31 Mei 2009

AKU JUGA SEORANG PENYOKONGNYA


31 Mei Adalah Hari Tanpa Tembakau Sedunia.
Jadikan Hari Tersebut Hari Berhenti Anda.















nota tercicir
aku sokong!
sokong setiap kempen2 yang ada dan bakal sedia dan ada.
tp yang ini aku sokong dalam entri jer la.
sbb aku dah tegar sangat jadi perokok.


INGAT MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN!!!
..................................

SELAMAT GAWAI DAYAK


gambar ehsan http://muhtarsuhaili.wordpress.com

selamat menyambut gawai dayak buat mereka2 yang menyambutnya.
terutama pada kawan2 aku di sarawak.

" Gayu guru gerai nyamai, Lantang senang nguan menua"

....................................

PESALAH JALAN RAYA


hahaha...
cuba kamu beri pendapat tentangnya.

....................................

MULA BERJALAN KEMBALI




lama tak update.
takda yang menarik perhatian untuk menulis.
biasa semuanya.
berjalan seperti sedia adanya.
tenang.
bisa di atur.
pokoknya, pokok kelapa sawit.
hahaha

mungkin ada yang menarik.
tetapi kosong.
sudah biasanya orang akan memperkatakannya.
aku sudah jelak.
biarla.
menang atau kalahnya mereka disana.

seperti orang lain.
semua sudah sedia tahu.
cuti sekolah adalah peluang untuk mendirikan rumah bertangga atau tidak bertangga.
aku juga mendapat banyak jemputan sempena musim mangawan ni.
dari selatan berhenti di tengah2 terus sampai utara.
selamat menjamu selera untuk masing-masingnya.














nota tercicir
aku malas nak menulis panjang2.
tak ada idea.
layan aje.
nanti aku update lagi.
....................................

24 Mei 2009

LARI
























....................................

23 Mei 2009

BILA AKU BERCERITA TENTANG CINTA

C.I.N.T.A

sudah lapuk.
tp muncul kembali.
bosan.
bukan berkenaan aku.
tetapi orang lain.

kata pepatah lama:

"gajah sama gajah bergaduh, kancil mati di tengah-tengah"

tidak menyeronokkan bagi aku.
ada yang sedang bergelak ketawa.
mengambil jalan mudah tentangnya.
sedangkan ia adalah berkenaan kamu.
bukan aku.

KAMU!!!!
..................................

22 Mei 2009

GAMBAR MASA MANDI























nota tercicir
aku dah bagitau nak gi berendam kan...
tu dia gambar-gambar masa kau gi berendam kat Canai, Tanah Jajahan Orang Asli Cinggung.
......................................

20 Mei 2009

KAKI TANGAN SEMUA BERKERJA

aku agak sibuk kebelakangan ni.
dari pejabat felda ke pejabat kerajaan, pejabat pos, pejabat lembaga air, pejabat tenaga nasional, pejabat agama macam2 pejabat aku dah pegi.
haduih penat!!!
kaki, tangan, otak, perasaan, jiwa, raga semuanya bekerja dengan penuh komitted sekali.
terima kasih pada handri mat indon yang sanggup terima projek terlewat tu.
walaupun bajetnya cukup2 makan.
tah2 aku pun rugi gak.

penat la weh....
aku nak berendam plak rasanya.
dapat mandi air terjun ni.
perrgghhh......













nota tercicir
blog tergesa-gesa ni namanya.
.....................................

17 Mei 2009

MEREKA GURU MALAYSIA


barisan pendidik SMK Khir Johari Tanjong Malim


Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar Guru.
_____________________________________

banyak kenangan kalau cerita pasal sekolah dan cikgu ni.
masa aku sekolah rendah.
aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang.

sekolah ni dalam Felda aku je.
tak jauh mana.
biasa aku pegi sekolah jalan kaki ramai2 dengan kawan.

masa kat sekolah rendah.
aku anti dengan cikgu Ismail.
sebab dia pernah tampar aku.
aku terajang meja.

kalau cikgu perempuan.
aku anti dengan cikgu Rahmah.
guru kelas aku merangkap cikgu matematik ngan sains aku.
aku anti sebab dia selalu cubit perut aku kalau aku tak siap kerja sekolah.

tak banyak yang aku ingat sangat kalau pasal sekolah rendah.
dah lama sangat.
yang aku ingat aku masa sekolah rendah dulu jadi tukang tarik bendera masa perhimpunan.
kadang2 kalau aku pegi ambil anak buah aku kat sekolah tu.
aku selalu senyum sorang2.

beralih ke sekolah menegah.
bermula aku di tingkatan 1 sampai 2.
aku bersekolah di SMK Khir Johari Tanjong Malim.

masuk tingkatan 3.
aku berpindah ke SMK Sultan Abdullah Chenderong Balai.
tak banyak yang aku ingat pasal sekolah ni.
sebab aku bersekolah hanya setahun di sana.

masuk ke tingkatan 4 sampai 6.
aku kembali bersekolah di SMK Khir Johari.

sebahagian cikgu dalam gambar kat atas tu memang pernah ajar aku.
tengok pada gambar.
cikgu perempuan dalam bulatan merah tu.
nama beliau Puan Hjh. Zakiah Bt. Muda.
aku panggil dia Mak Kiah masa sekolah dulu.
masa aku sekolah dulu dia Penolong Kanan Pentadbiran kot.
aku tak berapa ingat.

cikgu ni jenis edisi dedah sikit.
pernah dia bawak air kencing dalam botol mineral kat perhimpunan.
botol tu dia jumpa tepi tangga.
hancing kat tangga tu.
teruk makcik2 cleaner kena sental tangga tu.
aku ingat lagi dialog dia masa kat perhimpunan.

"saya tahu! ni semua kerja budak lelaki. kamu aje yang boleh kencing dalam botol.
apa ni!! tak malu ker? takda kemaluan???"

pengetua pun terkejut dia buat macam tu.

kalau cikgu lelaki pulak.
sila rujuk gambar.
yang dalam bulatan merah tu.
nama beliau En.Malek B. Selamat.
aku panggil Malek Tobias.

aku anti betul dengan cikgu ni.
dia ajar aku pengajian am kertas 1.
skema cikgu ni.
aku pernah lawan cakap dengan dia.
pasal ponteng sekolah.
dalam ranking kelas aku No.2 terbanyak ponteng sekolah.
seminggu kadang2 aku hadir 2 hari je sekolah.

dia pernah tanya kenapa aku malas datang sekolah.
aku cakap la.
saya malas nak dengar cikgu mengajar.
cikgu ajar meleret.
banyak falsafah sangat.
memang dasar kurang ajar aku ni dulu.

lagi satu cikgu disiplin masa aku sekolah sesi petang (tingkatan 1 dan 2).
tengok cikgu lelaki yang berjambang dan pakai serban singh tu.
nama beliau Sir Amreek Singh.
cikgu bahasa Inggeris aku.

dengan dia aku pernah kena hentak kat belakang.
masa spotcheck kelas.
dah la kena hentak, kena monyet plak lagi.
dia cakap nak pen.
semua kena tunjuk pen.
sampai turn aku aku tunjuk pensil.
dia cakap
"saya mau pen! moooonyet!!!"
lepas jer ayat tu terus dapat tamparan hebat kat belakang aku.
pedih wooo...

banyak!!!
tu belum kes kena sodok sebelah rambut.
kantoi rambut panjang.
kena gunting seluar.
sebab kaki seluar besar.
kena lari padang.
kantoi hisap rokok dalam almari sekolah.
kena jemur tengah panas.
sebab tak hafal doa qunut.

haih...
mcm benda aku buat yang menyusahkan cikgu kat sekolah dulu.

mintak maaf banyak2 la cikgu2 semua.
yang jadi mangsa kutukan aku masa sekolah dulu.
terutama Pengetua.
Pn. Zauyah Bt. Daud
dan
Penolong Kanan HEM.
Pn.Hjh. Salma Hasna.
wanita2 ni memang selalu jadi mangsa kutukan.
terutama masa perhimpunan.

setakat ni ramai gak bekas cikgu2 aku dulu yang masih kenal aku kalau terserempak.
semua cam aku sebab benda2 yang aku buat kat sekolah dulu.

haha!

tapi tak la semua yang buruk jer.
ada jugak la yang baik2 pernah aku buat.
ceeewaaaah!











nota tercicir
selamat hari guru buat semua cikgu2 aku dulu.
selamat hari guru juga buat bakal2 cikgu yang pernah aku kelola.
bakal2 cikgu yang bakal praktikum penghujung bulan ni.

jadilah seorang guru yang berkaliber.
kata orang guru ibarat lilin.

terima kasih cikgu!

....................................

16 Mei 2009

TERINGAT KER TAKNAK INGAT????



ini gambar anak kawan aku



kadang-kadang bila aku tengok budak2 yang aku jumpa.
aku selalu ingat zaman kanak-kanak aku.

fuuh...
trajis!
aku memang jahat masa budak2 dulu.

kena sangat dengan taste allahyarham ayah aku yang kurang berkenan dengan budak lelaki.
kalau onar yang aku buat kat dalam rumah ataupun luar.
siap la.
tali pinggang adalah anugerah untuk aku.

biasanya bila kena tibai.
aku lari dari rumah.
bukan pegi mana pun.
aku pegi umah Allahyarhamah mak tiri aku.
tempat persembunyian yang paling selamat.
sebab ada mak tiri aku yang selalu back up aku.

