
Aku : Ate ape dimenungkan Pah?
Opah Jama' : Idak ada ape-ape. Paneh bebenor malam nie haa.
Aku : Opah udah makan ke?
Opah Jama' : Udah!
(sambil menyisir rambutnya dengan tangan)
Kelihatan rambutnnya kian gugur. Aku nampak beliau menggenggam rambut yang gugur semasa beliau menyisir tadi.
Opah Jama' : Aku udah tue, teringat aku zaman mude-mude dulu. Seronok, ramei jantan minat ke aku.
(ketawa, diselang seli dengan batuk)
Aku sering melayan Opah Jama' bersembang jika mempunyai masa terluang. Kadang-kadang beliau menjadi tempat aku melepas kerinduan kepada Allahyarhamah mak aku. Rindunya aku pada MAK...
p/s Sayangilah ibu bapa kamu, jangan jadi seperti aku!
2 ulasan:
salam..
sama lah kita .. kehilangan mak (bukan hilang.. telah pergi menemui allah)
sedekah lah alfatiha buat mak kita
insaallah
Catat Ulasan