28 Disember 2008

SALAM MA'AL HIJRAH 1430


Salam Ma'al Hijrah buat semua umat manusia yang beragama Islam.

Tidak seperti tahun Masehi, aku akan menyambut kedatangan tahun baru Hijrah jika mempunyai kesempatan dengan menghadiri majlis bacaan doa akhir tahun dan awal tahun di surau atau masjid berdekatan. Semasa aku kanak-kanak menghadiri majlis ini penting kerana ia menjanjikan hidangan makanan yang enak-enak kerana setelah selesai solat isyak akan diadakan majlis kenduri kesyukuran. (sekarang aku bukan kanak-kanak lagi)

Namun suasananya masih sama, aku tidak pernah untuk menanam azam untuk tahun yang akan datang baik dari tahun Masehi mahupun Hijrah.

Tetapi aku hanya akan mempunyai sedikit niat dan harapan untuk memperbaiki setiap kekurangan yang aku miliki dan cuba untuk menjadi seorang yang berguna (namun sepertinya tidak berjaya).

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1430
HIJRAH MENJANA UMMAH CEMERLANG

p/s "mengikut Islam perubahan hari akan berlaku selepas mahgrib"

5 ulasan:

ab geldofg berkata...

ada org masih tk bjaya walaupun tlah bhijrah...kenapa ye?

zuhairy hashim berkata...

senang je jawapan, usaha tangga kejayaan.

cuba dan terus cuba sampai cuba lagi tahun hadapan.

ifahruzzaman berkata...

ab geldofg: hijrah yg seperti apa?
mungkin xdapt restu dr Yang Esa mungkin...

zuhairy hashim: kalau yg gne tangga la..kalau yg gne lif atau sebagainya sila tukar..
'usaha lif kejayaan..hehehehe

zuhairy hashim berkata...

kalau dah pakai lift memang takde usaha pon. tekan nombor je.

tapi saya paham, itu joke sahaja.

ifahruzzaman berkata...

zuhairy hashim: benar kata saudara saya hanya bergurau.

saya juga paham maksud saudara itu...

salam ma'al hijrah....