28 Februari 2009

HASILNYA DARI BERFOYA2, ADALAH........

yeaaah....

perancangan memang mantap. macam RMK 38!
tapi bila tiba masa, minit, saat dan ketikanya HAMPEH!

cam haram.....

yang mengusul, yang menyokong dan yang angkat tangan tanda setuju entah hilang kemana?

korang memang cilanat tau!
aku jumpa besok budak2 ni memang akan terima luahan lahar yang maha dahsyat la dari aku.
____________________________________

berfoya2 tetap berfoya2, walaupun tak cukup ahli untuk buat undi tidak percaya.

jadi yang berfoya2 tadi hanya aku dan zarif.

arah tujunya adalah bermandi manda loo.

lokasinya adalah taman rekreasi sungai Bill, slim village dalam kawasan behrang ulu.


memang lama aku tak datang mandi manda kat sungai ni. aku rasa 5 6 tahun ada kot. dulu zaman budak2 aku kayuh basikal reramai datang mandi sini. siap ada hasrat nak berkhemah pulak tu. tapi ada yang mulut 'capui' berkata2 nampak orang tua berjubah amik wuduk kat atas satu batu. memang tak tunggu la jawapnye. suma pakat kayuh basikal balik...

tapi tu dulu la....masa tu masuk free jer.
sekarang dah kena bayar RM2.

dah agak maju la aku tengok dari dulu..
parking pun dah banyak, orang meniaga pun dah ada...

sesekali mandi air sungai yang sejuknya sampai berselisih gigi, best jugak.
golongan retua ni kalau sesekali dapat main air memang buruk kalau tengok.
korang tak percaya...try la. memang buruk kalau tengok. kalah budak2 dia punya seronok.


























nota tercicir
sakan berfoya2!

esok hari ahad kan?
aku nak repeat kolam yang ikannya tak nak makan umpan aku hari tu.
siap la....




....................................

HARI INI HARI APA YER....?!

ooooo.....hari ini, hari sabtu kan..kan..kan...










jom kita berfoya-foya sampai lebam!

jom!!!!!











nota tercicir
takda yang tercicir.
aku simpan dlm beg dah semua.
hahahahaaa

26 Februari 2009

BERLAKU SEDIKIT KUCAR KACIR DALAM PEJAM CELIK MATA AKU SEKARANG...

fuuuuuhhh.......!
hidup aku kucar kacir sekarang. banyak benda yang aku kena buat, fikir dan sebagainya.
masalah..masalah..masalah....

kata kawan aku masalah tu penyedap kehidupan.

hahahhaaa...

macam pakar motivasi kalau kawan aku bercakap, tu belum dia keluarkan ayat 'kita hidup di muka bumi ciptaan Allah S.W.T ni.....' tak pun ayat 'kita ni adalah insan yang kerdil kau tahu....'

kalau keluar ayat camni jangan terkejut kalau ada yang menangis teresak-esak!

cam haram!!!!

dalam 2 3 4 hari ni aku agak sibuk dengan hal-hal sendiri dan kawan2 aku yang menempekkan masalah dorang bersama2 dalam kehidupan aku. aku bukan berkira sangat, kawan2. tapi setakat buah fikiran, nasihat, pandangan, pendapat tu apa la sangat kan. tu jer la yang mampu nak tolong pun. (bunyi cam hebat kan....! hahahaaa...jgn percaya!)

dengan keadaan cuaca yang kurang menarik perhatian penoreh2 getah yang ingin mencakar pokok getah ia membiaskan kepada aku juga. walaupun aku bukanlah seorang penoreh getah, tapi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu telah membataskan pergerakkan aku. setelah menunggu keadaan yang bersesuaian, tengahari tadi aku dan beberapa orang kawan serta 2 orang pakar dalam sukat menyukat tanah telah pergi ke kebun getah Allahyarham Bapak aku untuk menggeledah semak samun dengan tujuan mencari batu sempadan. hampir sesat tadi..
entah sampai kemana2 aku menyimpang dari jalan yang diredhai tadi.

selagi tak disukat, selagi tu la pegawai2 felda ni bising kalau jumpa dengan aku. padalah bukan nak tebang jam2 tu jugak kebun getah tu.

banyak benda yang tergendala sebab benda nih!

aku fight dengan pengurus felda tempat aku ni, nak mintak tanam dengan benih getah balik bukannya sawit. melampau2 alasan dia siap dengan ugutan yang tak munasabah pulak tu. perrrggh...sakit hati aku.

'settle' setelah melewati jam 430 petang tadi.

530 petang,


aku menyambut cabaran buragas untuk memancing di kolam belimbing berdekatan tempat tinggal aku dan dia. setelah terkocoh2 membeli umpan di pekan koboi aku, mail, along, buragas dan utuh bergerak ke lokasi tersebut.

sekali lagi sesat....pencawang lambat hantar maklumat kata buragas.

gila haram jadah, kata tau kat mana. dah separuh jalan baru dia cakap dia lupa jalan.

tahniah...mendapat makian hebat tadi.

615 petang baru lokasi ditemui.

redah kebun belimbing, siap panjat pokok belimbing rembat buah yang masak ranum berbalut surat khabar cina. kesedapannya cukup mencabar keteguhan iman aku yang sememangnya kurang mantap. sedap jugak sesekali makan buah free ni.(serius!!!)
tah macam mane ada anjing menyalak bukit pulak. nampak sekor jer..heran tidak!

jalan lagi...aku rasa dekat 7 ekor anjing siap tunggu tengah jalan. mencabar!

kelam kabut masing2 cari kayu...hahahahaaaa

ayat biasa digunakan 'jangan lari weh'

tuhan akan tunjuk balasan pada benda2 haram yang kita buat dalam sekelip mata.(insaf...tahla?)

730 malam baru balik. haram sekor ikan tak dapat. jangan kata ekor, bau ikan pun tak da!

haih! tak berbaloi berhujan tepi tebing kolam tadi.

sekarang aku mengalami sakit kepala dan sakit otak akibat berhujan petang tadi. ada yang menghantar khidmat pesanan ringkas pada aku tadi...'aku berselimut ni. badan rasa lain maacam jer nih'.

ceh....apa punya tuuuuuuurrrrrrrrr!













nota tercicir
esok hari dilarang untuk memancing, nanti kena sumpah jadi beruk!
pernah dengar cerita tersebut?

hahahahaaaa.......

dulu emak aku selalu cakap cmtu kalau aku ckp nak pegi memancing hari jumaat.

lalala

...................................

23 Februari 2009

GEMPAR! GEMPAR! GEMPAR!!!!

ORANG MATI, HIDUP BALIK!!!

serius mmg aku sendiri tak percaya benda2 mcm ni boleh jadi lagi dalam era kemajuan sains dan teknologi yang serba canggih.
tapi nyatanya memang masih terjadi dari dulu hingga masa kini.

pernah korang rasakan pengalaman sebegini?
pernah?

mari kita dengar perbualan 2 lelaki yang menceritakan pengalaman mereka tadi:

Lelaki 1: ko percaya yang mati, hidup balik?

Lelaki 2: Ah!mengarut jer ko nih. mane ada bnd2 mcm tu jadi kat kampg kita nih.

Lelaki 1: Ada. mmg selalu jadi. hidup balik! SUMPAH! aku tak tipu.

Lelaki 2: ko bior bebetoi sikit. jalan nak balik umah aku tu gelap. semalam dah la ada orang mati.










Lelaki 1: ko nak takut apa? bnda dah biasa jadi. aku relax jer.... pernah ke ko tengok yang hidup nak tunggu kat kubur orang mati tu?PERNAH?!! mesti dorang yang hidup tu balik kan..kan..kan..!

Lelaki 2:**&^#&**(^%@)^!%#)&(&#*^@%!!!!!

SENYUM SEMUA.....

___________________________________

ok2...kita tukar tajuk.

Petang tadi aku menghadiri upacara pengkebumian Allahyarham Ayah kepada kawan aku.
Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar, walaupun berlaku sedikit kekecohan apabila setibanya jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan hujan yang mulanya renyai2 menjadi lebat.

Rahmat dariNya mungkin....

upacara tersebut berlangsung dalam keadaan hujan, aku diberi kesempatan untuk menurunkan jenazah Allahyarham sehingga memasuki ke liang lahad setelah diberi kepercayaan oleh ketua pengurusan tanah perkuburan tersebut yang mana dia adalah abang saudara aku.

syukur semuanya selamat.

mari kita hayati satu nasihat dari sebuah kitab yang mungkin kita jarang2 dengar dan membacanya:

Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang
berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik
dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk
menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada
orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahkluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan
zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha Berkuasa
menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah
Taala.

