15 Mac 2009

BUDAK SEKOLAH CUTI,ADA PROJEK DIRIKAN MASJID DAN RUMAH BERTANGGA

dah cuti sekolah rupanya.
patutla anak-anak buah aku yang belajar di asrama semua balik.

kecoh rumah mak angkat aku tu.
tarzan perliharaan(kakak aku) akan 'start' mengasah vokalnya la.
melayan kerenah anak2nya.

selama 2 hari aku tak balik menginap dirumah.
aku ke rumah sendiri.
lama tak jenguk rumah, dah jadi 'port' jin dan syaitan berpesta agaknya.
walaupun belum siap sepenuhnya, aku kesana untuk menunjukkan muka kepada penghuni2 yang tidak diundang itu bahawasanya aku adalah tuan rumah tersebut.

hari jumaat lepas aku terima khidmat pesanan ringkas dari seorang kawan :

'jemput datang ke dewan pejabat penghulu, kenduri kawin adik aku. bawak hadiah dengan angpow bagi pd aku bukan bapak aku.hahahaha'

walaupun tak dapat hadir.
salam itu sampai agaknya.

tadi 2 jemputan kenduri lagi.
kedua2nya aku pegi.
sebab rapat sangat dan jemputannya secara berjabat tangan bukannya melalui kad jemputan.

petang tadi aku balik kerumah mak, bersusun kad jemputan kenduri atas meja di ruangtamu.
sampai ke Jengka, Pahang pun ada.

meriah cuti sekolah dengan projek mendirikan masjid dan rumah bertangga.
mana tau ada kawan2 aku nak buat projek naik taraf pulak kasi besar masjid dan tambah tangga.


eerrk~

...................................

8 ulasan:

achokz berkata...

wah kenyang ar ko makan free man...ko bila lagi nak bagi orang lain makan free

Rui berkata...

aduh meriah sunggoh area tempat ko tinggal bro..

aritu budak oren tu, skang budak2 skolah pulak, he he..

kueh bakar berkata...

cuti sekolha = musim mengawan

MaHlukPerOSaK berkata...

musim mengawan apanye.....
uran dirumah...mak ngan ayah tak leh lah nak mengawan.....

a.b geldofg berkata...

bgus lah cmtu....jgn bina je masjid ...solat malas......naik kan taraf masjid..bguslah....itu tndanya ekonomi dah kukuh

apa2pun jgn rbohkan masjid

Tanpa Nama berkata...

alomok... ini entri yg agak2 bermaksud tersirat ker?? hahaha...

Pekerja Kontrak berkata...

mesti ada bro... ko tgu je... hehehehehehe....

fahruzzaman.Ismail berkata...

achokz: kahkahkah...
aku tunggu kwn2 la.
kasi jerry kawin dulu la....

rui: meriah...sangat2 meriah kalau time cuti2 ni.
kalo nasib baik siap da joget lambak lagi...

huhu

kuehbakar: mengawan...
ya..sekarang musim hujan tempat aku.sedap2!

mahlukperosak: mak ngan ayah akan kasi peluang pd mereka...
nama pun dh makan garam dulu kan...

lalalala

ab: pesan itu akan aku sampaikan pd mereka2 semua...
mari mengimarahkan masjid.
risiko jika membina masjid tanpa ada pengukuhannya..

ahmadsufi: siratnya bukan utk aku..tp mereka2!

dato': hahahhaaa....
mungkin lambat lagi.
eceh!

pecah rekod....entri ini tidak disertai oleh wanita2..

hahahahahaa....