19 November 2008

MENGAPA???


Mengapa aku menulis dalam Bahasa Melayu?

Petikan dari sebuah buku tulisan seorang aktivis di Malaysia.

“ saya menyokong penggunaan Bahasa Melayu bukan kerana saya Melayu. Saya menyokong kerana Bahasa Melayu inilah yang menjadi alat perantaraan antara kita semua sebagai warga negara Malaysia. ..”

“ saya mengakui bahawa bahasa akan dapat mengikat identiti diri yang boleh dikongsi bersama. Tetapi saya juga menolak hujah yang mengatakan bahawa bahasa adalah satu-satunya unsur yang boleh melahirkan perpaduan. Lihat sahaja 100 juta penduduk arab semuanya bertutur dalam bahasa Arab dan beragama Islam tetapi apa yang terjadi?”

“ dalam kes negara kita ini, amat jelas bahawa bahasa yang perlu dinobatkan sebagai bahasa perhubungan di antara kita semua sebagai warganegara ialah Bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa strategik atau bahasa asas untuk kegunaan kita semua. Oleh yang demikian, rasa saya tidak wujud semangat sempit untuk menerima sesuatu yang strategik sebagai agen perubahan yang membawa kepada kejayaan…” -Hishamuddin Rais -

Aku tidak menolak untuk mempelajari dan menggunakan bahasa kedua, ketiga atau seterusnya kerana aku juga mempelajari dan menggunakannya. Cuma aku hanya berfikir dan memandang dari sudut yang berbeza sahaja. Ini pendapat -aku-

Tiada ulasan: