17 Mei 2009

MEREKA GURU MALAYSIA


barisan pendidik SMK Khir Johari Tanjong Malim


Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar Guru.
_____________________________________

banyak kenangan kalau cerita pasal sekolah dan cikgu ni.
masa aku sekolah rendah.
aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang.

sekolah ni dalam Felda aku je.
tak jauh mana.
biasa aku pegi sekolah jalan kaki ramai2 dengan kawan.

masa kat sekolah rendah.
aku anti dengan cikgu Ismail.
sebab dia pernah tampar aku.
aku terajang meja.

kalau cikgu perempuan.
aku anti dengan cikgu Rahmah.
guru kelas aku merangkap cikgu matematik ngan sains aku.
aku anti sebab dia selalu cubit perut aku kalau aku tak siap kerja sekolah.

tak banyak yang aku ingat sangat kalau pasal sekolah rendah.
dah lama sangat.
yang aku ingat aku masa sekolah rendah dulu jadi tukang tarik bendera masa perhimpunan.
kadang2 kalau aku pegi ambil anak buah aku kat sekolah tu.
aku selalu senyum sorang2.

beralih ke sekolah menegah.
bermula aku di tingkatan 1 sampai 2.
aku bersekolah di SMK Khir Johari Tanjong Malim.

masuk tingkatan 3.
aku berpindah ke SMK Sultan Abdullah Chenderong Balai.
tak banyak yang aku ingat pasal sekolah ni.
sebab aku bersekolah hanya setahun di sana.

masuk ke tingkatan 4 sampai 6.
aku kembali bersekolah di SMK Khir Johari.

sebahagian cikgu dalam gambar kat atas tu memang pernah ajar aku.
tengok pada gambar.
cikgu perempuan dalam bulatan merah tu.
nama beliau Puan Hjh. Zakiah Bt. Muda.
aku panggil dia Mak Kiah masa sekolah dulu.
masa aku sekolah dulu dia Penolong Kanan Pentadbiran kot.
aku tak berapa ingat.

cikgu ni jenis edisi dedah sikit.
pernah dia bawak air kencing dalam botol mineral kat perhimpunan.
botol tu dia jumpa tepi tangga.
hancing kat tangga tu.
teruk makcik2 cleaner kena sental tangga tu.
aku ingat lagi dialog dia masa kat perhimpunan.

"saya tahu! ni semua kerja budak lelaki. kamu aje yang boleh kencing dalam botol.
apa ni!! tak malu ker? takda kemaluan???"

pengetua pun terkejut dia buat macam tu.

kalau cikgu lelaki pulak.
sila rujuk gambar.
yang dalam bulatan merah tu.
nama beliau En.Malek B. Selamat.
aku panggil Malek Tobias.

aku anti betul dengan cikgu ni.
dia ajar aku pengajian am kertas 1.
skema cikgu ni.
aku pernah lawan cakap dengan dia.
pasal ponteng sekolah.
dalam ranking kelas aku No.2 terbanyak ponteng sekolah.
seminggu kadang2 aku hadir 2 hari je sekolah.

dia pernah tanya kenapa aku malas datang sekolah.
aku cakap la.
saya malas nak dengar cikgu mengajar.
cikgu ajar meleret.
banyak falsafah sangat.
memang dasar kurang ajar aku ni dulu.

lagi satu cikgu disiplin masa aku sekolah sesi petang (tingkatan 1 dan 2).
tengok cikgu lelaki yang berjambang dan pakai serban singh tu.
nama beliau Sir Amreek Singh.
cikgu bahasa Inggeris aku.

dengan dia aku pernah kena hentak kat belakang.
masa spotcheck kelas.
dah la kena hentak, kena monyet plak lagi.
dia cakap nak pen.
semua kena tunjuk pen.
sampai turn aku aku tunjuk pensil.
dia cakap
"saya mau pen! moooonyet!!!"
lepas jer ayat tu terus dapat tamparan hebat kat belakang aku.
pedih wooo...

banyak!!!
tu belum kes kena sodok sebelah rambut.
kantoi rambut panjang.
kena gunting seluar.
sebab kaki seluar besar.
kena lari padang.
kantoi hisap rokok dalam almari sekolah.
kena jemur tengah panas.
sebab tak hafal doa qunut.

haih...
mcm benda aku buat yang menyusahkan cikgu kat sekolah dulu.

mintak maaf banyak2 la cikgu2 semua.
yang jadi mangsa kutukan aku masa sekolah dulu.
terutama Pengetua.
Pn. Zauyah Bt. Daud
dan
Penolong Kanan HEM.
Pn.Hjh. Salma Hasna.
wanita2 ni memang selalu jadi mangsa kutukan.
terutama masa perhimpunan.

setakat ni ramai gak bekas cikgu2 aku dulu yang masih kenal aku kalau terserempak.
semua cam aku sebab benda2 yang aku buat kat sekolah dulu.

haha!

tapi tak la semua yang buruk jer.
ada jugak la yang baik2 pernah aku buat.
ceeewaaaah!











nota tercicir
selamat hari guru buat semua cikgu2 aku dulu.
selamat hari guru juga buat bakal2 cikgu yang pernah aku kelola.
bakal2 cikgu yang bakal praktikum penghujung bulan ni.

jadilah seorang guru yang berkaliber.
kata orang guru ibarat lilin.

terima kasih cikgu!

....................................