paling aku ingat sampai bila-bila.
masa aku kena kejar dengan ayah aku keliling rumah.
aku gaduh dengan kakak aku.
aku hentak kakak aku terlampau sangat.
tp tak la sampai memudaratkan.

aku kena hamun dengan ayah aku.
bila aku tengok ayah aku dah macam kerasukkan tu.
apa lagi...
buka langkah seribu la.

bila jauh sikit.
aku paling belakang.
aku tengok ayah aku bawak kayu rambutan.
bukan ranting.
dahan tu..
dari jauh aku tengok ayah aku lempar kayu tu.
macam atlit sukan rejam lembing.
nasib boleh mengelak.
kalau tak...
dah tentu bocor kepala.

akhirnya aku dapat juga di tawan.
aku penat lari.
last masuk rumah berkurung dalam bilik.
bukan takda kunci pendua.
bila pintu terbuka jer.
tiada kompromi untuk aku.
tali pinggang adalah anugerah tertinggi.

allahyarham ayah aku memang garang.
aku paling takut kalau dengar beliau bersuara.
kawan-kawan zaman kanak2 aku pun takut nak datang rumah.
takut kena tempik.

hahaha~












nota tercicir
allahyarham ayah aku terkenal dengan gelaran Mail Sireh.
memang favorite beliau makan sireh.
korang tengok nama pun gerun...kan..kan...

al fatihah
buat allahyarham ayahanda Ismail Bin Aroff.
..................................

15 Mei 2009

NYONYA LU PUNYA KEDAI ADA JUAL ITU KALER KA???
















nota tercicir
lokasinya di sekitar Tasik Embayu Proton City.

layan gak...bleh la nak cuci2 mata.

.......................................

13 Mei 2009

KELUH SEORANG ANAK

Tengahari tadi aku ke pusara mak aku.
Aku ziarah 2 insan yang paling aku sayang sampai bila2.
Allahyarhamah Azizah@Aziazah Bt Ahmad dan Allahyarhamah Som Bt Samah.
Keduanya adalah ibu aku.
Aku ke sana sempena hari ibu.
Walaupun mungkin terlambat.
Itu tidak menjadi masalah pada aku.
Itu sahaja yang dapat aku buat sempena hari ibu.
Aku hanya berdiri sahaja menghadap dua pusara itu.
Merenung dua nisan kaku tersebut.

Ada aliran airmata yang keluar.
Aku kesat cepat2.

Lama aku berdiri di sana.
Tidak berbuat apa2.

Seperti ada tayangan di hadapan mata aku.
Satu persatu kenangan antara aku dan dua insan ini mula terpancar.
Berputar2.
Silih beganti.

Sejak dua insan ini pergi kehidupan aku jauh berbeza.
Sekelip mata.
Semuanya berbeza.

Sepanjang umur dan hayat kedua insan ini.
Aku tak pernah menyambut hari ibu.
Tak pernah tahu pun.
Cuma sekali mungkin.
Itupun masa aku masih di bangku sekolah rendah.
Aku karangkan sebuah puisi untuk mereka berdua.
Puisi yang berlainan untuk setiap seorang.
Itu sahaja yang aku pernah lakukan.
Sekarang hanya doa sahaja yang mampu aku kirimkan untuk mereka.


Mak.
Orang rindu kat mak.
Orang tahu orang bukan anak yang baik.
Orang degil, panas baran, melawan macam2.

Sempena hari ibu ini orang ucapkan selamat hari ibu kat mak.
Semoga mak aman bersemadi di sana.

amin~











nota tercicir

Aku pernah malu pada kawan2 sebab tak punya ayah dan ibu.

....................................


12 Mei 2009

BUKANYA SIBUK PUN...

pertama.
aku mohon maap pd semua kawan2 blogger aku.
yang mana mungkin ada blog2 mereka yang dah jarang aku jenguk.
tak seperti yg sudah2.
tapi tu tak bermakna aku tak jenguk langsung.
ada juga sesekali, cuma tak tinggalkan komen jer la kot.

hahaha!

okeh...habis scene maaf2 dah!

_____________________________________

hari sabtu lepas,
setelah berminggu2 menghabiskan masa bersama bakal2 cikgu.
ada aktiviti dirancang oleh urusetia setelah menamatkan perkhidmatan.
BBQ dan sedikit acara sukaneka kategori anak-anak taska punya taraf.
sebelum acara mandi manda dilangsungkan.

lokasinya di Kem Runtuh Semangat Teratak Riverview Simpang 4.

tidak semua mereka yang aku kenal.
hanya segelintir sahaja.
aku bertemankan seseorang ke sana.
walaupun pada asalnya aku merancang untuk tidak menghadirkan diri.
ugutan melemahkan segalanya.

haih!

layan gambar-gambar kat bawah.

























nota tercicir
kamera aku penuh dengan tepung hari sabtu tu.
aku jangan cakap la.
dari kamera yang kena, biar la tuan kamera tu putih mcm mat salleh.
dengki.
aku jer yang tak kena sebab pegang kamera.
tu pun tak lepas, sbb diorang kena semua.
ceh!!

seronok.
kenangan itu yang bakal disimpan.

