
Malas..
Sedang asyik bersarapan bersama emak aku didapur berlaku kekecohan dan teriakkan suara tarzan peliharaan keluarga dari arah ruangtamu rumah aku. Biasalah, kakak aku sedang berhempas pulas dengan kerenah anak-anaknya yang akan mula bersekolah tidak beberapa minggu lagi.
Aku lihat dia sedang mengagih-agihkan pakaian dan kelengkapan sekolah kepada semua anak-anaknya yang berjumlah seramai 5 orang yang akan bersekolah nanti. Pasangan kakak dan abang ipar aku memang satu pasangan yang subur. Kenapa aku berkata begitu?
Ini kerana hanya dia sahaja yang mempunyai anak, abang sulung aku tidak mempunyai anak walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga. Mungkin mereka masih tidak mempunyai rezeki lagi.
Aku tersenyum sendiri melihat keletah kakak aku dan anak-anaknya. Sekali imbas seperti Menteri kebajikan sedang memberi bantuan kepada golongan susah. Kelima-lima anaknya membuat barisan panjang untuk menerima segala kelengkapan yang telah disediakan. Jika ada salah seorang daripada mereka yang ingkar dan tidak mengikut arahan akan kedengaranlah teriakkan suara tarzan peliharaan itu.
Terkenang zaman semasa aku bersekolah rendah dahulu..
Keluarga kandung aku bukanlah dari golongan yang berada sangat. Hanyalah penoreh getah sepenuh masa yang ada. Jadi semua kelengkapan sekolah hanya akan bertukar sekiranya sudah betul-betul tidak dapat digunakan lagi. Aku sendiri tidak berapa peduli dengan hal-hal persekolahan. Semuanya janji ada sahaja. Pernah satu ketika aku ke sekolah hanya menggunakan beg kain yang Allahyarhamah emak aku jahitkan. Cantik juga, penuh dengan nilai-nilai kesenian dan kasih sayang seorang ibu. Aku sandang beg tersebut sehingga hampir satu tahun sebelum mendapat beg yang baru.
Melihat anak-anak buah aku yang akan bersekolah dengan pakaian dan kelengkapan baru kadang-kadang membuatkan aku ingin kembali ke zaman dimana mereka sekarang. Semuanya akan disediakan dan hanya perlu menunggu sahaja. Jika pakaian atau kelengkapan yang diberikan tidak menepati citarasa hanya perlu mengeleng-gelengkan kepala sebagai tanda tidak suka. Akan ditukarkan!
Bertapa mereka memiliki keberuntungan yang amat sangat. Aku cemburu dalam senyuman.
5 ulasan:
ha tu la, time skolah dulu saudara kuat ponteng :P
terlalu senang untuk memiliki sesuatu yang kita ingini, kita kurang hargai.
beg jahit lagi 'cool' dari beg transformers/power rangers!
sepertinya saudara naim tahu-tahu sahaja yang saya sering ponteng sekolah.
betul apa yang saudara jerry katakan. 'cool siot' nk dibandingkan dengan beg jenama 'swan'.
bag jahit memang cool!
boleh jd trend apa skrg
dulu akak2 aku je tlg bwk kan bag pegi skolah.
huhuh
Catat Ulasan