03 Julai 2009

BARU BERJUMPA JALAN BALIK, AKU TERGOLEK DI JALANRAYA


22 Jun 2009
Jam 5.30 petang waktu tempatan(mungkin).

setelah bosan duduk menghadap komputer di sebuah cybercafe aku mengambil keputusan untuk berangkat pulang.
menuju ke sebuah stesen minyak untuk menberi si tenggiling hitam aku minum.
dengan penuh gaya,mutu dan keunggulan si tenggiling hitam aku meluncur laju meredah jalanraya.
di pertengahan jalanraya berhadapan sebuah sekolah menengah agama sebuah jep merah meluru keluar dari sebuah simpang.
dengan jayanya aku dapat mengelak dari kebodohan pemandu jep merah tersebut.
namun malang sememangnya tidak berbau wangi mahupun busuk.
jauh sekali berbau durian.
sebuah kereta iswara berada dihadapan aku siap dengan isyarat untuk mebelok ke sebelah kanan.
si tenggiling hitam sudah tidak dapat untuk berbuat apa2.
kakinya yang bulat tetap juga meluncur walaupun sudah cuba mencengkam tar jalanraya.
aku cuba mengawal keadaan sebaik mungkin.
namun hanya sia2.
si tenggiling hitam akhirnya mencium bontot iswara tersebut.
aku tergolek di atas jalanraya bersama si tenggiling hitam aku.

tup.....
gelap!

sedar dah ada kat klinik kesihatan.

siku ngan lutut luka.
tangan terseliuh.
satu kuku jari kaki terkopek.

malang sungguh.

si tenggiling hitam aku remuk muka depan.
rabak lagi poket aku nak repair kau tenggiling hitam.

dan alhamdulillah,
sekarang dah pun sihat.
si tenggiling hitam aku pun dah pulih dari kecatatan yang di alaminya.
cuma kau jer ada trauma sikit.

hahahaha....
.....................................

9 ulasan:

FARYN berkata...

adakah ko masih boleh bergelek pada konsert akan datang?

fahruzzaman.Ismail berkata...

sudah semestinya....
konsert akan datang ke sarawak.
ogos.
tungggguuuuuuuuuuuu....!

hahaha

Aloy Paradoks berkata...

kalau gua,, gua cari balik jeep merah tu... lepas tu ludah muka tuannya..

eiza in the house.. berkata...

Ya Allah..nasib ko tak parah..
malang betul2 tak tau kan..

Unknown berkata...

kuku kaki terkopek...
ouwhh...
sakit nyerr...

a.b geldofg berkata...

:)

sharamli berkata...

berhati2 di jln raYA

laki cikgu kimia berkata...

aduhh.. kuku tu yg akit amat aku bayangkan.. selain poket mu huhuu

get well soon!

fahruzzaman.Ismail berkata...

semua di atas: terima kasih atas keprihatian semua.

yg aku tak phm si ab...senyum plak dia.
senyum ada makna tu...hahahaha