28 Julai 2009

YANG KEDUA

alhamdulillah.....
hari ini,
merupakan tahun yang ke 24 aku berjalan atas alam ciptaanNya.

syukur,
aku di beri kesempatan untuk bertemunya lagi tahun ini.

mari aku imbau sedikit kisahnya,

tarikh 28 Julai 1985
Jam 0130 am
Hospital Daerah Tapah, Perak.

aku dilahirkan oleh ibunda tercinta Allahyarhamah Azizah@Aziazah Bt Ahmad.
selamat.
mengikut ceritanya hampir 3.5 kg.
sejak itu aku ditimangi dengan nama 'Bulat'.
mengikut cerita ibunda tercinta aku.
mengasuh aku senang, kalau menangis mesti tandanya lapar.
nasi lenyek dan biskut kering cicah kopi merupakan kesukaan aku.

yang agak susah semasa aku lahir sehingga melepasi 12 bulan.
sebab aku tak boleh nak pijak tanah.
jangan kata pijak, kena pun tak boleh.
masa kecik dunia aku dalam sebuah bakul rotan aja, kata ibunda aku lagi.

setelah melepasi jangka masa tersebut.
satu upacara pijak tanah, keluarga aku buatkan.
macam-macam katanya.
kena ada 4 jenis tanah berlainan warna.
bunga 7 jenis.
tangga yang dibuat dari batang tebu.
satu persalinan kuning.
keris.
hamparan kain kuning.
banyak lagi kot. aku tak berapa ingat ceritanya.

setelah diinaikan pada kaki.
secara rasminya aku dibenarkan untuk memijak tanah.

semua karier bermula dari situ.
seterusnya aku dibesarkan di sebuah felda getah di Perak juga.
semuanya bermula disini.

alam kanak-kanak.
masa aku terjun parit.
main perang2 dalam kebun getah.
tumpahkan susu getah dalam kebun.
belajar pegang pisau getah.
belajar memancing.
belajar panjat pokok.
masa aku curi buah-buah kayu dalam dusun orang.
main lastik.
belajar bekebun belakang rumah.
zaman kanak-kanak memang seronok.

alam sekolah rendah.
aku belajar menoreh getah dengan Allahyarham Ayahanda aku.
aku belajar kutip getah.
aku belajar mengaji Al Quran, berzanji, marhaban macam2.
aku belajar merokok jgk.
aku belajar cari duit sendiri.
upah toreh getah dari ayah aku.
tolong ibunda tiri aku Allahyarhamah Som Bt Samah berniaga.
jual kueh, jual ubat2, jual kain, mcm2.
semuanya made in kelantan.
aku curi2 belajar belajar bawa moto ayah aku.
dapat lesen rasmi dari ayak aku setelah kena belasah dengan beliau.
pemandu rasmi ibunda aku, kalau beliau mahu mengutip hutangnya.

alam sekolah menengah.
aku kenal banyak kawan.
mula belajar tentang hidup sendiri.
mula belajar tentang tanggungjawab.
mula ada pendirian hidup.
mula lantang berkata-kata.
mula ada ketegasan tentang sesuatu perkara.
banyak benda aku belajar masa ini.

yang seterusnya sehingga sekarang.
aku mula membina hidup yang lebih baik dari yang sudah-sudah.
sejak aku lahir sampailah sekarang.
syukur aku banyak belajar tentang erti kehidupan.
aku banyak kenal kawan dan juga lawan.
banyak belajar.
dari yang baik sampailah yang tak baiknya.
suka, duka, senang, susah, entah apa-apa lagi.

alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran aku buat Yang Maha Esa.



dedikasi khas buat Yasmin Ahmad juga untuk ibu dan bapa aku.

...................................

11 ulasan:

FEXAN_MY berkata...

hAPPy BIRThdAy 28 JuLy...!!!

Pekerja Kontrak berkata...

selamat hari tua.... semoga ko belajar lagi dan lagi...

sharamli berkata...

24 erk?

eiza in the house.. berkata...

happy belated besday..
moga kau akan lagi tabah menjejaki kehidupan...ini baru permulaan pada sebuah kehidupan..

moga panjang umo..murah rezeki dan sehat selalu..amin =)

i'm shin... i'm inesen berkata...

hepi belated besday... tahniah jadi orang yg ke 81 nak follow jadi inesen mcm shin.... ngee~

IkanMasin90(IM90) berkata...

happy belated bday weh

aina ilis berkata...

hepi belated bvday awak..
thanx untk mcm2 ye..
dia curang ag ngn saya.hari ni.
pedih.
emm.dun mind wif me

a.k.u.p.e.n.t.o.i berkata...

uhhhh.....belia harapan negara lagi...

Anem Arnamee berkata...

SALAM.

selamat hari lair pada hari yang lalu.
semoga hajat yang indah termakbul:)

azman berkata...

tak bole pijak tanah?

kena sedia 4 jenis tanah??

ko ni keturunan anak raja2 ka

fahruzzaman.Ismail berkata...

Exan_my: terima kasih!

YM Dato': insyaallah dan terima kasih byk2 kawan.

Sha: yoo...

eiza: amin2....
mudah-mudahan.

shin: terima kasih kembali..heee

abir: kembali....

azza: terima kasih byk2...

aina: sabar wahai si ashab...
ada balasannya utk semu tu.

aku pentoi: huis....jgn cmtu bro.
tinggi sgt tu.hahaha

arnamee: terima kasih

azman: yg dulu2.
aku penyambung tradisi keluarga aje.