20 Februari 2009

'DIA' SALAH SATU CARA UNTUK BERGELAR ALLAHYARHAM

tadi setelah balik dari mengadap Allah S.W.T, aku berehat di beranda rumah sambil menunggu panggilan untuk menunaikan hasrat perut yang tidak pernah bermesyuarat jika terasa lapar. sambil menunggu aku isikan masa terluang dengan menyelak2 akhbar Kosmo yang bapak aku beli tadi. mungkin la....

aku terbaca satu artikel bertajuk:

ROKOK LAMBANG MASKULIN?

benarkah begitu???

terpapar muka 2 atau 3 lelaki memberikan penjelasan tersebut.

antara mereka lelaki sehati berdansa dan anak kepada seorang menteri yang bersukan lebih.

aku tak berminat untuk membaca penjelasan mereka-mereka mahupun tulisan dari penulis artikel tersebut. nyatanya akan berunsur (-ve).

kepada mereka yang pernah atau sedang merokok mungkin akan paham jika isu ini diperkatakan atau dipertuliskan. kebanyakkannya akan berunsur (-ve). kadang2 mungkin semuanya akan (-ve).

apa pandangan korang semua tentang isu rokok ni??

ni kira bincang petang la...dan mungkin sampai bincang malam kot.

hahahahahaaaaa

__________________________________

bagi aku...

ya..aku adalah seorang perokok, dan mungkin sudah mencapai tahap tegar.

mengimbas kembali perkenalan pertama aku bersama bidadari peneman hidup ini.......

aku merokok sejak dari darjah 5 lagi. bermula hanya dengan 2 batang rokok yang aku jumpa di sebuah rumah jiran di kampung. maka dari situ bermulalah episod hitam putih aku terjebak dengan cinta nikotina dan tar sehingga sekarang.

sekarang aku sudah melewati usia dewasa dan akan memasuki alam retua hatta selama itu juga aku masih setia bertemankan cinta bidadari ini.

bermacam jenis yang aku pernah berkenalan dan bercinta, yang terakhir adalah DUNHILL dan yang terbaru adalah MARLBORO.

Dunia Umpama Neraka Hidup Ibarat Layang-Layang

aku pun lupa sudah yang lama2 dulu..banyak sangat!

aku yakin!

bagi mereka yang pernah terjebak dengan cinta bidadari nikotina dan tar ini mungkin akan ada pandangan mereka sendiri dan akan tahu bertapa seksanya untuk memulakan hidup tanpa bidadari nikotina dan tar. hehhehehheh....

aku pernah mencuba untuk mengurangkan tahap keinginan aku merokok, tempoh percubaan adalah selama 7 hari. aku hanya mampu bertahan selama 3 hari sahaja, dan aku mula mencari kembali bidadari cinta aku. selama tempoh 3 hari tersebut seorang anak buah aku mendapat penampar aku secara percuma akibat dari kenakalan beliau yang mengundang padah.

menyesal pulak lepas tu....jadi aku masih setia dengan bidadari cinta aku untuk mengelak kejadian2 yang tidak diingini berlaku...

dan bagi aku tidak pernah ada istilah MASKULIN atau MAScelup selama aku menceburkan diri dalam arena pe'rokok'tan ini.

sumpah alasan cam haram kan.....hahahaaaaaa

pada yang belum pernah merokok janganlah kamu mendekatinya. cintanya akan menyusahkan kamu dan lekatnya akan payah untuk ditanggalkan.

memerlukan kekuatan niat yang tersemat dalam hati yang yakin dengan tindakkan yang ingin diperlakukan. BENAR!



























nota tercicir

jangan terpengaruh dengan penulisan ini.
ini adalah rekaaan semata2.

kalau terpengaruh lu orang tanggung sendiri!!!!

AMARAN

sebatang rokok
20mg TAR
1.5mg NIKOTINA
...................................

8 ulasan:

guapunyahal berkata...

MARLBORO

Manusia Akan Ramai Lagi Bila Orang Rogol Orang..

hehehehehe

Pekerja Kontrak berkata...

wei.....

narkotik ke nikotinah????

a.b geldofg berkata...

rokok bst!...pduli apa org ckp

Rui berkata...

jangan terpengaruh dengan penulisan ini, ini adalah rekaan semata2..

ha ha, naiss ayat ko tu bro..

btw, aku bukan seorang perokok tapi aku supply rokok.. (dunhill 20 = rm5) siyes..

fahruzzaman.Ismail berkata...

guapunyahal: hebat!

hehehheeee....

Dato: nikotina la dato..

hahahaaaa

ab: betul ab...

aku sokong!!!!!

rui: hehehe...
biasala tu...

amaran berbaur nasihat la kononnya tu.

adakah amda berlesen?
jika tidak,anda boleh didakwa dibawah Akta Rokok Merbahaya.

harharhar....

Unknown berkata...

Teruskan la...

bukan apa, takut terima nasib yg sm dengan anak buah kau tu.huhu

vidadarisakura berkata...

alaa..
rokok awet muda wut!

haha

fahruzzaman.Ismail berkata...

cik vida: tepat sekali cik vi.

tak semapat beruban pun kan..kan..


lalalaaa