05 Februari 2009

LOMPAT SI KATAK LOMPAT...LOMPAT KE SEBERANG SANA....!

sejak dari petang tadi aku berada diluar kawasan liputan.
atas urusan Seri Paduka Baginda di negeri jiran.
suntuk benar masa.
singgah sebentar di warung Pak Deris.
menghirup teh tarik ditemani hujan renyai-renyai.

sekitar jam 8.18 malam
aku masih di negeri jiran.
bergegar poket seluar akibat gegaran telefon bimbit.
menerima sms dari rakan-rakan mempelawa aku ke ipoh.
mengapa?
tanda sokongan.
sokongan apa?

.....................................?

sehingga
satu sms dari rakan seperkelahian:

"Alhamdulillah
pimpinan kerajaan negeri Perak dah balik semula ke tangan sebelah sana.
harap lepas ni kerajaan negeri bukak mata luas2 tentang hak rakyat.
kuasa veto yg besar sebenarnya dimiliki rakyat.
komen sikit..."

aku mbalas:

"berada diluar kawasan liputan. sekarang mereka dari gelombang sini sedang pakat berpakatan sedang melompat2. nanti aku komen...."

_________________________________________________

setelah sampai dirumah.
aku 'online' untuk mendapat perkhabaran.
begitu rupanya.

Kerajaan Baru Bakal DiBentuk setelah proses lompat dan terlompat selesai.

link ke sana.......

-- bakal bentuk kerajaan baru.....



komennya:

masih menanti perkhabaran seterusnya esok.
menunggu, mendengar dan melihat sudah cukup.
bagi aku semuanya sama sahaja.
nantikan perubahannya.








nota tercicir
sembah ampun
jika patik yang hina ini terlancang perkataan

mohon maaf juga jika ia tidak bersesuaian dengan jiwa-jiwa pembaca semua.

..........................................