....................................

08 Mei 2009

APA YANG PATUT DIJOLOKKAN PADA NAMA-NAMA MEREKA!!!

semuanya menjengkelkan.
tidak tahu pada kamu.
jengkel.
jelak.
muak.
jemu.
macam sial.
menyusahkan.

isunya melambangkan kebodohan sendiri.
membuka pekung di dada.
melemahkan pemikiran.
membuang kehormatan sendiri.
begitu juga kehormatan orang lain.
tidak ada kemaluan.

kemulian kononnya.
kedaulatan kononnya.
sampah semuanya.
busuk.
berulat.
bangkai.

berani kerana benar.
takut kerana salah.
salah.
itu sudah tidak guna pakai.
berani kerana memang berani.
takut sudah tidak ada.

tidak akan ada lagi toleransi.
yang berkuasa akan menuntut kuasa untuk diperbesarkan.
yang tidak berkuasa akan menempel pada yang berkuasa.
sekurang-kurangnya menjana kuasa.
utnuk diperkuatkan.
untuk kepentingan.
untuk hari kemudian.
untuk diri sendiri.

maruah itu hanya selimut dikala sejuk.
tapi bukan sekarang untuk diguna pakai.
panas.
maruah tidak berguna.
lemparkan jauh-jauh.
yang penting kuasa yang bakal menyejukkan.

sumpah seranah dijadikan halwa telinga.
seenak dendangan lagu dicorong-corong radio.
mungkin mendapat undian tertinggi carta ngetop.
mungkin juga bakal menduduki carta tePopular untuk selamanya.

sial!!!

















nota tercicir
mereka sangat mengjengkelkan pada aku sekarang!!!!!!!!

.......................................

06 Mei 2009

PROSA MELAYU

3 jam aku terkurung dengan prosa melayu pagi tadi.
sudah tanggungjawab aku.
aku terbaca satu prosa lama melayu dalam sebuah cerpen bertajuk:
"Harta Dan Jodoh Menanti Di Eropah"

Bukan kaum sebarang kaum
Kaum Benggali mencabut rumput
Bukan cium sebarang cium
Cium stail American Hollywood

Kaum Benggali mencabut rumput
Rumput dicabut bertemu rumput
Cium stail American Hollywood
Iaitu mulut bertemu mulut

(petikan dari cerpen Harta Dan Jodoh Menanti Di Eropah (1940)/hlm 21)

menarik bukan?
aku senyum sendirian tadi bila terbaca prosa ini.

aku bukan sastera sangat.
tapi mungkin tidak ramai yang ingin mengambil peduli dengan prosa melayu seperti ini.

aku salah seorang dari yang ramai2 tersebut.
tapi aku harap tidak menjadi seperti yang lain-lainnya...













nota tercicir
terima kasih Prof.Madya Dr. Abu Hassan Kassim atas buku dan sedikit huraian tadi.

......................................

04 Mei 2009

SEMANGAT PAGI SANG MENTARI


bak kata labi:
"selagi belum tutup mata, kerja,kerja,kerja!!!"

.....................................

03 Mei 2009

DIHEMBUS DERUAN ANGIN






tajuk entri tak bleh blah!
haha~

tapi itu jugak yang aku rasa masa lepak-lepak kat tepi tasik ni.
perrrggghhh....layan perasaan siot.
boring duduk kat umah, aku ajak sorang member teman aku pegi tasik tu.
dah lewat jugak aku sampai.
orang pun kurang.
ada la 1 2 kumpulan yang memancing seberang tasik tu.

member aku cakap aku giler tangkap gambar.
haha~

aku cakap dah hobi aku nak buat macam mana!
kalau takda member aku sorang-sorang pun jadi.

aku lepak sampai aku dengar azan maghrib.
pastu cabut balik, takut kena 'tegur' dengan hantu tasik.
dengar cerita ada india pernah lemas kat tasik ni.....

.....................................

AKU GELAK BESAR SEMALAM

semuanya pasal malam semalam.
berkaraoke sangat punya pasal.
sampai huru hara tempat karaoke tu.
gila ganas kawan2 aku semalam.
memang tak boleh bawa ke majlis2 ni.
jahanam semua!

ni lagu yang member aku nak nyanyi semalam tapi tah kemana lari lagunya.
lain benor bunyinya dah.
tu yang aku gelak besar semalam.

haha~

















nota tercicir
aku tak perasan ada lagu Dato' Siti mula2 lagu ni..
abaikan!!!

......................................

BILA KEDAI TAK JUAL KALER...





























.......................................