06 April 2009

MENGHARAPKAN MEREKA-MEREKA UNTUK TIDAK BERTUHANKAN "AKAL DAN HAWA NAFSU" SEPERTINYA BILA MEMILIH DAN MENGIKUT

SUSUN LANGKAH TARIAN KAVADI
MENUJU KUIL DI GUNUNG MATANG
KERAMATNYA PANGKAH DI KERTAS UNDI
PENENTU CORAK KEHIDUPAN MENDATANG

____________________________________________

disambung lagi...

MENGAPA BISING DITEPI LAUT
OMBAK MENGHEMPAS BERDERAI-DERAI
KU SANGKA TUAN BERAS PULUT
BILA DITANAK NASI BERDERAI

NASI DINGIN BERSAYUR MUMBANG
SAYUR DIMASAK DALAM BELANGA
KAMI TAK INGIN MELIHAT KUMBANG
KALAU KUMBANG MEROSAK BUNGA

BERBAJU BATIK BUJANG KELANA
DUDUK BERMADAH DITILAM PANDAK
USAH DIPETIK SI BUNGA SENA
RUPANYA CANTIK BERBAU TIDAK

DISANA MERAK DISINI MERAK
MERAK YANG MANA MAHU DIKEPUNG
DISINI HENDAK DISANA PUN HENDAK
PUSING BELAKANG TERAJANG PUNGGUNG










.......................................

4 ulasan:

sharamli berkata...

explain m0re dear..hu3

ifahruzzaman berkata...

alah dear...paham2 je sudah la..

hehehhee

Dato Paduka Masri berkata...

aku kurang pantun2 ni bro.....

Dakjaat™ berkata...

"budak ni ada pening2 sikit.."jadi .. faham2 jer la .. hahaha