09 April 2009

SUSUNAN 0 HINGGA 9 JIKA KENA PADA TEMPAT DAN NASIBNYA BOLEH MENDATANGKAN WANG,WALAUPUN IA TETAP SALAH PADA SISINYA SUDAH PASTI

betullah seperti yang dijangka oleh YM Dato Paduka Masri tu....

semalam aku ke kedai Ong.
seorang pelopor dalam bidangnya sejak tahun2 berlalu.
aku kenal orang tua ni pun dari kawan2 aku yang sama kaki dengan Ong.

memang surat khabar tu je yang ada atas meja dia.
mana nak cina baca surat khabar lama kita.
dah tentu dorang baca nanyangsiangpau.
tak pun sin chew daily.

dah siap terpampang muka surat akhir surat khabar tu.
kawan aku dah tak pandang belakang tengok susunan nombornya.
'missed' satu angka.
tak naik langsung.
pusing.
macam-macam ada!

aku bukan kaki nombor.
sepanjang umur aku.
aku belum pernah beli nombor lagi.
tapi banyak pengalaman jugakla pasal nombor2 ni.

dulu masa zaman2 pemerintahan pakai ikut sendiri.
aku biasa gak ikut kawan2 yang taksub ni.
ikut pegi merangkung nombor.
tau merangkung?
menurun nombor la.

segala lembah.
sungai.
bukit.
hutan.
kira ada dengar tempat yang baik sikit.
kompon aku sampai.

tu belun kira dengan bomoh.
pawang.
dukun.
tok batin.
janda.
bidan.
pak kiai dari seberang.
macam orang aku pegi.

aku pegi sebab nak tengok.
macam mana?

ada sekali aku pernah pegi dekat satu tempat.
dengar kata boleh tahan jugak 'yang' mendiami kawasan tu.
dulu bukan ada rasa takut.
tambah dah pegi reramai.

aku pegi dalam 7 orang.
seorang tua sebagai kepala.
bila dia 'masuk'.
habis pinggan lapik barang2 persembahan dia mamah.
bara api dia pegang selamber jer.
muka aku masa tu rasa macam dah tak berdarah.sejuk!
takut gak tengok orang tua yang dah 'masuk' tu camtu.

tapi masing2 tak sanggup nak amik.
sebab 'pengerasnya' bukan sikit.
satu nyawa dia nak.
setakat binatang tu kira ok la.
ni nak manusia.
mana nak cari?
GILA!

macam2!!!

tu belum nombor kereta atau motor berlanggar.
siap boleh berhenti nak tengok nombor flat jer.

tapi kalau yang betul2 sanggup.
memang dorang tak kira.
sanggup buat per jer.
dah tak pikir panjang.

macam2 cara jugakla yang pernah aku tengok!
dulu2 punya cerita.
sekarang dah kurang aktiviti macam ni.
kalau ada pun yang tua2 jer yang buat.

sampai sekarang ramai gak kawan2 aku yang masih jadi kaki nombor ni.
bukan banyak dorang beli.
kadang2 50 sen jer satu nombor.
'MKT' Mangnum, Kuda, Toto.
ABC/Pau keliling.

kadang2 aku gelak sendiri tengok kerenah kawan2 aku.
bila nombor tak naik.
lagi syok kalau missed satu nombor.
contoh beli nombor 3675.
dia naik 5675.
tapi kalau da beli ABC/Pau keliling kira ada duit la tu.
RM 120 dalam tangan naik 675.

hahahaha....

ada jugak imam2, pak haji2 yang dah ulang alik balik tunai haji buat keja2 macam ni.
dorang kalau main bukan sikit.
puluh2 ringgit.
ratus pun mau.
bila terserempak boleh senyum jer.
adoooi..
tegar2!!!



















nota tercicir
bimbingan dari golongan yang lebih berpengalaman dan kuat iman amat2 diperlukan untuk mereka2 yang lemah semangat dan untuk ibu2 mengandung.
jangan terpengaruh dengan setiap tulisan diatas.
kerana ia mampu mempengaruhi akidah kamu semua!!!!!
INGAT!!!!!
saya tidak bertanggungjawab atas segala kemusykilan yang bakal terundang.

....................................

4 ulasan:

sharamli berkata...

n0mb0r=add maths?

fahruzzaman.Ismail berkata...

sharamli: add math tu senang dari nombor yg aku cerita ni....hehee

vidadarisakura berkata...

begelek sambil memuja nombor adalha yg terbaik!haha

fahruzzaman.Ismail berkata...

cik vida: kalau dah bergelek....tu sah jin dangdut yg masuk dlm badan...hahhahah