-kejar dengan mereka bermain pungkang tin, pungkang kasut, galah panjang, gasing, memancing, berkubang di parit Pak cik Man Misai. Bukan setakat itu mendajal anak kambing Pak cik Halit Apik dengan menyuap cabai burung. Macam-macam....

Kenangan zaman kanak-kanak kemudiannya remaja dan kini retua...

Namun hari ini mereka bakal mendirikan rumah dan tangga mereka sendiri. Mereka tidak akan lagi merasa sejuk jika hujan lebat di malam hari kerana ada yang akan memanaskan badan. Berkemungkinan akan lebih berpeluh jika ingin dibandingkan dengan larian 5 kali pusing padang botak, itu pun jika mereka pandai mempergunakan skill-skill yang sudah dipelajari dengan hanya membeli dvd atau vcd di kedai Ravi.

Bermula esok aku terpaksa menghulurkan tangan meringankan beban untuk bersama-sama bergotong royong untuk memastikan kenduri perkahwinan mereka bakal berjalan dengan lancar dari awal hingga akhirnya.

Penat...mereka yang memperoleh kesedapan malam.

Namun itu bukan ukuran atau alasan, yang penting majlis tersebut bakal berlangsung dengan meriah. Aku sebagai rakan seperjuangan dan rakan-rakan yang lain akan menyediakan ramuan istimewa sebagai hadiah untuk mereka yang memungkinkan menyaksikan mereka bakal terjun dari pelamin nanti.











nota tercicir
salam dengan bapak-bapak diorang ni mesti berisi la nanti ni.
aku tak kira, budak2 ni kena belanja aku satay lepas selesai majlis diorang ni.


.................................................

5 ulasan:

F A R Y N berkata...

aku tak sabar nak tunggu ko bersanding..pastu bley ar aku baling telur busuk kat muka ko nanti..hahaha

vidadarisakura berkata...

faryn aku plak maw begelek dangdut depan budak ni..
biar bini dia pengsan
haha

ifahruzzaman berkata...

Cik Faryn: Ko memang seorang yang kejam Cik Faryn.

da ker nk baling telur busuk...patut baling la...merz ke..bmw ke..

hahahahaaa

kalau ko bsanding nnt, aku nk duduk kat kerusi sebelah!

Cik Vida: cayalah cik vida.tak payah susah2 aku nk panggil inul nnt...huihuihui

jiwa kaco berkata...

he he awak tu bila plak nak naik pelamin....
tak boring ke tido sorang

ifahruzzaman berkata...

aduh solan cepucemas ni abg jiwa terkaco....hahahhahaah

nanti2 la...