19 November 2008

Penyelesaian yang telah lama dinanti-nantikan


Sejak Julai 2005 aku mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hinggalah hari ini tanggal 18 November 2008 maka berakhirlah sudah segala usaha dan kepenatan serta kelelahan aku dalam mengharungi liku-liku dalam menuntut ilmu di sebuah institut pengajian yang bernama Universiti Malaysia Sarawak.

Kesempitan pemikiran aku yang sesak dengan pelbagai perkara yang aku simpan didalamnya kini mula memberikan sedikit ruang untuk aku menambah dengan perkara-perkara lain serta memberikan kelawasan untuk aku berfikir secara agak lebih normal. Kesempitan yang disesakkan dengan pelbagai matapelajaran yang ditawarkan atau yang menawarkan dalam usaha untuk memantapkan pengetahuan aku kini sudah aku selesaikan dengan baik walaupun hakikatnya ada yang tidak berapa baik dari pandangan orang lain mungkin.

Namun aku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa.

Selepas ini kaki aku akan mula melangkah setapak kehadapan lagi untuk memasuki ke alam yang ada di hadapan aku dan mungkin jika masih diberikan rezeki dari Yang Maha Esa, mungkin aku akan dapat merasakan lagi kenikmatan atau kesengsaraan dalam usaha untuk memantapkan pengetahuan aku dalam perkara yang aku cari dalam memajukan diri aku.

Tiada ulasan: