13 Mac 2009

MUNGKIN BOLEH DISAMAKAN BILA KERA DIHUTAN DISUSUKAN, ANAK DIRUMAH DIHEMPAS-HEMPASKAN

tadi ada orang sangkal perumpaan ini:

'jodoh, pertemuan, rezeki, ajal maut di tangan Tuhan'

mana korang tahu Tuhan ada tangan?
jika Ia mempunyai tangan, Ia sudah dirupa-rupakan?
bukankah ia tidak beranak dan diperanakkan!

sudah!

kemudiannya ada pula yang berkata begini:

ubahsuai atau ubahsesuai?

dan seterusnya tadi aku terjumpa seorang budak lepasan SPM.
keputusannya baru sahaja diumumkan semalam mungkin...*aku lupa!

seorang anak kepada guru jelasnya.
aku bertanya tentang keputusan SPMnya.

Bahasa Melayu dapat berapa?

7.......





aku semakin risau dengan kedudukan bahasa ibunda itu.











nota tercicir
hebat pensyarah aku dulu.

"dia membaca dalam Bahasa Inggeris, menterjemahnya dalam Bahasa Iban dan menulisnya dalam Bahasa Melayu."

fuh..nak nemu utai!

Bahasa menunjukkan Bangsa kata mereka dulu...!

...................................

12 ulasan:

Dato Paduka Masri berkata...

uik....

7...

agak2 adik aku berapa la die dpt....

hamimi berkata...

Memang merisaukan.

Rui berkata...

ha ha, ramai budak2 skang da abaikan bahasa ibunda kita.. ;|

F A R Y N berkata...

ada paparazi bitau aku...
ko nak buat album dangdut dlm english...ko buang tebiat yer?

ifahruzzaman berkata...

dato: 7...!
bdk melayu tuuu....

haih...

hamimi: hmmm...
entah la...terhuyung hayan sudah.

rui: bukan budak jer...bapak budak pun sama jgk rui...!

cik FARYN: itu tidak mugkin...!jgn risau. album akan dtg bernafas bahasa jawa xpun banjar plak...

hahaha

nantikan!

a.b geldofg berkata...

aku pening kepala blogers yg tulis dlm bahasa ibunda yg entah apa2....

ifahruzzaman berkata...

itu pun merisaukan jgk....

FARIE berkata...

bahasa ari2 dok guna pn leh dpt 7?
adoiyai~
kalo bahasa carut mst bdk tu dpt 1..
hehe..

ifahruzzaman berkata...

entah la...

muka nampak baik jer aku tengok..

haih!!!

Joe berkata...

tangan tue maksudnya kuasa..
benda neh basic synonim utk kuasa dalam Al-Quran..
and bab isu bahasa, sbb tue kerajan nak mengajar subj math and science dalam bahasa inggeris..
tapi masalah nya bukan pelajar,
cikgu melayu tue sendiri malas nak belajar english..
disalahkan pelajar yang tak dapat belajar..

ifahruzzaman berkata...

aku paham dengan perkara tersebut...
sangkalan tersebut sahaja yg menarik perhatian aku.

itu aku tak berani nak kata apa2.
sbb aku bkn dr profesion tersebut.

cuma aku sedih dengan penghayatan tentang bahasa ibunda itu.

terlalu banyak kritikan yg tidak membina terhadap bahasa ibunda itu.

aku tak berpihak pd mana2...cuma kerisauan.

vidadarisakura berkata...

aku trenslet bajau pegi melayu kira hebat la kan?


haha