15 Disember 2008

Rambut Sama Hitam, Hati Lain-Lain


Malam sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri yang lepas aku dan seorang sahabat yang aku kategorikan dia seperti keluarga aku sendiri, keluar untuk bersembang-sembang kosong disalah sebuah warong kopi yang agak terkemuka di tempat kediaman aku dan sahabat aku.

Setelah memesan minuman kegemaran masing-masing sesi perbualan pun bermula. Bermula dari isu bertanya khabar antara aku dan dia akhirnya perbincangan berlansung sehingga masalah peribadi. Tanpa tidak perlu diminta untuk diceritakan dia menyatakan dia sedang mengamali masalah kesihatan yang berpunca dari amalan ilmu hitam yang di hantar oleh **jantan dan betina yang tidak mempunyai sifat berperikemanusiaan.Sehinggalah hari ini perkara tersebut masih berlanjutan dan semakin serius.

Baru-baru ini aku berjumpa lagi dengan sahabat aku itu. Dia menyatakan bahawa salah seorang ahli keluarganya terjumpa BARANG yang ditanam dalam kawasan rumahnya. Hal tersebut semakin serius dan dengan rasa tanggungjawab serta niat untuk menolong dia dan keluarganya aku membawa beliau untuk mendapatkan rawatan alternatif dari seseorang yang aku kenali sejak lama dahulu petang tadi. Untuk pengetahuan dan mengelakkan salah anggapan seseorang yang aku maksudkan adalah seorang yang menjalankan perubatan menggunakan ayat suci Al Quran. Mudah-mudahan akan dipermudahkan segala apa yang aku dan dia usahakan.

Hal ini sedikit sebanyak menjadi pengajaran kepada aku untuk hari-hari yang mendatang kelak. Perkara seperti ini bukanlah pengalaman kali pertama aku, jika dihitung mungkin ini adalah pengalaman kali yang ke beberapa kalinya. Ada yang biasa-biasa seperti tidak sengaja sehinggalah yang serius sememangnya bertujuan untuk merosakkan hidup seseorang.

Walaupun kita sudah menjangkau kehidupan yang moden dengan kecanggihan teknologi dalam banyak perkara di sepanjang hayat kita semua. Harus diingatkan bahawasanya rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.

Aku sendiri tidak mempunyai apa-apa pengetahuan yang mendalam dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu hitam atau sebagainya. Allahyarham ayah aku juga dahulu tidak pernah mendedahkan perkara tersebut kepada aku disepanjang hayatnya walaupun aku tahu Allahyarham mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan perkara tersebut, dan aku sendiri akan cuba mengelak untuk mengenali perkara seperti ini. Cukuplah dengan pengalaman lepas yang pernah aku lalui dan masih menghantui masa-masa lelapan mata aku.

**Aku menggunakan perkataan jantan dan betina ini adalah untuk mengantikan kata nama lelaki dan perempuan. Mereka yang melakukan perkara untuk menghancur atau merosakkan kehidupan orang lain dengan menggunakan bantuan jin atau sebagainya ini merupakan orang tidak berperikemanusiaan dan tidak layak untuk menggunakan kata nama seperti lelaki dan perempuan.

p/s gambar di atas adalah untuk hiasan semata-mata.

Tiada ulasan: