03 April 2009

BILA ADA KAWAN BERCERITA PASAL KAWAN

perlu ditegaskan!
bukan mengumpat, cuma cakap belakang...

Sudah menjadi kebiasaan.
Orang akan menilai sikap seseorang.
Suka atau tidak terpulang.
Tahan tunggu, jika tidak berenggang la sementara.

Sepanjang aku berjalan dan menaiki kenderaan diatas muka bumi dan langit.
Macam2 jenis orang yang aku kenal.
Sama ada secara terus mahupun secara alam maya.

Bagi aku.
Semua aku boleh kawan.
Dan dah macam2 yang aku kenal.

Macam2 jenis.
Ada yang kawan sementara. Bosan baru cari!
Ada yang berfikir jauh. Sekadar didunia dia.
Aku lebih suka senyum jika berkata tentang kawan.

Dulu aku ada seorang kawan.
Penagih.
Aku siap tolong bakar ‘FIT’ atas kertas timah rokok untuk dia.
Dia pernah cakap.
“jangan jadi macam aku, punah masa depan”
Aku anggukkan kepala.
Member dah stim, kalau suruh berucap depan perhimpuan agong pun tak heran dah.
Ayat dah macam Prof. dalam bidang bahasa.
Saya, Awak jadi kata ganti namanya.

Seorang tua bertaraf guru pernah berfalsafah pada aku.

“kawan ni kena kenal betul2.”
“kawanlah semua. Tapi pilih2 la”
“dalam yang ramai2 mesti ada yang lainnya”
“ibarat sedapnya bau bacang dan nyamannya bau serai”

Seminggu aku fikir apa maksud falsafah tu.
Setahu aku, bau2 bacang je yang selalu aku dengar.

Sedapnya bau bacang, jgn dicium. Nanti berkudis hidung kalau kena getah.
Nyamannya bau serai, bukan boleh makan terus batangnya.
Kambing pun tak makan batang serai tu. Tercekik mati…

‘Walaupun sedap dan nyaman masih terselit buruknya’ katanya sambil menepuk bahu aku.











nota tercicir

layankan saja kerenah mereka kata aku!

......................................

5 ulasan:

hamimi berkata...

Setuju.
Layankan saja karenah mereka!
Kalau tidak tahan, senyum dan tinggalkan. Jangan pula simbah minyak kedalam api.

ifahruzzaman berkata...

hamimi: hahaha...
jgn bermain dengan api. nanti terbakar diri.

zuhairy hashim berkata...

aku syorkan ifahraziahman pergi kat youtube : taip kaban dan hayati lagu tu.

"kaban banyak kaban,kaban,

makan kaban, kaban.
"

lagu top sekarang.

zuhairy hashim berkata...

bagi memudahkan ifahrizahman, sila klik terus ke link ini.

http://www.youtube.com/watch?v=8uelDhqau5Y

vidadarisakura berkata...

haha!
aku memang kalah kalau lawan mulut dengan kawan aku bila dia tengah high.



cam siak.