Tengahari tadi aku ke pusara mak aku.
Aku ziarah 2 insan yang paling aku sayang sampai bila2.
Allahyarhamah Azizah@Aziazah Bt Ahmad dan Allahyarhamah Som Bt Samah.
Keduanya adalah ibu aku.
Aku ke sana sempena hari ibu.
Walaupun mungkin terlambat.
Itu tidak menjadi masalah pada aku.
Itu sahaja yang dapat aku buat sempena hari ibu.
Aku hanya berdiri sahaja menghadap dua pusara itu.
Merenung dua nisan kaku tersebut.
Aku kesat cepat2.
Tidak berbuat apa2.
Satu persatu kenangan antara aku dan dua insan ini mula terpancar.
Berputar2.
Silih beganti.
Sekelip mata.
Semuanya berbeza.
Aku tak pernah menyambut hari ibu.
Tak pernah tahu pun.
Cuma sekali mungkin.
Itupun masa aku masih di bangku sekolah rendah.
Aku karangkan sebuah puisi untuk mereka berdua.
Puisi yang berlainan untuk setiap seorang.
Itu sahaja yang aku pernah lakukan.
Sekarang hanya doa sahaja yang mampu aku kirimkan untuk mereka.
Mak.
Orang rindu kat mak.
Orang tahu orang bukan anak yang baik.
Orang degil, panas baran, melawan macam2.
Semoga mak aman bersemadi di sana.
amin~
nota tercicir
Aku pernah malu pada kawan2 sebab tak punya ayah dan ibu.
....................................