11 Januari 2009

BILA PAKAIAN KAMU SUDAH TIDAK BERJAHIT...

Abu Al-'Itahiyyah mengatakan:

"ratapilah kematianmu, wahai orang-orang yang sengsara
ingatlah kamu pasti mati
jadi ratapanmu tidak sia-sia
meskipun umurmu panjang seperti umur Nabi Nuh"

petikan dari buku tulisan Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

Aku mendapat panggilan dari seorang rakan, beliau mengatakan bahawa abangnya sudah pulang ke Rahmatullah pada pagi tadi di Hospital Taiping. Jenazahnya akan dibawa pulang sebaik sahaja selesai urusan bedah siasat serta mendapat kebenaran pihak penjara dan pas perjalanan dari pihak polis.

Aku sebagai rakan rapatnya sayu mendengar perkhabaran tersebut apabila mendapat panggilan dari beliau untuk kali kedua. Beliau mengatakan jenazah Allahyarham abangnya berkemungkinan akan sampai pada tengahmalam ini dan akan dikebumikan pada hari esok.

Proses untuk membawa jenazah Allahyarham abangnya keluar dari hospital tersebut terpaksa melalui beberapa prosedur disebabkan status Allahyarham tersebut adalah seorang banduan.

Sudah sampai hukum tuhan kepada kamu, pakaianmu sudah tidak berjahit dan semuanya akan dilakukan oleh mereka yang masih hidup bermula dari mandi sehinggalah kamu dimasukkan ke dalam liang lahad untuk bertemu Yang Maha Kuasa...

nota tercicir
aku bercadang untuk menziarahi keluarganya malam ini.
Al Fatihah...

........................................................

4 ulasan:

vidadarisakura berkata...

insap..insap...

fahruzzaman.Ismail berkata...

ingatlah kamu kepada kematian....huhuhuuu

insaf.

DrSam berkata...

kullu napsin zaikotil maut. innalillahi wainna ilaihi rajiun.

fahruzzaman.Ismail berkata...

'dan datangla sakratul maut dengan sebenar2nya,itulah yang kamu selalu lari daripadanya'

innalillahiwainnalillahirajiun...