10 Februari 2009

SEMUA KAWAN-KAWAN KITA MINUM SEMEJA.....

aku menjenguk seseorang di Hospital Slim River tengahari tadi.
beliau dimasukkan ke Hospital tersebut akibat serangan demam chikungunya.
semakin kurus.

sempat aku bersalam dengan sahabat lama Dr.Salleh.

setelah itu, aku ke pekan Slim River untuk mencari sesuatu.
sedang asyik memilih beberapa barang disebuah kedai, bahu ditepuk oleh seseorang dari belakang.

menoleh,

bersalaman dan berpelukkan. rakan lama, rakan dimana sama2 berjuang dalam lingkungan bulan penuh dahulu.
semakin sihat beliau, dan sudah semakin maju janggutnya.

bertukar arah ke kedai mamak untuk berbual panjang.
berkisar hal-hal yang sama seperti keadaan yang sedang kucar dan kacir.

menerima pelawaan untuk ke Bukit Gantang untuk sama-sama memberi mandat baru.
aku menolak,
aku katakan, aku sudah tidak seperti dahulu.
tapi tidak bermakna aku menjadi lalang, kata aku padanya.

dia mengangguk2kan kepalanya.
tidak tahu apa yang terpendam dalam lubuk hatinya.
tapi dia bukan orang yang lemah pemikiran, aku percaya sebagai ketua cawangan yang dipilih oleh ahli2.
mereka sudah menelitinya sebelum diberi tugas seperti itu.

_____________________________________

katanya:

" dulu kemana pun kita pegi berdua, sejak kamu ke sarawak dah lain sangat yer"

aku hanya tersenyum.....

_____________________________________

terdengar desas desus seperti ini dalam terbangnya khabar itu di tiup angin yang sepoi-sepoi bahasa:

"aku yakin orang-orang pemerintah lama ini boleh menang lagi, dari situ kita dapat lihat betapa kuatnya pemerintahan pakat berpakat ini"

dialog tersebut keluar dari ketua pemuda bulan pecah dua cawangan tempat aku.

_____________________________________















nota tercicir
ternanti-nanti tarikhnya
jumaat baru mereka-mereka mahu bermesyuarat

cepat sikit la TUAN...

7 ulasan:

vidadarisakura berkata...

merujuk kepada semua entry ko belakangan ini..

aku rasa ko adalah org2 veteran..
hoh
aku sungguh kagum dan hormat.
sumpah!!


KO ADALAH PENCINTA DANGDUT YG TEGAR DAN VETERAN!
ORANG LAMA TU!!!

haha

fahruzzaman.Ismail berkata...

uitsss....

jgn la smpai cmtu.
takdalah....aku bkwn ramai la. dr budak hingusan sampaila yg tua bangka.
serius nih!

hahahaaaaaa

tu blum yg bergelar tan sri,dato2 dan sebagainya lg tu.......

banyak wooooo.......

Atan berkata...

wah minum tak ajak pon

Farie Amrah berkata...

bulan pecah 2?
cam tau jer..
hehe..

fahruzzaman.Ismail berkata...

atan: mana tau atan nk ikot skali...

lain kali la eh atan..

FARIE:ya..ya...betul la tu.

heheheeeee

FARYN berkata...

wahh..mesti ko slalu lepak MAWAR BIRU kan?

fahruzzaman.Ismail berkata...

hahahahaaaa....
xda lah....

mawar merah ada lah...