17 Februari 2009

MARI KITA JUMPA BOMOH DI KEDAI MAMAK

ini rentetan kisah di sepanjang minggu lepas.
tidak istimewa, cuma mungkin ada pendapat yang lain dari pandangan aku.

___________________________________

Pada masa itu aku dan zarif keluar atas dasar untuk menyelesaikan URUSAN SERI PADUKA BAGINDA di sebuah jabatan kerajaan.

Akibat dasar-dasar kerajaan yang banyak membantutkan setiap urusan sesiapapun yang ingin berurusan dengan mereka, aku dan zarif mengambil keputusan untuk bersantap sambil menghirup minuman tidak keras di sebuah kedai mamak.(aku tak tau nama kedai ni, tak ada signboard langsung). aku dan zarif memilih untuk duduk di satu sudut yang agak tersorok di hujung kedai mamak tersebut.

Setelah santapan dan minuman lembut tiba, dengan rasa rendah diri dan segan silu aku dan zarif membaham tanpa menghirau kiri dan kanan.(ada aku kesah!)

Setelah kurang lebih 30 minit, datang seorang pelanggan yang sudah berumur. 2 orang, yang 1 mungkin dalam lingkungan umur 60 tahun dan ke atas dengan mengenakan pakaian yang kemas. seorang lagi mungkin dalam lingkungan umur akhir 60 an dan ke atas mengenakan pakaian yang biasa2 sahaja.


Selang, mungkin dalam 5 minit. terdengar perbualan :

Lelaki yang kemas: cuba tengokkan isteri saya. semenjak 2 menjak ni lain sangat.

Lelaki kurang kemas: yee..

*perbualan seterusnya aku kurang dengar. perbualan tersebut terlalu sulit mungkin.

Hanya yang dapat aku lihat lelaki kurang kemas tadi menhayun2kan tangannya dan kemudiannya terdengar sesuatu benda jatuh di atas meja. mungkin bawang kot. (kot la)

Selang beberapa minit kemudian lelaki kemas tadi pergi.

Kemudiannya datang pula seorang yang lain.


Sama seperti tadi, perbualannya tidak dapat dipastikan. hanya setelah berbual seketika lelaki kurang kemas tadi menghayun2kan tangannya dan kemudiannya akan terdengar sesuatu jatuh di atas meja.

Kali ini peralatannya di tambah dengan beberapa biji telur pula.

Seketika kemudian datang pula seorang lelaki lain pula.

Lelaki ini mungkin menghadapi masalah yang besar. mungkin la, sbb aku tengok dia datang dan duduk dan terus memperlakukan seperti yang di dalam gambar seperti di atas.

Aku tak sempat untuk mengetahui hal seterusnya. zarif mula merengek2 dan menarik2 baju mengajak aku untuk menyelesaikan hal yang tertangguh tadi.














nota tercicir
apa pendapat korang suma tentang perkara ni?
ada yang pernah jumpa situasi seperti ini?



aku agak risau dengan gejala seperti ini
risau kerana apa?

aku risau gejala ini akan menganggu kefokusan aku semasa berlepak2 di kedai mamak
aku adalah seorang peminat masakkan mamak yan tegar!!!!

tapi MELAYU sudah maju sekarang
dah boleh buka pusat perubatan di kedai mamak
.

................?

9 ulasan:

Farie Amrah berkata...

mn u tau dia bomoh?
ntah2 dia bru balik dr kedai runcit berhampiran bli bawang & telur ker..
hehe..

FARYN berkata...

ko ni dah cukup pemes yer..takyah nak guna bomoh nak mandrem peminat2 ko...haram weihh...sila mantapkan aje style gelekan anda itu...hahaha

fahruzzaman.Ismail berkata...

FARIE: tau la...
sbb dr perbualan tu ada dgr sikit2.

lgpun mana ada orang main hayun2 bawang cmtu kat kdai mamak..

hahahaaa

cik FARYN: ko nih!
serius ni faryn....

aku mane ada wat bnd2 khurafat cmtu ler..sumpah!

a.b geldofg berkata...

besar masalh melayu skrg ni ye

fahruzzaman.Ismail berkata...

tau tak per ab...
tu nasib baik tak menurun ke apa ke...

hahahaaa

DrSam berkata...

melayu memang dari dulu dah dibomohkan.

Pekerja Kontrak berkata...

owh.....

majik ni....

majik hitam....

fahruzzaman.Ismail berkata...

tu la pasal....

sib baik aku xterpengaruh sama.
hahahhahaaa.....

Rui berkata...

alamak bro, pakat buleh?! ;|