08 November 2010

hot!!!


ye...
hot!panas!
lebih panas dari cerita pasal Pak Najib masuk hospital. pasal BN menang di Dun Galas dan Batu Sapi. tu belum dibandingkan dengan letusan Merapi dan banjir di utara tanah air. sbbnya dah berapa lama aku dengar pasal benda ni.

penah dengar pasal tokek atau gecko? aku pun tak pasti hatta tengok pun tak pernah lagi. tapi yang pasti binatang ni dah jadi macam Paul, sotong yang pandai meramal tu. sehingga pada satu ketika aku pun naik menyampah disebabkan kekalahan Argentina masa piala dunia ari tu.

laa....lari tajuk dah!

tokek..
ye....
korang sume pernah dengar pasal binatang ni?

aku takdalah tau banyak sangat. tapi mengikut ceritanya binatang ni mempunyai nilai jutaan ringgit di pasaran. diorang cakap boleh buat ubat untuk penyakit HIV. tidak dapat dipastikan kesahihan tersebut. dan mengikut cerita mulanya kajian dibuat pada beruang. kerana hanya pada beruang je yang ada enzim untuk penyakit HIV. munkin disebabkan terlalu bahaya untuk mendapatkan seekor beruang, dan menyalahi undang-undang kajian dibuat dan mendapati tokek/gecko ini mempunyai enzim yang sama. ini pun tak dapat dipastikan kesahihannya.

diberitakan seorang pemuda disabah menjumpai tokek ini seberat 64kg. dan dipasaran mereka membeli 300gram dan keatas sahaja. dengan hanya 300gram ini nilainya boleh mencecah lebih RM500 ribu. betul atau tak aku tak pasti. yang pasti ramai yang dah mula gila mencari tokek ni.

tokek ni juga dikatakan agak merbahaya dan berbisa. kerana lendiran yang keluar dari mulutnya bila mengigit boleh menyebabkan daging kita menjadi reput.

aku dapat berita kawan aku ada menyimpan seekor tokek ni. dekat tempat tinggal aku kat kampung pun ada juga, tapi beratnya baru mencecah 100gram.

entahla...dunia ada macam-macam cerita untuk dikongsikan.
betul tak??

1 ulasan:

LanunTerbilang berkata...

hy feb. berat tokek tidak akan mencecah sampai 300gm. di sabah cerita ne dah lapuk.~(^^)