Wahai KAMU Bin IBU KAMU, wahai KAMU Bin IBU KAMU, wahai KAMU Bin IBU KAMU,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat..
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai KAMU Bin IBU KAMU, apabila datang kepada kamu 2 orang
malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah
berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta
janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai KAMU Bin IBU KAMU, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba
Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan
sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah gentar dan janganlah tergopoh-gapah,
biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas
aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan
dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: 'La ila ha illallah
Muhammaddur rasulullah'.

Wahai KAMU Bin IBU KAMU tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang
paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam
Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula
untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai KAMU Bin IBU KAMU, bahawasanya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun
dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan
kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan
neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha
berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi
Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan
hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang
seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa
mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.











nota tercicir

teks talkin mayat ini aku pinjam dari Imam Hj. Idrus

di tanah perkuburan talkin ini dibaca untuk siapa agaknya?

mulanya aku insaf, namun beransur hilang.....
berubahlah kamu wahai si penulis!

...................................

22 Februari 2009

MARI MELIHAT DENGAN MATA HATI.....AACEEEH!!













...................................

21 Februari 2009

BERBEZA BUKAN....?


berdasarkan sebuah novel

tontonlah jika kamu mencari kelainan dalam filem2 antarabangsa.

sedikit tentang filem ini:

sebuah filem cereka yang memaparkan kisah kehidupan di India khususnya Mumbai. sebuah latar belakang yang ideal dengan sebuah produksi antarabangsa. selekeh dengan penempatan setinggan serta sorotan kemiskinan tegar walaupun dilindungi oleh restoran mewah.

filem ini sedang hangat diperkatakan dan dipertuliskan disebabkan oleh kelainan serta kontroversi yang diperhangatkan.

selain tercalon antara filem yang bakal merebut anugerah dalam Oscar 2009.














nota tercicir
aku rasakan kelainan setelah menonton filem ini.
cinematografi yang ditampilkan memaparkan kejelekan yang terselindung.
sentuhan editingnya aku suka.


sedikit kecewa pada penamatnya

dan

isu2 kosong yang diperhangatkan berkaitan 2 pelakon lelaki dan perempuan itu.

lapuk!!!

salute......danny boyle

....................................

20 Februari 2009

GAMBAR INI MAMPU BERCERITA?









'DIA' SALAH SATU CARA UNTUK BERGELAR ALLAHYARHAM

tadi setelah balik dari mengadap Allah S.W.T, aku berehat di beranda rumah sambil menunggu panggilan untuk menunaikan hasrat perut yang tidak pernah bermesyuarat jika terasa lapar. sambil menunggu aku isikan masa terluang dengan menyelak2 akhbar Kosmo yang bapak aku beli tadi. mungkin la....

aku terbaca satu artikel bertajuk:

ROKOK LAMBANG MASKULIN?

benarkah begitu???

terpapar muka 2 atau 3 lelaki memberikan penjelasan tersebut.

antara mereka lelaki sehati berdansa dan anak kepada seorang menteri yang bersukan lebih.

aku tak berminat untuk membaca penjelasan mereka-mereka mahupun tulisan dari penulis artikel tersebut. nyatanya akan berunsur (-ve).

kepada mereka yang pernah atau sedang merokok mungkin akan paham jika isu ini diperkatakan atau dipertuliskan. kebanyakkannya akan berunsur (-ve). kadang2 mungkin semuanya akan (-ve).

apa pandangan korang semua tentang isu rokok ni??

ni kira bincang petang la...dan mungkin sampai bincang malam kot.

hahahahahaaaaa

__________________________________

bagi aku...

ya..aku adalah seorang perokok, dan mungkin sudah mencapai tahap tegar.

mengimbas kembali perkenalan pertama aku bersama bidadari peneman hidup ini.......

aku merokok sejak dari darjah 5 lagi. bermula hanya dengan 2 batang rokok yang aku jumpa di sebuah rumah jiran di kampung. maka dari situ bermulalah episod hitam putih aku terjebak dengan cinta nikotina dan tar sehingga sekarang.

sekarang aku sudah melewati usia dewasa dan akan memasuki alam retua hatta selama itu juga aku masih setia bertemankan cinta bidadari ini.

bermacam jenis yang aku pernah berkenalan dan bercinta, yang terakhir adalah DUNHILL dan yang terbaru adalah MARLBORO.

