Bagi aku tahun 2oo8 terlalu banyak perkara yang aku pelajari dan terlalu ramai orang yang aku kenali dengan pelbagai kategori sama ada baik atau tidak persetanankan perkara tersebut. Ada perkara yang hanya akan berlalu secepat kita menayang kad touch n go di setiap tol dan ada yang akan melekat dalam ingatan aku seperti kesesakkan lalulintas yang sering terjadi di sekitar Kuala Lumpur.
2oo8 tak la banyak menjanjikan cerita-cerita best bagi aku sebagai salah seorang pelakon dipersada teater duniawi ciptaanNya.
Bermula dengan januari dan seterusnya, aku masih dalam misi menamatkan zaman kampus di tahun 3 semester 1. Semester yang menunggang langgang kehidupan aku dalam menyiapkan projek PTA aku (PTA=PROJEK TAHUN AKHIR). Walaupun berjaya menyiapkannya dan mencapai target untuk merealisasikan impian aku. Ia tetap menjanjikan rasa amukan syaitan bertanduk serta serapan jin ifrit apabila semasa presentation dvd projek yang ingin aku tayangkan tidak dapat dimainkan. Dvd tersebut dipatahkan oleh penggusti hebat fakulti aku En.Riezal Dim. Syukur, projek tersebut mendapat B walaupun digam dari ditayangkan.
Tak lama setelah itu aku dikejutkan dengan berita dari kampung yang memaksa aku untuk menangis lagi. Aku dikejutkan dengan berita yang berunsurkan api. Terima kasih buat semua kawan2 dan semua yang banyak memberi sokongan kepada aku.
Aku PENAT!
Aku PENAT lagi…PENAT!
Aku cuba sedaya upaya untuk melangsungkan perkahwinan kakak aku walaupun didasari dengan sejarah hitamnya yang tidak diketahui.Aku berjumpa dengan ramai pakar-pakar dalam ilmu keagamaan(bukan ilmu hitam) untuk mendapatkan pandangan mereka serta memberi sokongan yang penuh kepada kakak aku yang no. 1 untuk berjuang mendapatkan perintah mahkamah bagi mendapatkan wali hakim. Bernafas lega apabila semuanya selesai setelah majlis akad nikah itu dilangsungkan, walaupun tanpa kehadiran aku di sana pada 15 November.
keluarga 6969696
Kemudian aku diduga dengan keterlewatan untuk bergraduat bersama rakan2 seperjuangan sejak dari tahun pertama kerana aku memilih untuk menambah satu semester lagi.
Aku menyambung tahun terakhir aku di tahun 4 yang aku harapkan akan berakhir denga lancar.
Bermula dengan sedikit perit apabila menyambung dengan perbelanjaan sendiri akibat PTPTN aku sudah ditamatkan kontrak. Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu. Terima Kasih Banyak2!
perantau jauh yg bersama aku
Bermula pertengahan Ogos atau penhujungnya aku tak berapa ingat,aku menjalani kehidupan dengan lebih banyak bersenyum-senyuman daripada bersedih-sediahan sehinggalah sekarang, hari terakhir dalam 2oo8. Ada jugak la perkara-perkara yang membuatkan aku menyebut lagi 2 suku kata tadi ‘aku PENAT’. Tapi masih dapat aku atasi dengan macam2 benda yang aku buat.
ABAIKAN!!ABAIKAAAAAN!!!!
banyak benda aku belajar dari insan tua ini(mesti korang xpercaya)
Selain itu aku jgk sudah diiktiraf sebagai salah seorang yang boleh mengendalikan upacara permakaman insan-insan yang menemui Allah s.w.t bermula dari awal hingga akhir dengan sijil yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah tempat aku. (ada sapa-sapa yang nk try khidmat aku?)
Aku juga sudah menamatkan zaman kampus aku sekarang.
Terima Kasih buat semua manusia2, pemikir-pemikir tegar dan otak-otak songsang mahupun siapa sahaja yang telah mewarna-warnikan hidup aku disepanjang tahun 2oo8. Begitu juga pada korang-korang yang banyak menemani pagi, petang, siang dan malam hari aku serta yang banyak memberikan nasihat dari berbagai-bagai sudut seperti agama, kesihatan, kehidupan(penjimatan!ini penting!!)dan macam-macam lagi serta pada mereka yang mengambil berat.

sifu aku!manyak telima kasih sifu..
penyeri kesunyian bersajak dan jenaka
Selamat tinggal 2oo8.
Selamat datang 2oo9..selamat datang.
Apa yang kau janjikan pada aku?
Apa yang kau bawa untuk aku di dalammu wahai tahun 2oo9?
Semoga 2oo9 memberi ruang pada aku untuk terus berjalan lagi. Tidak lagi meminta atau mengemis untuk didengari, kerana semuanya adalah bersifat sementara.