21 November 2008

Rentetan Perjalanan dan Cerita Sekaki Payung

Penantian Sebuah Penyeksaan

Dilarang Merokok

Siapakah Pelancong Ini?


Sampai sudah melewati jam 01.30 petang. Kemudian setelah jam menghampiri pukul 02.30 petang hujan mula turun dengan lebatnya membasahi Bumi Kenyalang khususnya landasan di mana penerbangan aku AK 5209 akan menggunakannya.

Oleh yang demikian, penerbangan aku dari Kuching ke Kuala Lumpur terpaksa di tunda selama kira-kira 30 minit. Sudahlah begitu semua penumpang penerbangan tersebut hanya dibekalkan dengan sekaki payung untuk meredah hujan tersebut.

Terdengar oleh telinga aku yang agak peka ini terhadap sepotong ayat yang dilontarkan oleh salah seorang penumpang penerbagan tersebut seperti aku juga. Katanya, " inilah pengurusan AirAsia yang BODOH ".

Entah! Aku jga tidak tahu untuk berkata apa. Cuma timbul rasa sokongan terhadap apa yang dikatakan oleh penumpang tersebut. Tetapi aku menyokong bukan untuk diri aku, tetapi untuk seorang lelaki buta yang berumur kira-kira pertengahan 60 tahun. Lelaki buta tersebut di usung menggunakan kerusi roda untuk meredah hujan tersebut dan berbekalkan sekaki payung yang disediakan.

Pendaratan berlaku kira-kira melepasi jam 05.00 petang.

Alhamdulillah....

3 ulasan:

zuhairy hashim berkata...

bayar kurang untuk servis yang kurang

MNZaman berkata...

kiranya saudara dah berada di kampung halaman la ni? sudilah kiranya berjalan2 ke batu gajah. al-maklumla, saya tidak pandai "drive".

vidadarisakura berkata...

aku rela naik mas dari airasia..
tapi kalau suda perbezaan arga beratus2..tepaksa jg naik airasia..huh