08 Februari 2009

APER KERHERNYER YEOP....(episod seterusnya)

panas hati weeeh!
aku bukan seorang pemerhati peti 'tb' yang berkaliber.
dalam sehari mungkin sekali pun payah aku untuk memerhati peti 'tb'.

jadi disebabkan perkara tersebut aku akan merujuk terus ke kedai Said Pomen yang dikendalikan isteri tercintanya untuk mendapatkan perkhabaran dari surat. tapi KENAPA hari ini surat khabar itu laris terjual. MENGAPA hari ini......?

dengan alternatif dari otak aku ini, aku telah merembat surat khabar dari warung Cik Rohani janda Pak Pak pagi tadi.

maap Cik Rohani nanti malam saya pulangkan......

_________________________________________

'Aper kehernye Yeop' episod kali ini akan ditulis dalam bahasa yang mudah difahami:

aku dah bagitau.
jangan la kamu degil sangat.
haa...kamu tak nak dengar.
nak jugak melawan.
ekius me....ko nak melawan sapa tu?

aku tahu 'beliau' dah kurang kuasa ketulahan.
sbb aku tahu kamu pun tak amin kan doa kalau Khatib membacakan doa di atas mimbar setiap kali Jumaat memohon "taufik dan hidayah serta ri'ayah dan 'inayah kepada 'beliau'.
samala kita.
tapi jangan kata aku disebelah kamu.
aku lain, aku tak amin sbb Tok Khatib tu pun tak tadah tangan masa baca doa.
bukankah dia sedang mengetuai bacaan doa tersebut!

kamu bagitau la pada orang bawah2 kamu.
jangan la main baling2 batu.
aku tahu, kalau la 'beliau' ada majlis dengan kita semua dalam sehari dua ni mungkin beliau dan anak beliau akan kena baling dengan kasut.
kalau kasut mungkin la ok sikit. kalau selipar jamban?
kamu jangan nak buat hal weh!
ni nasihat bercampur amaran tau!!

kamu tak tahu ker dorang nak guna akta pak 'ISA'?
kamu tahu orang kuat agama pun cakap kamu derhaka.
kamu nak kena lucut kerakyatan ker?
dorang dah kaji mengkaji tu.
incik yg berkerusi roda tu yang pertama sekali.

lagi satu tak payah la nak berlumba2 masuk pejabat.
karang kalau kamu ngan dia berlari terjatuh.
macam maner?
kan malu ngan staff2 pejabat.
apa punya tuurrrrrr!

sudahla...memang orang2 yang sama selimut dengan kamu tu yang belot.
kompromi, kamu yang tak tahu kot.
tapi mustahil kamu tak tahu.
sedangkan aku yang kurang pandai ni pun tahu.

waduh2.....2 juta bai!

last...! kan aku dah bagitau aku dah keluar.
tapi tak per, kalau aku ada masa malam ni aku datang atas jemputan kwn2 lama.
Sungai Manik di Chenderong Balai bukan jauh.
Insyaallah...kalau tak ada masalah aku datang malam nanti.
tapi sekadar dari jauh.















nota tercicir
sekian untuk episod kali ini
mungkin bersambung atau pun tidak...entahla!


...........................................

2 ulasan:

MaHlukPerOSaK berkata...

sambung ah...penuh makna dan tersurat lah...ak suke..cite2 politik nie.....

kesian pakcik berkerusi roda tu....huhuhu

ifahruzzaman berkata...

mengikut perkembangan....
jika perlu di teruskan.aku akan teruskan pada episod setrusnya.

kalau tak...mati ditengah jalan.

hahhaaaa....sudah menjadi resam dia!