24 Disember 2008

RODA-RODA KEHIDUPAN

Tinggal seminggu sahaja lagi kita semua akan meninggalkan tahun 2oo8 dan dengan itu juga lembaran baru pada tahun 2oo9 akan kita semua warnai dengan warna dan corak yang kita semua inginkan.

Di sepanjang tahun 2oo8, pelbagai pengalaman yang aku dapat. Begitu juga perkara-perkara baik dan buruk yang aku temui di sepanjang langkah aku menyusuri tahun 2oo8. Adakalanya terukir senyuman dalam perjalanan itu dan adakalanya ianya dihiasi dengan tangisan dan kemurungan.

Allahyarhamah mak aku pernah berkata pada aku dahulu, katanya…

“kalau berjalan, jangan terlalu yakin dengan hanya memandang ke hadapan. Sesekali pandanglah ke belakang untuk muhasabah diri kita sendiri. Kerana dengan hanya memandang ke hadapan belum tentu menjamin kelancaran langkah kita semasa berjalan”.

Sampai sekarang kata-kata itu selalu mengiringi setiap langkah aku. Cuma kadang-kadang aku meleset dari landasan perjalanan yang betul, akibat dibuai oleh kenikmatan dalam keseronokan sehingga memaksa seseorang untuk menarik aku kembali ke atas landasan yang betul kembali.

Sudah menjadi kebiasaan pada aku untuk tidak menyambut kedatangan tahun baru atau menanam azam yang baru dalam menyambut kedatangan tahun baru. Ini kerana azam hanya akan tinggal azam dalam hidup aku.

Cukuplah aku hanya mengenali saudara Mohd. Azam Bin Badiuzaman dan mendengar gubahan lagu dari saudara Azam Dungun.

2 ulasan:

ayu n man berkata...

just drop by.., sentimental...

fahruzzaman.Ismail berkata...

huhuhuuu....sentimental la sgt.