14 Disember 2008

Perihal Kawan, Sahabat, Rakan, Kenalan, Geng Atau Sebagainya

Kawan itu bukan seperti main FUTSAL. Mula-mula kejar. Sudah dapat sepak.

Kawan itu bukan seperti main SKATE. Mula-mula gosok. Lepas tu pijak.

Kawan itu bukan seperti main RAGBI. Mula-mula tangkap. Sudah dapat tendang.

Kawan itu bukannya seperti PAMPERS. Sudah pakai, Buang.

Kawan itu bukannya seperti BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Sudah sengkek gadai.

Kawan itu bukan seperti PELANGI. Hari cerah hilang. Hujan gerimis baru muncul.

Kawan itu bukan seperti KERETA. Rosak sikit,jual. Ambil kereta baru.

Kawan itu bukan seperti CHIPSMORE. Sekejap ada sekejap hilang.

Kawan itu bukan seperti BANK. Bila pokai, pergi sana ambil.

Lagi.....?Fikirkan

Dalam jangka masa yang singkat atau mungkin dalam masa beberapa hari atau mungkin juga menjangkau jangka masa beberapa minggu, aku berkenalan dengan seorang kawan baru. Tidak pernah bersua muka, aku dan dia hanya berkenalan dan seterusnya hanya bertukar-tukar pendapat serta berborak kosong hanyalah di alam virtual dan telekomunikasi sahaja. Itu pun jika aku mendapat pesanan ringkas yang berbunyi sebegini “woit, wat per? Aku borink”… seterusnya akan berlanjutanlah sesi pesanan ringkas itu.

Dalam layaran hidup aku, aku bersyukur kerana mempunyai ramai kawan atau apa sahaja gelaran untuk mereka semua. Terlalu banyak kategori yang aku klasifikasikan untuk mereka, bermula dari golongan elit yang kaya sehinggalah sampai ke golongan hina dina di mata masyarakat mungkin dalam sesetengah lirikan mata manusia yang cetek fikirannya. Terdapat juga golongan pakcik-pakcik felda yang berkumpul di bawah pokok rambutan berhadapan kedai nyonya dan said pomen hinggalah ke golongan makcik-makcik felda yang menghiasi perbincangan petang di beranda rumah rakan seperjuangan yang di dasari umpatan dan gelak tawa petang. Semuanya menjadi kawan-kawan aku. Termasuklah kawan-kawan aku yang mempunyai tahap kebosanan yang tinggi seperti dia.

Perkenalan aku dengan dia membuatkan aku telah mewujudkan satu lagi kategori kawan dalam senarai kawan-kawan dalam hidup aku. Khusus untuk dia aku letakkan dia dalam kategori kawan yang istimewa kerana mempunyai tahap kebosanan yang tinggi dan sedikit sifat pelik.

Mungkin jika tahap kebosanan dia yang akan menjadi tinggi dengan mendadak secara tiba-tiba atau secara bersahaja akan membuatkan dia terbaca tulisan aku ini. Mungkin saat itu dia akan ketawa, gelak atau tersenyum kambing. Namun dia tetap kawan aku.

Terkenang aku pada kawan-kawan seperjuangan aku dulu.

SUNYI


Tiada ulasan: