05 Mac 2009

POKOK MEMPELAM,MAHKAMAH DAN MENDAKI BUKIT.

malu..
malukah mereka?
aku.
sedikit terasa, mungkin kerana aku adalah rakyatnya.
bermustautin di salah sebuah daerah mereka.
walaupun jauh disempadan 2 negeri.
tapi aku seorang yang bertaraf sah dalam rekod disetiap dokumen negara.

apakah tujuan mereka?

entah!

bingung.

mungkin ada betulnya kata-kata ini " dunia mereka2 itu tempat berkumpulnya para binatang".
mungkin lebih ganas dari itu aku fikir.

___________________________________

ya...
mungkin tidak pada orang lain.
tapi bagi aku, ia sesuatu yang sangat lucu dan bercampur baur dengan terkejut dan malu.
perlakuan mereka itu mengundang gelak tawa dari aku yang naif berkenaan bidang yang mereka ceburi.
tapi, sekurang2 pandainya aku masih mempunyai pertimbangan tentang perlakuan kamu semua.

sememangnya sejarah menceritakan keburukan tersebut sejak sekian lama.

penampar

pergaduhan

perebutan

sudah biasa. namun yang satu ini belum pernah terjadi lagi.
mungkin kelak akan ada pula dibawah naungan pokok sawit, getah, rambai, rambutan, durian dan segala jenis buah-buahan tempatan.

mungkin. tidak mustahil bukan!

malam semalam, aku berjumpa dengan seorang rakan di pertengahan jalan semasa aku ingin melepakkan diri di warung Atan Ko'in.

aku dijemput untuk menghadiri mesyuarat agong bulan mengambang dirumah seseorang.
ada yang menyampuk dari belakang, katanya...

'dekat bawah pokok mana nak mesyuarat tu?'

aku hanya tersenyum sahaja.
tolak!

__________________________________

seganlah..malulah..

kamu dulu adalah sebahagian dari mereka2 juga.
aku kenali kamu bukan baru.
semuanya nyata kelihatan.

namun,
sejak perkara melompat tersebut.
kamu juga ikut melompat seperti dia.
tapi ingat, kamu juga pernah bersam-sama mereka.
dari kata2 kamu.
aku menilai, dia, kamu dan mereka yang seangkatan kamu sama sahaja.
apa kata kamu...
'jgn lepaskan jawatan tempat yang kamu pegang itu. tunggu sepenggal dah ada pencen"

hinanya aku sebagai orang yang sama bangsa seperti kamu mendengarnya.
hina!

bangsat benar kata-kata tersebut wahai kamu!!!

____________________________________

kenapa kamu minta tandatangan dia?
dia bukan ketua kampung lagi.
sekarang dah pemerintahan baru.
otomatik dia pun tak sah.
kata seorang tua kepada aku dalam satu pertemuan untuk menguruskan perkara berkaitan komuniti ini.

lihatlah, betapa celarunya keadaan tersebut?

perkara seperti ini juga menjadi perkara yang sangat sial bagi aku.
sial bukan?

sememangnya aku hilang sabar pada ketika itu. pertimbangan waras entah hilang kemana.
aku pun tak sedar bila suara aku naik dengan mendadak.

memang sia-sia sahaja.

bertaraf kurang ajar aku ketika itu, kerana dia adalah seorang tua!!

__________________________________

bila keadaan ini akan selesai agaknya?
malu benar rasanya.
tidakkah mempunyai jalan penyelesaian langsung?

undi tidak percaya mungkin?

28/28 = berentap

3 = berkecuali
__________________________________________

lihat yang 3 kemana arah tuju = yang berpihak perintahlah!
__________________________________________

kelakar sungguh pertimbangan mereka2.

jelak!

menyampah!

sakit hati!

sia-sia!!!!!!!!!!!!!!!















nota tercicir

Tuan Senator Tan Sri Dato' Dr yang ingin mendaki bukit tersebut kata mereka.
biasa benar beliau dengan bukit tersebut aku rasa.
sejak kecik lagi beliau sudah berkenalan dengan bukit itu.
tidak begitu Tuan Senator Tan Sri Dato' Dr.......

....................................

10 ulasan:

F A R Y N berkata...

lenkali sila la buat konsert slalu untuk redakan keadaan mereka...
apa kata ko buat konsert bawah pokok plak...ahhahaa

zuhairy hashim berkata...

buat sesi bertemu dengan peminat, sesi autograph, mungkin.

ifahruzzaman berkata...

Cik FARYN: oh..oh....
tidak mungkin aku mengikut jejak langkah mereka.

apa keeelaaaaas!!

keh..keh...

zuhairyhashim: memerlukan pekenan dari dirgahayu.
payah!
birokrasi!

aku takut ada yg baring atas jalan.hanya kerana itu.

ab geldofg berkata...

marilah mari pergi mgundi jgn lupa kewajipan pada negara
kita mgundi dgn pnuh yakin
meskin dan kaya tiada bezanya

*bila menang miskin dgn kaya jauh bezanya

p/s lagu mgundi masa aku kcil2 dulu

ifahruzzaman berkata...

ab: aku tak megundi di sana....

yg kaya akan terus kaya, yg meskin akan terus merempat!!!

ab geldofg berkata...

yg mskin pun boleh jadi kaya kalau masuk politik

ifahruzzaman berkata...

ab: yang tu betul....
baru menang, lompat plak.tp dh bleh beli merz.
dulu kerani pos jer!!

buta mata hoooo

vidadarisakura berkata...

hanya dangdut pengubat segalanya!
sekian.


hidup ifaraziahsepanjangzaman!

kueh bakar berkata...

hebat ko bersatira...

ifahruzzaman berkata...

cik Vida: fuhh...kalau aku tau begitu kuat ko mnyokong aku...aku dh bertanding kat bukit tu..kompom menangkan vi.!

hidup!hidup!hidup!

kueh bakar: erk....

hehhehee

aku dh menyampah dengan mereka2!