Dunia Umpama Neraka Hidup Ibarat Layang-Layang

aku pun lupa sudah yang lama2 dulu..banyak sangat!

aku yakin!

bagi mereka yang pernah terjebak dengan cinta bidadari nikotina dan tar ini mungkin akan ada pandangan mereka sendiri dan akan tahu bertapa seksanya untuk memulakan hidup tanpa bidadari nikotina dan tar. hehhehehheh....

aku pernah mencuba untuk mengurangkan tahap keinginan aku merokok, tempoh percubaan adalah selama 7 hari. aku hanya mampu bertahan selama 3 hari sahaja, dan aku mula mencari kembali bidadari cinta aku. selama tempoh 3 hari tersebut seorang anak buah aku mendapat penampar aku secara percuma akibat dari kenakalan beliau yang mengundang padah.

menyesal pulak lepas tu....jadi aku masih setia dengan bidadari cinta aku untuk mengelak kejadian2 yang tidak diingini berlaku...

dan bagi aku tidak pernah ada istilah MASKULIN atau MAScelup selama aku menceburkan diri dalam arena pe'rokok'tan ini.

sumpah alasan cam haram kan.....hahahaaaaaa

pada yang belum pernah merokok janganlah kamu mendekatinya. cintanya akan menyusahkan kamu dan lekatnya akan payah untuk ditanggalkan.

memerlukan kekuatan niat yang tersemat dalam hati yang yakin dengan tindakkan yang ingin diperlakukan. BENAR!



























nota tercicir

jangan terpengaruh dengan penulisan ini.
ini adalah rekaaan semata2.

kalau terpengaruh lu orang tanggung sendiri!!!!

AMARAN

sebatang rokok
20mg TAR
1.5mg NIKOTINA
...................................

PERINGATAN!!!!!!

kaum Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati ALLAH (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada ketika itu)"

surah Al Jumaat ayat 9

dan Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"sesungguhnya manusia akan duduk disisi Allah Azzawajalla pada hari kiamat mengikut qadar (cepat dan lambatnya mereka) pergi menghadiri sembahyang jumaat"














nota tercicir

jom ke Masjid..........

...................................

19 Februari 2009

APA YANG KAMU LIHAT







nota tercicir

......?

................................

DR. DAN IR.

*****************

Lama aku tak merepek pasal politikus dimana buminya aku pijak dan langitnya aku junjung. Kesibukkan dengan hal-hal yang mendatangkan pulangan berbentuk kepala AGONG membuatkan aku hanya melirikkan mata sekadar hanya sebelah mata. Kadang-kadang aku pejamkan terus.

Entri ini adalah kesinambungan daripada entri2 lepas yg bertajuk 'Aper Kehernyer Yeop'.


Setelah berlalu dengan rentetan pelbagai peristiwa yang kurang enak mata memandang dan kadang2 memaksa untuk merasa jelak dengan pelbagai isu2 yang melibatkan mereka2, suasananya kini kian beransur tenang. Cuma pecahnya tembelang dinegeri lain iaitu dibahagian atas dan bawah negeri ini. Bukit jugak yang mereka-mereka pilih. Tempat tinggi mugkin tidak akan dilanda 'Bah'.

Semalam Dr. dan ahli2 sekutunya digantung dari meghadirkan diri mereka untuk bercakap2 sambil menikmati hidangan istimewa jika majlis tersebut bersidang.

Ini berikutan fail saman menyaman dari Ir.

Sejak berlakunya peristiwa ini aku selaku rakyat serta pengundi sah yang berdaftar di bawah SPR merasakan sesuatu yang pelik.

'BELIAU' yang senonim dengan jolokkan payung rakyat tidak pernah tampil untuk memberi sebarang kenyataan atau cakap2 berunsur nasihat atau sebagainya.

Cakaplah sesuatu yang boleh meredakan, walaupun tidak banyak dan mungkin segelintir tetapi itu sudah memadai sekurang2nya. Rakyat dari belah pakat berpakat memandang cakap2 beliau tidak tepat. bukan salah.TIDAK TEPAT.

Pandanglah dari segi rakyat yang diperintah bukannya dari rakyat yang megundi.

Rakyat yang megundi walaupun memangkah bulan, roket, atau sebagainya kadang kala mempunyai rasa taat dan patuh yang tinggi pada sistem 'payung rakyat' berpelembagaan tersebut.

Rakyat yang mengenakan reben kuning itu kadang kala belum tentu ada rasa taat yang mengikut lunas yang betul. Mungkin hanya untuk tersenyum dan berpeluh2 dan mengharap mukanya akan tersiar dalam peti 'tb' dan akan dipandang sebagai seorang yang sangat2 berjuang.

renung2kan dan selamat beramal....hehehe













nota tercicir

petikan

"anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang....

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap di arus zaman"

...................................

18 Februari 2009

GEMPAR! ADAKAH MEREKA BODOH ATAU TIDAK BERAKAL?!

Pada masa itu, masa dimana aku masih dalam zaman kanak-kanak yang hanya memikirkan keseronokkan.

Masa itu lain dari zaman kanak-kanak sekarang. Zaman aku, masih dikategorikan zaman pemerintahan kuku besi. Walaupun dalam era kemajuan yang semakin berteknologi tinggi di persada antarabangsa.

Pehal pulak ni….ok2, terkeluar tajuk ni!

Berbalik pada penulisan asal.

__________________________________________

Kejadian ini mungkin berlaku 2 hari lepas kot. Aku dah semakin S.T.M.L sekarang. Adoooi!


2 remaja lelaki di kawasan penempatan aku didapati bersalah kerana bergaduh sehingga mencederakan salah seorang dari mereka. BODOH!
Serius! Memang bodoh..Bangsat bebudak ni. Hanya kerana seorang perempuan mereka sanggup bergaduh sehingga merobek tangan salah seorang dari mereka dengan menggunakan *kerambit.
Aku tak berapa kenal budak2 ni, mungkin generasi yang ke berapa aku pun kurang pasti. Tapi mak bapak budak2 ni aku kenal. Yang 1 bergelar Pak Ya Poi (gelaran sebenar) dan yang 1 lagi bergelar Mat Cina (gelaran sebenar).

*kerambit

Dalam kejadian tersebut anak Pak Ya Poi telah merobekkan tangan anak Mat Cina dengan menggunakan senjata tajam(kerambit).

Khabarnya parah!

Pak Ya Poi memang terkenal dengan sikap cakap besarnya dan Mat Cina pula selain seorang penagih tegar beliau memang terkenal dengan panas barannya.

Memang sesuai sangat!
Kejadian tersebut disusuli dengan adegan kejar mengejar menggunakan parang panjang sekitar kampung oleh Mat Cina dan anak Pak Ya Poi.

Terhibur aku seketika…adegan ni aku rasa macam hidup zaman Hang-Hang dulu.


__________________________________

Masa zaman aku dulu tak la sampai macam ni rupanya. Sampai nak bergaduh 1 kampung.Gila Bangsat!!!
Zaman aku semuanya ok, siap boleh mandi *bolen ramai2 laki pompuan kat parit belakang rumah Ya Buntal. Takda teringin pun nak meraba2 anak dara orang.
Kalau bab2 gaduh tu biasa la. Tapi tak la sampai nak guna senjata macam kerambit. Habis2 main tembak2 ngan pistol buluh berpelurukan kertas basah tak pun dengan terung pipit.

Zaman remaja sekarang lain betul, jarang nampak budak2 ni nak main macam tu dah. Yang diaorang tau moto, betina, 3gp, minum bawah pokok kepala dengan rimau dan macam2 lagi.

Kadang2 sedih tengok anak bangsa sendiri, hanyut macam sampah kat sungai klang tu. takda nilai..dah la busuk, kan takda orang yang nak pandang.

Ada masa2 aku terfikir jugak, apa yang ada dalam mentaliti budak2 nih....?

Apa agaknya ye?

Mungkin ayat ni selalu diorang ungkap dalam hati:

"apa nak takut, ayahanda, kekanda, adinda, abang2 Long, kak Long, otai2 dalam persatuan boleh tolong"

BONGGOK!!!















nota tercicir
tak akan Melayu hilang di dunia????
melayu yang bagaimana agaknya...

pelarian mungkin!

*bolen-telanjang

..........................................

17 Februari 2009

MARI KITA JUMPA BOMOH DI KEDAI MAMAK

ini rentetan kisah di sepanjang minggu lepas.
tidak istimewa, cuma mungkin ada pendapat yang lain dari pandangan aku.

___________________________________

Pada masa itu aku dan zarif keluar atas dasar untuk menyelesaikan URUSAN SERI PADUKA BAGINDA di sebuah jabatan kerajaan.

Akibat dasar-dasar kerajaan yang banyak membantutkan setiap urusan sesiapapun yang ingin berurusan dengan mereka, aku dan zarif mengambil keputusan untuk bersantap sambil menghirup minuman tidak keras di sebuah kedai mamak.(aku tak tau nama kedai ni, tak ada signboard langsung). aku dan zarif memilih untuk duduk di satu sudut yang agak tersorok di hujung kedai mamak tersebut.

