29 April 2009

DUNIA SI KECIL



masa aku nak capture gambar budak ni, kaki dia dah main2 kat gigi air tasik tu.
nyaring suara mak dia menjerit2.
aku senyum jer.













nota tercicir
komen sikit pasal dunia si kecil anda...

........................................

22 April 2009

TINNN...TINNNTTT...TUMPANG LALU!!

aku masih sibuk lagi dengan bakal2 cikgu ni.
tiada kesempatan nak melapangkan masa yang berkejar2.

seperti kebiasaannya.
mungkin ada 1 2 cerita yang ingin dikongsi fa chai.
tp nanti2 lah aku update lagi.

aku mengantuk sekarang ni.
esok nak memekik dan tawaf menawaf melihat kerenah bakal2 cikgu ni.
haduih...












nota tercicir
aku tido dulu la.
nanti aku sambung cerita lagi.

........................................

21 April 2009

APABILA JAM DINDING MENUNJUKKAN PUKUL 9.00PAGI














nota tercicir
encik-encik, puan-puan, cik-cik bakal-bakal cikgu sekalian.
sila jangan banyak kerenah.
jika anda mahu berasa tenang dalam berjuang.

haha!

selamat berjuang.

.....................................

20 April 2009

TIADA APA-APA

tiada apa-apa...
entri, gambar pantun, sajak mahupun syair atau lain-lainnya.
kosong.
otak aku kosong sekarang.
aku tidak tahu mengapa.
banyak benda yang aku fikir semenjak 2 menjak ni.
kehidupan semakin sempit aku rasa.
sepertinya di tekan masuk ke dalam sebuah botol.
ya botol...
botol minyak gamat yang berharga RM 6.00.
di tutup rapat-rapat.
dengan ruang sekecil itu aku terpaksa bernafas.

celaru.
tiada lagi senyum kadang-kadang terukir pada bibir aku.
tidak mampu mungkin.
senyuman plastik juga.

aku harap ia berlalu dengan pantas.
aku harap ada hidangan untuk mengukir kembali senyuman.
walaupun sekadar plastik.
itu lebih baik dari sekarang.

pergilah jauh-jauh.
hidup aku sudah sedia ada semak sekarang.
nyah la kau!!!!!













nota tercicir
aku semakin sibuk dengan bakal-bakal cikgu.
kertas-kertas.
soalan-soalan.
jawapan-jawapan.

padan muka mereka!

....................................

19 April 2009

DAULAT TUANKU


DAULAT TUANKU

MERAFAK SEMBAH MENJUNJUNG KASIH

SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN YANG KE-81
SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN YUSUFF IZZUDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAHU.

SEMOGA ALLAH MELANJUTKAN USIA TUANKU DALAM LINDUNGAN
TAUFIK DAN HIDAYAH SERTA RI'AYAH DAN I'NAYAH.

amin~













nota tercicir
terima kasih atas kurniaan Tuanku.

isnin adalah cuti umum bagi negeri perak.
tidak kepada emas, gangsa, tembaga, suasa mahupun bijih timah.

haahahhaaa...

.....................................

15 April 2009

14 April 2009

JENDELA...


















nota tercicir
tempat dimana kadang2 aku lepaskan helaan nafas
tentang banyak perkara...
.....................................

13 April 2009

SATU













...............................................

KOSONG














.....................................

09 April 2009

SUSUNAN 0 HINGGA 9 JIKA KENA PADA TEMPAT DAN NASIBNYA BOLEH MENDATANGKAN WANG,WALAUPUN IA TETAP SALAH PADA SISINYA SUDAH PASTI

betullah seperti yang dijangka oleh YM Dato Paduka Masri tu....

semalam aku ke kedai Ong.
seorang pelopor dalam bidangnya sejak tahun2 berlalu.
aku kenal orang tua ni pun dari kawan2 aku yang sama kaki dengan Ong.

memang surat khabar tu je yang ada atas meja dia.
mana nak cina baca surat khabar lama kita.
dah tentu dorang baca nanyangsiangpau.
tak pun sin chew daily.

dah siap terpampang muka surat akhir surat khabar tu.
kawan aku dah tak pandang belakang tengok susunan nombornya.
'missed' satu angka.
tak naik langsung.
pusing.
macam-macam ada!

aku bukan kaki nombor.
sepanjang umur aku.
aku belum pernah beli nombor lagi.
tapi banyak pengalaman jugakla pasal nombor2 ni.

dulu masa zaman2 pemerintahan pakai ikut sendiri.
aku biasa gak ikut kawan2 yang taksub ni.
ikut pegi merangkung nombor.
tau merangkung?
menurun nombor la.

segala lembah.
sungai.
bukit.
hutan.
kira ada dengar tempat yang baik sikit.
kompon aku sampai.

tu belun kira dengan bomoh.
pawang.
dukun.
tok batin.
janda.
bidan.
pak kiai dari seberang.
macam orang aku pegi.

aku pegi sebab nak tengok.
macam mana?

ada sekali aku pernah pegi dekat satu tempat.
dengar kata boleh tahan jugak 'yang' mendiami kawasan tu.
dulu bukan ada rasa takut.
tambah dah pegi reramai.

aku pegi dalam 7 orang.
seorang tua sebagai kepala.
bila dia 'masuk'.
habis pinggan lapik barang2 persembahan dia mamah.
bara api dia pegang selamber jer.
muka aku masa tu rasa macam dah tak berdarah.sejuk!
takut gak tengok orang tua yang dah 'masuk' tu camtu.

tapi masing2 tak sanggup nak amik.
sebab 'pengerasnya' bukan sikit.
satu nyawa dia nak.
setakat binatang tu kira ok la.
ni nak manusia.
mana nak cari?
GILA!

macam2!!!

tu belum nombor kereta atau motor berlanggar.
siap boleh berhenti nak tengok nombor flat jer.

tapi kalau yang betul2 sanggup.
memang dorang tak kira.
sanggup buat per jer.
dah tak pikir panjang.

macam2 cara jugakla yang pernah aku tengok!
dulu2 punya cerita.
sekarang dah kurang aktiviti macam ni.
kalau ada pun yang tua2 jer yang buat.

sampai sekarang ramai gak kawan2 aku yang masih jadi kaki nombor ni.
bukan banyak dorang beli.
kadang2 50 sen jer satu nombor.
'MKT' Mangnum, Kuda, Toto.
ABC/Pau keliling.

kadang2 aku gelak sendiri tengok kerenah kawan2 aku.
bila nombor tak naik.
lagi syok kalau missed satu nombor.
contoh beli nombor 3675.
dia naik 5675.
tapi kalau da beli ABC/Pau keliling kira ada duit la tu.
RM 120 dalam tangan naik 675.

hahahaha....

ada jugak imam2, pak haji2 yang dah ulang alik balik tunai haji buat keja2 macam ni.
dorang kalau main bukan sikit.
puluh2 ringgit.
ratus pun mau.
bila terserempak boleh senyum jer.
adoooi..
tegar2!!!



















nota tercicir
bimbingan dari golongan yang lebih berpengalaman dan kuat iman amat2 diperlukan untuk mereka2 yang lemah semangat dan untuk ibu2 mengandung.
jangan terpengaruh dengan setiap tulisan diatas.
kerana ia mampu mempengaruhi akidah kamu semua!!!!!
INGAT!!!!!
saya tidak bertanggungjawab atas segala kemusykilan yang bakal terundang.

....................................

HARI RABU YANG TIADA DALAM SEJARAH KERANA HARI INI HARI KHAMIS!

mujur benar surat khabar lama masih tercetak dengan dakwat hitam.
cuma aku masih sangsi.
kenapa penulisannya berbeza.
susunan hurufnya juga tidak aku kenali.

aku angkat.
dekatkan dengan mata.
melihat pada muka hadapan.
tertulis NANYANGSIANGPAU.
sulat kaba cina rupanya.

hanya melihat pada helaian yang paling akhir.
itu sahaja yang difahami.
ramai yang cakap pada aku.
semua surat khabar helaian terakhir tu yang boleh percaya!













nota tercicir
aku kurang sihat sekarang.
ada tanda2 mahu mengidap demam.
nanti aku sambung cerita pasal helaian terakhir dlm surat khabar tu.

.........................................

07 April 2009

AKAL ITU ANUGERAH TERTINGGI,TIADA HAWA BERMURAMLAH ADAM,JIKA BERNAFSU KEPENATANLAH MALAM INI!

JAUH BENAR SUDAH BERLAYAR
TAK SIA-SIA MENJADI KADI
RAMAI YANG HARAP PAGAR DILUAR
JANGANLAH PAGAR MEMAKAN PADI

BELI KEMENYAN JAUH DI MUARA
KEMENYAN DI ASAP BUKA GELANGGANG
MALAM INI BERSORAK HILANGNYA SUARA
JANGANLAH ESOK DAH DAPAT DITUNGGANG

_______________________________________

esok mungkin tidak seperti hari-hari yang sebelumnya...
semuanya serba lain.

Bangun pagi-pagi
Tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi
Nak tanya pasal subsidi

Hai belum sempat sarapan
Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan
Nak mintak surat sokongan

Jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan
Pemudi tahan mintak bantuan

Disambut dengan kompang
Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang

Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi
Silap-silap nanti kurang undi

Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap YB kena seluk

Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
Takut nanti kerusi terbang

Sebelum senja ke padang bola
YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
"Jersi baru kami hai macam mana"

Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga

Bila habis berceramah
Kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah

Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan
Di tanya orang harapan
Apakah strategi lawan

Lewat malam di gerai tepi jalan
YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan
Sambil tu kena lah belanja makan

Sewaktu YB balik
Burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek

Selepas YB mandi
YB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong Pemudi

Hingga dinihari YB tak tido lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti
"Assalamualaikum YB.."











nota tercicir
ramai yang mohon durhaka nampaknya!!!!

adakah esok surat khabar lama tercetak dengan dakwat putih????


.......................................

06 April 2009

MENGHARAPKAN MEREKA-MEREKA UNTUK TIDAK BERTUHANKAN "AKAL DAN HAWA NAFSU" SEPERTINYA BILA MEMILIH DAN MENGIKUT

SUSUN LANGKAH TARIAN KAVADI
MENUJU KUIL DI GUNUNG MATANG
KERAMATNYA PANGKAH DI KERTAS UNDI
PENENTU CORAK KEHIDUPAN MENDATANG

____________________________________________

disambung lagi...

MENGAPA BISING DITEPI LAUT
OMBAK MENGHEMPAS BERDERAI-DERAI
KU SANGKA TUAN BERAS PULUT
BILA DITANAK NASI BERDERAI

NASI DINGIN BERSAYUR MUMBANG
SAYUR DIMASAK DALAM BELANGA
KAMI TAK INGIN MELIHAT KUMBANG
KALAU KUMBANG MEROSAK BUNGA

BERBAJU BATIK BUJANG KELANA
DUDUK BERMADAH DITILAM PANDAK
USAH DIPETIK SI BUNGA SENA
RUPANYA CANTIK BERBAU TIDAK

DISANA MERAK DISINI MERAK
MERAK YANG MANA MAHU DIKEPUNG
DISINI HENDAK DISANA PUN HENDAK
PUSING BELAKANG TERAJANG PUNGGUNG










.......................................

03 April 2009

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH

aku bukan kenal rapat dengan beliau.
macam mana kehidupan sehari-hari beliau.
apa yang ada dalam fikiran beliau.
apa makanan tengahari beliau.

dan yang pasti.
beliau pun langsung tak pernah kenal dengan aku.
cuma aku pernah terserempak dengan beliau satu masa dahulu.

aku akan tetap kenang dan ingat jasa2 beliau.
seperti yang lainnya.
cuma mungkin caranya berbeza.
setiap pemimpin yang terlahir ada cara untuk aku hormati.


"saya tidak minta tuan-tuan bekerja untuk saya. saya minta tuan-tuan bekerjalah bersama-sama saya" kata beliau.















nota tercicir
aku harap sangat, sejarah yang lepas2 tak akan ada ulangannya.
biarlah untuk dikenang sahaja.
bukan untuk diperlakukan lagi untuk tontonan generasi depan kata mereka.

terima kasih Tun Abdullah Ahmad Badawi.

menunggu arahan baru.
bersedia??

....................................

BILA ADA KAWAN BERCERITA PASAL KAWAN

perlu ditegaskan!
bukan mengumpat, cuma cakap belakang...

Sudah menjadi kebiasaan.
Orang akan menilai sikap seseorang.
Suka atau tidak terpulang.
Tahan tunggu, jika tidak berenggang la sementara.

Sepanjang aku berjalan dan menaiki kenderaan diatas muka bumi dan langit.
Macam2 jenis orang yang aku kenal.
Sama ada secara terus mahupun secara alam maya.

Bagi aku.
Semua aku boleh kawan.
Dan dah macam2 yang aku kenal.

Macam2 jenis.
Ada yang kawan sementara. Bosan baru cari!
Ada yang berfikir jauh. Sekadar didunia dia.
Aku lebih suka senyum jika berkata tentang kawan.

Dulu aku ada seorang kawan.
Penagih.
Aku siap tolong bakar ‘FIT’ atas kertas timah rokok untuk dia.
Dia pernah cakap.
“jangan jadi macam aku, punah masa depan”
Aku anggukkan kepala.
Member dah stim, kalau suruh berucap depan perhimpuan agong pun tak heran dah.
Ayat dah macam Prof. dalam bidang bahasa.
Saya, Awak jadi kata ganti namanya.

Seorang tua bertaraf guru pernah berfalsafah pada aku.

“kawan ni kena kenal betul2.”
“kawanlah semua. Tapi pilih2 la”
“dalam yang ramai2 mesti ada yang lainnya”
“ibarat sedapnya bau bacang dan nyamannya bau serai”

Seminggu aku fikir apa maksud falsafah tu.
Setahu aku, bau2 bacang je yang selalu aku dengar.

Sedapnya bau bacang, jgn dicium. Nanti berkudis hidung kalau kena getah.
Nyamannya bau serai, bukan boleh makan terus batangnya.
Kambing pun tak makan batang serai tu. Tercekik mati…

‘Walaupun sedap dan nyaman masih terselit buruknya’ katanya sambil menepuk bahu aku.











nota tercicir

layankan saja kerenah mereka kata aku!

......................................

02 April 2009

ehem...ehem...ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH!

Bismillahirahmanirahim....

Alhamdulillah…
Syukur aku masih bernafas lagi.
Mukaddimah tak bleh blah looo!!!

Hahaha...

Kesibukkan duniawi itu telah memaksa aku untuk tidak
Ber’blog’ secara tegar.
Kata orang hal dunia jika dikejar tidak pernah sudah.
Jadi aku beralih sedikit mengejar hal2 akhirat.


Merealisasikan satu PROJEK AMAL.
Projek Amal yang dirancang mungkin sejak 2 tahun lalu atau lebih.
Walaupun tidak mendapat banyak sokongan dari pihak2 yang berjawatan.
Serta pihak yang sepatutnya.
Tak Kisah la.
Janji boleh 'on' kata dia.

Lagi pula..
Sudah terlalu lama hasrat itu disimpan.
Aku bimbang dengan kebasian yang bakal terjadi.
Namanya pun amal kata seseorang.
“biasanya keja2 amal ni banyak cabaran” katanya lagi.


Aku mengakuinya.
Kerana dari lebih 10 orang yang beria-ia untuk merealisasikan
kini hanya tinggal kurang daripada itu.

Serta...
Berlaku sedikit kemelut dimuara kasih.
Sudah begitu adatnya kata seorang kawan dan juga pakar rujuk aku.
‘kalau dah banyak kepala, memang ragamnya pun banyak’
Aku mengakuinya sekali lagi.
Abaikan saja kata hati aku.

Oh ya…
Aku yang kelewatan!
S.E.L.O kata pensyarah aku dulu.

Hari ini merupakan hari terakhir beliau bergelar orang NO.1 dalam Negara.
Patutla dah 2 hari ada doku pasal beliau tersiar di kaca tv.
Mulanya aku berasa sangsi dengan perasaan sendiri.
Setelah diselidik nyatanya benar.
Adakah sejarah mungkin berulang.
Aku membuang fikiran itu jauh2.

Dengan itu juga aku berasa yakin bahawasanya aku sudah banyak meninggalkan
hal2 berkaitan duniawi untuk sementara waktu.

Hahaha...

Dan seterusnya...
Debaran itu kian membara.
Adakah bakal merasakan nikmat yang terkesima?
Terhadap 2 bukit dan batang itu?
Nantikan!

Aku teruja dengan bukit yang satu ini.
Ramai yang ingin merasai nikmat kesegaran dan kemontokannya mungkin.
Belum pernah lagi.
Seramai itu.
Yang memilikinya mungkin seseorang yang amat trajis kekuatan.
Benarkah?

Ada juga yang gatal berbicara.
‘jom naik bukit bawak gantang’
Memcebik bibir adalah jawapan yang terbaik bagi aku.
Aku suka seperti sekarang.
Buat apa nak galas batu, jika tidak mempunyai beban.











nota tercicir
maap pada kawan semua.
banyak komen2 dari entri lepas yg aku terlepas pandang.
nanti aku kasi update balik.
maklumlah...sibuk!
ratu dangdut sepanjang zaman kata cik Vida!!!

.....................................