07 April 2009

AKAL ITU ANUGERAH TERTINGGI,TIADA HAWA BERMURAMLAH ADAM,JIKA BERNAFSU KEPENATANLAH MALAM INI!

JAUH BENAR SUDAH BERLAYAR
TAK SIA-SIA MENJADI KADI
RAMAI YANG HARAP PAGAR DILUAR
JANGANLAH PAGAR MEMAKAN PADI

BELI KEMENYAN JAUH DI MUARA
KEMENYAN DI ASAP BUKA GELANGGANG
MALAM INI BERSORAK HILANGNYA SUARA
JANGANLAH ESOK DAH DAPAT DITUNGGANG

_______________________________________

esok mungkin tidak seperti hari-hari yang sebelumnya...
semuanya serba lain.

Bangun pagi-pagi
Tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi
Nak tanya pasal subsidi

Hai belum sempat sarapan
Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan
Nak mintak surat sokongan

Jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan
Pemudi tahan mintak bantuan

Disambut dengan kompang
Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang

Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi
Silap-silap nanti kurang undi

Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap YB kena seluk

Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
Takut nanti kerusi terbang

Sebelum senja ke padang bola
YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
"Jersi baru kami hai macam mana"

Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga

Bila habis berceramah
Kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah

Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan
Di tanya orang harapan
Apakah strategi lawan

Lewat malam di gerai tepi jalan
YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan
Sambil tu kena lah belanja makan

Sewaktu YB balik
Burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek

Selepas YB mandi
YB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong Pemudi

Hingga dinihari YB tak tido lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti
"Assalamualaikum YB.."











nota tercicir
ramai yang mohon durhaka nampaknya!!!!

adakah esok surat khabar lama tercetak dengan dakwat putih????


.......................................

6 ulasan:

sharamli berkata...

jgn jdik YB

Dakjaat™ berkata...

Jadi YM jer.. wakakakak!

Dato Paduka Masri berkata...

wei.... aku yb rilek je....eh salah.... aku YM......

guapunyahal berkata...

wuuuuwwwooo... dasat

FARIE berkata...

YB? apekah itu?
Yang Bosol barangkali..
haish!!

ifahruzzaman berkata...

Yang Berebut!!!

benar2....kamu YM.

kehkehkeh.