07 Februari 2009

DRAMA PURBAKALA...................CISH!

Setiap huruf, ayat dan rangkap tersebut adalah tidak ada kena dan mengena kepada mana-mana pihak yang hidup atau sudahpun menemui Yang Maha Kuasa:

Niat dihati membeli kari
Mencari kari sampai ke tua
Mata juling mencari-cari
Kenapa boleh menjadi dua?

Duduk berehat di tepi paya
Sambil menghirup air teh
Bolehkah hamba tumpang bertanya
Kenapa yg satu hitam, yg satu putih

Tanam pinang di tepi sawah
Mungkin senang puyuh berlari
Kenapa dinaik kereta mewah
Kesian...yang satu berjalan kaki

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Dua tiga senang di cari
Sudah dicari, kenapa pula dua orang?

Berjalan pegang tangan Suraya
Tersandung akar jatuh ke sawah
Kalau dah ingin bertambah kaya
Kenapa tak direbut yang disebelah bawah?

Pualu pandan jauh ke paya
Mahu ke sana lalu jambatan
Dengan PERAK bukan boleh kaya
Kenapa itu yang direbutkan?












nota tercicir
hanya sekadar pantun


...........................................

Tiada ulasan: