mujur benar surat khabar lama masih tercetak dengan dakwat hitam.
cuma aku masih sangsi.
kenapa penulisannya berbeza.
susunan hurufnya juga tidak aku kenali.
aku angkat.
dekatkan dengan mata.
melihat pada muka hadapan.
tertulis NANYANGSIANGPAU.
sulat kaba cina rupanya.
hanya melihat pada helaian yang paling akhir.
itu sahaja yang difahami.
ramai yang cakap pada aku.
semua surat khabar helaian terakhir tu yang boleh percaya!
nota tercicir
aku kurang sihat sekarang.
ada tanda2 mahu mengidap demam.
nanti aku sambung cerita pasal helaian terakhir dlm surat khabar tu.
.........................................