16 Mei 2009

TERINGAT KER TAKNAK INGAT????



ini gambar anak kawan aku



kadang-kadang bila aku tengok budak2 yang aku jumpa.
aku selalu ingat zaman kanak-kanak aku.

fuuh...
trajis!
aku memang jahat masa budak2 dulu.

kena sangat dengan taste allahyarham ayah aku yang kurang berkenan dengan budak lelaki.
kalau onar yang aku buat kat dalam rumah ataupun luar.
siap la.
tali pinggang adalah anugerah untuk aku.

biasanya bila kena tibai.
aku lari dari rumah.
bukan pegi mana pun.
aku pegi umah Allahyarhamah mak tiri aku.
tempat persembunyian yang paling selamat.
sebab ada mak tiri aku yang selalu back up aku.

paling aku ingat sampai bila-bila.
masa aku kena kejar dengan ayah aku keliling rumah.
aku gaduh dengan kakak aku.
aku hentak kakak aku terlampau sangat.
tp tak la sampai memudaratkan.

aku kena hamun dengan ayah aku.
bila aku tengok ayah aku dah macam kerasukkan tu.
apa lagi...
buka langkah seribu la.

bila jauh sikit.
aku paling belakang.
aku tengok ayah aku bawak kayu rambutan.
bukan ranting.
dahan tu..
dari jauh aku tengok ayah aku lempar kayu tu.
macam atlit sukan rejam lembing.
nasib boleh mengelak.
kalau tak...
dah tentu bocor kepala.

akhirnya aku dapat juga di tawan.
aku penat lari.
last masuk rumah berkurung dalam bilik.
bukan takda kunci pendua.
bila pintu terbuka jer.
tiada kompromi untuk aku.
tali pinggang adalah anugerah tertinggi.

allahyarham ayah aku memang garang.
aku paling takut kalau dengar beliau bersuara.
kawan-kawan zaman kanak2 aku pun takut nak datang rumah.
takut kena tempik.

hahaha~












nota tercicir
allahyarham ayah aku terkenal dengan gelaran Mail Sireh.
memang favorite beliau makan sireh.
korang tengok nama pun gerun...kan..kan...

al fatihah
buat allahyarham ayahanda Ismail Bin Aroff.
..................................

5 ulasan:

F A R Y N berkata...

allahyarham ayah aku terkenal dengan gelaran Mail Sireh.
memang favorite beliau makan sireh.
korang tengok nama pun gerun...kan..kan...


si anak pula terkenal dengan gelaran IFAH RAZIAH sepanjang zaman,,,...
kerjanya asik bergelek 24 jam...
hohohoohohh

sharamli berkata...

tunggal laki?
kal0 tunggal laki bkn ke ayah syg..

fahruzzaman.Ismail berkata...

Cik FARYN: hehehe....
ko nih aku serius dowh cerita.

mana aku 24jam bergelek la...bila ada undangan jer ar.

jom gi dangdut!!

sharamli: yurp!aku anak tunggal lelaki.

takda makna syg2!!
beliau amat anti dgn budak lelaki.

haha!

vidadarisakura berkata...

bapak aku berenti tali pinggang ngan aku masa aku darjah 6.



tapi aku bukanlah nakal sangat.


lalalala

eiza in the house.. berkata...

arwah ayah ko makan sireh ekk..arwah nenek aku suka hisap rokok daun..huhu