14 Julai 2009

INILAH MASANYA,

Akhirnya.
saat itu muncul.
setelah lama aku aku menunggu.
setelah aku berhempas pulas.
penuh dengan jerih perih.
penuh dengan cabaran dan rintangan.

tarikh keramat itu muncul.

15 Ogos - 16 Ogos 2009

walaupun sebelum itu aku berpeluang untuk menyarungnya.
tp itu tidak aku lakukan.
kerana aku ingin menyarungnya bila tiba masanya yang tepat.
menyarung atas usaha aku sendiri.

aku mula terasa bahangnya.
kenangan lama mula bermain dalam fikiran aku.
sejak pertama kali aku menjejak kaki kesana.
hinggalah aku meninggalkan seribu satu kenangan itu semua disana.

aku mahu terbang lagi!!!


...................................

09 Julai 2009

KENALI-KAH MEREKA


nota tercicir
kenali-kah mereka?
atau menengenali-nya?
...................................

MAAF!
MUNGKIN GAMBAR TERSEBUT SEDIKIT MELAMPAU.
TAPI ADA YANG MENARIK.
BUKAN PERIHAL H1N1.TIDAK SAMA SEKALI.

08 Julai 2009

TERKENANG TIBA-TIBA

mari kita semua menghayati isi sepucuk surat dari seorang anak kepada ayahnya.
anak ini merupakan seorang penuntut di salah sebuah IPTA dalam negara.

mari.....

Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip.

P/s:
Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.


Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.

Kepada Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"Dari Ayahmu.

__________________________________

aku terbaca surat ni dlm 1 web jenaka yang memang aku suka lawat.
tiba-tiba aku teringat masa zaman aku menuntut dulu.
kalau time nak mintak duit pada kakak aku.
susunan ayat memang power gila.

dulu aku selalu sms aje kalau nak mintak duit pada kakak2 aku.
tu pun kalau dh betul2 teruk, baru aku mintak.
kadang2 tak teruk mana pun.
berlebih bajet sangat.

kalau aku sms kakak2 aku.
aku selalu guna ayat yang puitis lagi menusuk jiwa.
baru tersentuh sikit.
contohnya:

menemui kekandaku yang cantik rupawan lagi dermawan.
adindamu disini ingin sekali menatap wajahmu itu untuk mengubat rindu.
tujuan adindamu ini melemparkan sms yang tidak seberapa ini adalah untuk.....


lebih kurang mcm tu la....
kadg2 sampai 2 3 page sekali dia punya panjang sms.

dan selalunya permintaan aku berhasil.
walaupun terpaksa menadah telinga kena ceramah.

hahahaha....

nota tercicir
korang boleh la try sekali-sekala.
mesti tersentuh punyalah...

tp jangan amal selalu.
boleh bankrupt!!

..................................

03 Julai 2009

BARU BERJUMPA JALAN BALIK, AKU TERGOLEK DI JALANRAYA


22 Jun 2009
Jam 5.30 petang waktu tempatan(mungkin).

setelah bosan duduk menghadap komputer di sebuah cybercafe aku mengambil keputusan untuk berangkat pulang.
menuju ke sebuah stesen minyak untuk menberi si tenggiling hitam aku minum.
dengan penuh gaya,mutu dan keunggulan si tenggiling hitam aku meluncur laju meredah jalanraya.
di pertengahan jalanraya berhadapan sebuah sekolah menengah agama sebuah jep merah meluru keluar dari sebuah simpang.
dengan jayanya aku dapat mengelak dari kebodohan pemandu jep merah tersebut.
namun malang sememangnya tidak berbau wangi mahupun busuk.
jauh sekali berbau durian.
sebuah kereta iswara berada dihadapan aku siap dengan isyarat untuk mebelok ke sebelah kanan.
si tenggiling hitam sudah tidak dapat untuk berbuat apa2.
kakinya yang bulat tetap juga meluncur walaupun sudah cuba mencengkam tar jalanraya.
aku cuba mengawal keadaan sebaik mungkin.
namun hanya sia2.
si tenggiling hitam akhirnya mencium bontot iswara tersebut.
aku tergolek di atas jalanraya bersama si tenggiling hitam aku.

tup.....
gelap!

sedar dah ada kat klinik kesihatan.

siku ngan lutut luka.
tangan terseliuh.
satu kuku jari kaki terkopek.

malang sungguh.

si tenggiling hitam aku remuk muka depan.
rabak lagi poket aku nak repair kau tenggiling hitam.

dan alhamdulillah,
sekarang dah pun sihat.
si tenggiling hitam aku pun dah pulih dari kecatatan yang di alaminya.
cuma kau jer ada trauma sikit.

hahahaha....
.....................................

22 Jun 2009

BARU BERJUMPA JALAN BALIK, AKU TERSESAT

uiiish.....
lama betul aku tak bukak blog ni.
baru jumpa jalan nak bukak blog.
giler lupa ingatan aku.
hahahaha~

komuniti kipas susah mati pun dah makin bertambah.
nanti aku check balik blog korang sume.
terima kasih sebab sudi jadi komuniti susah mati tu.

aku tak ada idea nak tulis apa.
saja bukak blog ni.
nak bagitau yg aku ni hidup lagi.
hehehehe~

ok-ok
nanti aku kasi update lagi.
__________________________________




SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA

...................................

06 Jun 2009

HIMPUNAN




aku kesebuah rumah kosong 2 3 hari lepas mungkin.
mencari sesuatu yang berlainan sebagai santapan lensa aku.
nyata tidak menemui apa2.
sekadar ini yang mungkin menarik bagi aku.

terasa sedikit kebosanan sekarang.
mungkin hidup keseorangan.
hahahah [TAK BOLEH BLAH]!!!

tapi mungkin juga!
sbbnya...
hari ini seorang rakan sepermainan menghantar rombongannya ke pihak perempuan utk melangsaikan hasrat pertunangan antara meraka di Pahang.
hari ini juga anak buah aku paling tua menghantar rombongan pihaknya ke Perlis untuk menyatakan hasrat pertunangan mereka.
esok rakan sekelas aku bakal bergelar raja sehari.
minggu hadapan rakan sepersekolahan aku menjejakkan kakinya ke jingjang pelamin.

tu belum jiran2 terdekat lagi!!!

fuuhhh...
ramai bukan!
maaf pada rakan sepermaian dan anak buah aku sebab aku tak dapat ikut serta.
atas sebab2 yg aku rasa mmg munsabah untuk aku tak pergi pun.
aku malas!

hahaha

lagipun baru bertunang.
kawin nanti sedaya upaya aku hadir.

hehe~

















nota tercicir
bayangkan!
aku dan rakan2 yang masih belum bercadang apa2 lagi terpaksa
menadah telinga jika menghadirkan diri ke majlis ini.

ayatnya:
"jgn tnggu lama2! nikmatnya kawin ni boleh menangis woooo!!!!"

.....................................


03 Jun 2009

MUHASABAH-KAH AKU ?


sekadar hiasan


aku terfikir tadi semasa terjaga dari tidur.
sejauhmana aku sudah berjalan.
apa yang aku dapat.
















nota tercicir
.....?

.................................