03 April 2009

SETINGGI-TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH

aku bukan kenal rapat dengan beliau.
macam mana kehidupan sehari-hari beliau.
apa yang ada dalam fikiran beliau.
apa makanan tengahari beliau.

dan yang pasti.
beliau pun langsung tak pernah kenal dengan aku.
cuma aku pernah terserempak dengan beliau satu masa dahulu.

aku akan tetap kenang dan ingat jasa2 beliau.
seperti yang lainnya.
cuma mungkin caranya berbeza.
setiap pemimpin yang terlahir ada cara untuk aku hormati.


"saya tidak minta tuan-tuan bekerja untuk saya. saya minta tuan-tuan bekerjalah bersama-sama saya" kata beliau.















nota tercicir
aku harap sangat, sejarah yang lepas2 tak akan ada ulangannya.
biarlah untuk dikenang sahaja.
bukan untuk diperlakukan lagi untuk tontonan generasi depan kata mereka.

terima kasih Tun Abdullah Ahmad Badawi.

menunggu arahan baru.
bersedia??

....................................

8 ulasan:

AiE bAhRi berkata...

Terima kasih Tun Abdullah..

fahruzzaman.Ismail berkata...

aie: nasib baik nama aku bukan abdullah...

hehehe

sharamli berkata...

bersediaatau tidak..
b0l0s sj dinding itu..
hu3

Unknown berkata...

Selamat Pak Lah.

Mohd Sufian berkata...

JAWABAN BALAS DARI SAYA UNTUK KOMENTAR SAUDARA DI SUFIANBLOG.COM:

Ayat 59 dalam Surah AnNisa' itu adalah pokok perbicaraan saya sebenarnya.

Ayat itulah dalil dari AlQuran yang memerintahkan agar umat Islam Mentaati Allah, Mentaati Rasul dan Ulil Amri yang terdiri dari Ulamak serta para penguasa. Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Sesiapa yang mentaati aku, sesungguhnya dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang mendurhakai aku maka sesungguhnya dia telah mendurhakai Allah. Sesiapa yang mentaati pemimpin sesungguhnya dia telah mentaati aku dan sesiapa yang durhaka kepada pemimpin sesungguhnya dia telah durhaka kepadaku”. – Hadith Riwayat Muslim.

Untuk memahami "Aqidah Ahlus Sunnah dalam Mentaati Pemerintah", Saudara perlu memiliki antara salah satu dari 3 buku yg telah miliki ini:

1. Sikap Ahlus Sunnah Wal-Jamaah Terdapat Pemerintah & Pemimpin Islam. Oleh Ustaz Rasul Dahri.

2. Hukum Mengkafirkan Pemerintah Islam Menurut AlQuran, AsSunnah dan Manhaj Salaf As-Soleh. Oleh Ustaz Rasul Dahri.

3. Mu'amalatul Hukkam Fi Dhauil Kitab Was-Sunnah (Manhaj Ahlus Sunnag dalam bersikap terhadap penguasa dan pemerintah). Oleh Abdus-Salam bin Barjas bin Nashir Ali Abdul Karim.

Dan untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam, ikutilah kuliah2 agama. Tanyalah kepada mereka yang lebih mengetahuinya. Janganlah kita bertuhankan Akal dan Hawa Nafsu semata2!. Islam ini milik Allah Taala.

Ibn mas'ud berkata: "Barangsiapa hendak berguru, bergurlah dari mereka yang telah mati, kerana yang hidup belum selamat dari kesesatan. Mereka itulah Para Sahabat Muhammad, kaum teladan ummat ini. Yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya dan paling sedikit merasa tbeban. Kaum yang terpilih menjadi sahabat Muhammad untuk menegakkan diennya. Kenali keutamaan mereka, ikutlah jejak mereka dan contohilah mereka senampu kamu dari akhlaqnya dan dari diennya. Sesungguhnya mereka berada diatas petunjuk yang lurus." - Ibn Abdil Barr

Terima kasih atas komentar saudara.

Farie Amrah berkata...

gud luck utk PM bru..

fahruzzaman.Ismail berkata...

maaf,mungkin sy yg kurang paham apa yg kamu perkatakan.

sy bkn menentang Al Quran dan Hadis.TIDAK sama sekali!!!

tetapi Allah juga mengajar bagaimana kita mentaat setiap pemimpin yg dilantik oleh manusia bukan.

dlm solat juga di ajar utk kita menegur imam yang terleka.

jika dinilai dari segi agama, sy rasa mungkin banyak pincangnya kepimpinan sekarang.

Allah memberitahu utk kita menegakkan Al Quran dihadapan.
Hadis sebagai rujukan. jika kurang pasti Ijmak dianjurkan. dan jika tidak dapat menyelesaikan juga Qias diperbolehkan.

maaf sekali lagi.
sy tidak pandai untuk mentafsir firman dan memperawikan sunnah.

mungkin benar kata saudara sy tergolong dlm mereka yang bertuhankan akal dan hawa nafsu.

terima kasih dengan nasihat saudara.

Unknown berkata...

btul2...
welcome to the x-PM club...