Setelah santapan dan minuman lembut tiba, dengan rasa rendah diri dan segan silu aku dan zarif membaham tanpa menghirau kiri dan kanan.(ada aku kesah!)

Setelah kurang lebih 30 minit, datang seorang pelanggan yang sudah berumur. 2 orang, yang 1 mungkin dalam lingkungan umur 60 tahun dan ke atas dengan mengenakan pakaian yang kemas. seorang lagi mungkin dalam lingkungan umur akhir 60 an dan ke atas mengenakan pakaian yang biasa2 sahaja.


Selang, mungkin dalam 5 minit. terdengar perbualan :

Lelaki yang kemas: cuba tengokkan isteri saya. semenjak 2 menjak ni lain sangat.

Lelaki kurang kemas: yee..

*perbualan seterusnya aku kurang dengar. perbualan tersebut terlalu sulit mungkin.

Hanya yang dapat aku lihat lelaki kurang kemas tadi menhayun2kan tangannya dan kemudiannya terdengar sesuatu benda jatuh di atas meja. mungkin bawang kot. (kot la)

Selang beberapa minit kemudian lelaki kemas tadi pergi.

Kemudiannya datang pula seorang yang lain.


Sama seperti tadi, perbualannya tidak dapat dipastikan. hanya setelah berbual seketika lelaki kurang kemas tadi menghayun2kan tangannya dan kemudiannya akan terdengar sesuatu jatuh di atas meja.

Kali ini peralatannya di tambah dengan beberapa biji telur pula.

Seketika kemudian datang pula seorang lelaki lain pula.

Lelaki ini mungkin menghadapi masalah yang besar. mungkin la, sbb aku tengok dia datang dan duduk dan terus memperlakukan seperti yang di dalam gambar seperti di atas.

Aku tak sempat untuk mengetahui hal seterusnya. zarif mula merengek2 dan menarik2 baju mengajak aku untuk menyelesaikan hal yang tertangguh tadi.














nota tercicir
apa pendapat korang suma tentang perkara ni?
ada yang pernah jumpa situasi seperti ini?



aku agak risau dengan gejala seperti ini
risau kerana apa?

aku risau gejala ini akan menganggu kefokusan aku semasa berlepak2 di kedai mamak
aku adalah seorang peminat masakkan mamak yan tegar!!!!

tapi MELAYU sudah maju sekarang
dah boleh buka pusat perubatan di kedai mamak
.

................?

KONON-KONONYA SIBUK LA AKU NIH....Ciiiiit!!!!

Pada masa itu dan hari2 lain hingga kini aku agak2 sibuk la sikit. bukan sibuk dengan jemputan2 konsert dangdut di dataran Ipoh seperti yang didakwa oleh cik FARYN tu....hahaha

Bermula dari hari khamis lepas aku terpaksa menyiapkan beberapa tender dimana aku dan beberapa rakan lain sambar untuk sesuap nasi...cewah!
tapi memang begitu kenyataannya. aku rasa rak fail dekat rumah aku pun dah penuh sangat dengan tender2 yang terbengkalai. tender2 ni kena 'settle' cepat sebelum keadaan politik bertambah buruk lagi menjelang 7 April 2009.

selesai dengan hal-hal tender tersebut, aku selaku pentadbir merangkap pemilik kekal aset2 Allahyarham Ismit Ulam Pegaga, memaksa aku menguruskan hal2 berkaitan hartanah pula. selama 3 hari aku terpaksa berulang alik masuk ke kebun. selaku Tuan Tanah Gedaung aku ke sana hanya untuk memastikan setiap batu sempadan tanah tersebut telah di cari semula serta di tanda dengan cat merah sebelum semua pokok2 getah sedia ada ditebang untuk tanaman sawit.



setelah menghabiskan masa dengan hal2 hartanah, aku bergerak pula ke Teluk Anson (Teluk Intan). aku ke sana kerana menziarah keluarga makcik, lama benar tidak kesana.

tidak banyak cerita yang menarik...

tapi bukanlah tak ada langsung, ada yang menarik....nanti aku 'entri'kan.
















badan yang letih, otak yang penat berfikir, poket yang sudah banyak memuntahkan isinya itu memaksa aku untuk mendapatkan rehat yang panjang.......

konon-kononnye la nih!


cam siiiiooooot!!!!













nota tercicir
keadaan tenang sekarang
dah mula nampak bulan di siang hari dan
timbang menimbang disekitar tepi jalan raya...


awal benar!


.......................................