05 Januari 2009

MENGGAMIT KENANGAN LAMA...


Hari ni adalah hari pertama anak buah aku yang no. 5 memasuki alam persekolahan. Dia mendaftar sebagai salah seorang murid tahun 1 di Sek.Keb.Sungai Behrang. Sekolah dimana aku juga disekolahkan disana satu ketika dahulu.

Lama benar aku tidak menjejakkan kaki aku ke sekolah itu setelah meninggalkannya sejak sekian lama.


Tadi aku ditugaskan oleh kakak aku untuk menemani dia disekolah. Hari pertamanya berjalan lancar. Dia tidak merengek atau menitiskan air mata.(cayalah!aku dah latih dia semalam)

Tetapi aku perhatikan setiap 5 minit dia akan memerhati aku di luar kelas dan aku membalasnya dengan senyuman dan jelingan.

Sehingga waktu rehat aku membuang masa disana. Setelah habis waktu rehat dan dia sudah masuk ke kelas semua, aku balik.(dah malas!)


Tepat pukul 1.oo tengahari aku ditugaskan untuk mengambilnya pulang.


Tekenang zaman aku sekolah dulu....


Tiada yang menemani aku atau yang menjemput kau ketika balik dari sekolah, hanya Allahyarhamah mak aku yang hantar sehingga ke pintu sekolah dan memberikan bekal roti yang sudah letakkan susu sebagai santapan waktu rehat aku.
Kemudian beliau pulang.

Namun begitu aku telah pun diberikan taklimat ringkas oleh Allahyarham ayah aku. Ayah aku kata :

' hang kalau nak rasa tali pinggang, hang teriak la kat sekolah besok'


nota tercicir

Mana boleh aku nangis dekat sekolah. Aku dah janji dengan kawan sekampung aku nak lawan 'spedo' kat sekolah dan lawan main gasing. Aku seorang jaguh gasing satu ketika dahulu. Baju sekolah yang putih dan suci murni itu menjadi seperti surat khabar lama untuk membalut belacan pada ketika itu.
Akibatnya aku dikejar keliling rumah dengan Allahyarham ayah aku.(kena jugak!!)

seronok tengok telatah budak2 ni tadi. macam2 yang jadi....

....................................................................................

KEMELESETAN KESIHATAN

1.19am

Sudah menjangkau dinihari...
Badan aku terasa sejuk sekejap, panas sekejap.
Amat-amat kurang selesa.

Kesihatan aku agak terganggu dalam 2 3 hari yang sudah berlalu.
Badan agak sedikit lemah, tekak semakin perit serta desakkan batuk aku semakin berlarutan.

Kata mak aku: Aku selalu keluar malam dan balik lewat. Berembun selalu.
Aku hanya menadah telinga menerima bebelannya.

Kata seorang kawan aku: Aku kuat sangat merokok dan berembun sampai lewat malam.
Aku hanya mengatakan aku ok sahaja. Jangan risau.

Harap-harap dalam masa 1 atau 2 hari lagi akan beransur 'kebah' semula.

nota tercicir
sejak kesihatan terganggu, aku isytiharkan perang dengan panadol atau segala jenis ubat yang sewaktu dengannya. (mereka adalah musuh aku sekarang)
aku teringin nak bermalam di wad la...


....................................................................

03 Januari 2009

PENGADU DAN PENDENGAR PENGADUAN

Menarik nafas untuk menikmati segarnya udara tahun baru.

Sempat...dan tersekat-sekat.

Seperti sedia kala, tiada kelainan melainkan sama sahaja.

Ya..sama sahaja!

Tiada rasa manis, masam mahupun tawar.

Yang dirasakan hanya pahit...BENAR!

Pahitnya lebih dari hempedu.

Dugaan, cabaran, masalah, rungutan, mengeluh sama seperti itu.

Hari cerah hanya merindukan mendung yang menanti turunnya hujan.

Bersendirian menjadi pilihan yang cukup tidak munasabah ketika ini.

Mencari pendengar pengaduan tidak semudah mencari pucuk paku di belakang rumah.

Sekali lagi kotak kecik dan sebilah mancis itu mengejar untuk memerangkap.

Lapik kaki yang melindung sudah nipis...lemparkan! Untuk mendapatkan kelajuan berlari.

Menunggu! Menanti! Bukan masanya...

Siapa?

Siapa?

Siapa?

Menoleh!

Tiada...Sendiri hanya ada kelemahan dan kepenatan.

nota tercicir

...................................................................

01 Januari 2009

PERHIMPUNAN SUCI

8.3opm

Sudah menjadi kebiasaan pada aku, paeh, jeli, fazeli, panjang, cik dan beberapa ahli baru untuk membuat perhimpuan tahunan seperti malam ini. Kali ini dengan kutipan wang sebanyak RM3o.oo seorang maka berlangsung lagi party liar 'bbq' sempena menyambut kedatangan tahun baru kata mereka.(mereka kata, aku tak kata)

Bak kata 'makcik pojie'(nama sebenar makcik ni Fauziah) :
"Kome nie pantang menyambut, ade je benda kome buat ye!"

Walaupun terlewat sehari kerana semalam mengalami masalah cuaca yang kronik maka ditunda hari ini.(tu pun hujan jugak di pertengahan langsungan party liar tadi)

TERHARU!

Jika selalu party seperti ini pasti menjanjikan hidangan air setan dan tarian bogel dari gadis-gadis atau tarian poco-poco dari kumpulan gerakkan wanita maju felda aku. Namun tidak pada kali ini. Tidak sama sekali di ulangi lagi TIDAK SAMA SEKALI.

Kali ini party liar ini tidak dicemari dengan perkara-perkara mugkar seperti yang sudah-sudah. Aku pun pelik..sumpah pelik sangat-sangat. MENGAPA terjadi seperti itu?

Namun begitu ia tetap mengeratkan hubungan tali rafia atau tali pancing antara aku dan mereka semua.

p/s Acara akan berlangsung lagi dalam masa terdekat. Mungkin semasa menyambut tahun baru cina pulak.
(pantang menyambut!)

RAMALAN HOROSKOP 2oo9 *ramalan lagi....

Kerbau (1949, 1961,1973,1985,1997 dan 2oo9)

Perlu bekerja keras tahun ini. Tahap kesihatan dan hubungan adalah tidak stabil.

KENYATAAN: Berikan perhatian terhadap apa yang anda katakan 'kerana mulut badan binasa'.


Adakah kamu semua percaya?

AKU?

Entah....!!!

Aku salah seorang yang memakai horoskop kerbau ini.

Persetankan itu semua!

*Untuk korang yg berbintang selain kerbau ingin mengetahui segala isi ramalan kamu sila selak akhbar KOSMO! halaman 19. Kalau nak tau la. Kalau tak, tak payah rajin sangat!


RAMALAN ADAKAH IA MEMPENGARUHI??

TAHUN PENUH GELORA/TAHUN 2OO8 LEBIH BAIK

Begitulah bunyinya tajuk sebuah artikel dalam sebuah akbar tempatan. Ngeri tak wei...ngeri bukan?

Seorang Perunding Feng Shui MERAMALKAN:
"secara amnya, tahun ini bukan tahun yang baik. Tahun 2oo9 ialah tahun yang sukar khasnya dari aspek ekonomi di dalam dan luar negara..."

Yang menarik perhatian aku sebagai seorang pembaca akhbar dan pemerhati yang rabun setelah membaca ulasan perunding tu :

1. Kanser, kemalangan dan kematian. Ketiga-tiga perkara negatif ini dijangka mendapat perhatian.
2. Tapak tanah perkuburan boleh menjadi satu bentuk pelaburan jangka panjang.

Seorang Penilik Astrologi (Master Vasthu Sastra) :
" memandangkan planet-planet itu menguasai faktor politik dan ekonomi dan terletak pada garisan yang lemah, kemunduran industri perdagangan akan dirasai secara mendadak..."

KENYATAAN yang menarik dari anak murid beliau di Malaysia berkata:

"mulai bulan ini, syarikat2 kewangan juga menawarkan lebih banyak pakej pinjaman dan kadar sewa beli yang menarik. Rumah2 dijual atau disewa pada harga yang rendah"
(bleh la kumpul harta tahun ni)

Aku ketawa sendiri.....

Malas untuk aku mengemudi otak songsang aku untuk berfikir yang berat2 hari ini memandangkan 'public holiday'!!

Kemudian aku fikirkan....


PINTU DI KETUK-KETUK...

2.o2am

eh..eh..
Saudara 2oo9, sila la masuk.Jangan malu-malu pulak.

Hari ni dan seterusnya apa yang menanti agaknya ye saudara 2oo9?

................?