13 Mei 2009

KELUH SEORANG ANAK

Tengahari tadi aku ke pusara mak aku.
Aku ziarah 2 insan yang paling aku sayang sampai bila2.
Allahyarhamah Azizah@Aziazah Bt Ahmad dan Allahyarhamah Som Bt Samah.
Keduanya adalah ibu aku.
Aku ke sana sempena hari ibu.
Walaupun mungkin terlambat.
Itu tidak menjadi masalah pada aku.
Itu sahaja yang dapat aku buat sempena hari ibu.
Aku hanya berdiri sahaja menghadap dua pusara itu.
Merenung dua nisan kaku tersebut.

Ada aliran airmata yang keluar.
Aku kesat cepat2.

Lama aku berdiri di sana.
Tidak berbuat apa2.

Seperti ada tayangan di hadapan mata aku.
Satu persatu kenangan antara aku dan dua insan ini mula terpancar.
Berputar2.
Silih beganti.

Sejak dua insan ini pergi kehidupan aku jauh berbeza.
Sekelip mata.
Semuanya berbeza.

Sepanjang umur dan hayat kedua insan ini.
Aku tak pernah menyambut hari ibu.
Tak pernah tahu pun.
Cuma sekali mungkin.
Itupun masa aku masih di bangku sekolah rendah.
Aku karangkan sebuah puisi untuk mereka berdua.
Puisi yang berlainan untuk setiap seorang.
Itu sahaja yang aku pernah lakukan.
Sekarang hanya doa sahaja yang mampu aku kirimkan untuk mereka.


Mak.
Orang rindu kat mak.
Orang tahu orang bukan anak yang baik.
Orang degil, panas baran, melawan macam2.

Sempena hari ibu ini orang ucapkan selamat hari ibu kat mak.
Semoga mak aman bersemadi di sana.

amin~











nota tercicir

Aku pernah malu pada kawan2 sebab tak punya ayah dan ibu.

....................................


9 ulasan:

Dato Paduka Masri berkata...

aku...

kelu...

xtau nak ckp pe..

aku doakan semoga mereka di tempatkan di kalangan org yg baik2..

sharamli berkata...

aduh..sedey2...
d0akan mereka ditempatkan dikalangan 0rg yg dirahmatiNya

F A R Y N berkata...

ko jgn sedih2...
meh sini meh...
huhuhuh

ifahruzzaman berkata...

YM Dato: insyaallah...mudah2an begitu la hendaknya.

sharamli: mudah2an...amin~

cik FARYN: haih...ko ni.aku sedih2 dah senyum2 kambimg lak jadinya.

huhu

FARIE berkata...

kte senasib..
& sumtime rase rendah dri coz xde mum..
sdg kn owg laen punye family yg lengkap..

tp xpe, itu anugerah gak..
anugerah dr Tuhan utk daku belajar berdikari sndri..

JohnJenin berkata...

Ada rahmat disebaliknya. Kamu jadi ibu yg terbaekk untuk anak anak kamu nanti...

ifahruzzaman berkata...

Farie: yer...
itu satu anugerah utk jadi lebih kuat.
insyaallah~

JohnJenin: sy terima komen itu dgn ikhlas...
tp rasanye kamu salah tafsir mungkin.
manakan mungin sy menjadi seorang ibu.
sedangkan sy seorang lelaki.
bapak itu mungkin ler....

hahaha~

vidadarisakura berkata...

ok.
aku lemah part macam ni.

eiza in the house.. berkata...

orang pun sedey bila kwn org sedey kat pusara mak dia..

moga ko terus tabah ok..al-fatihah utk kedua mereka..