Memaparkan catatan dengan label sekarang dah nak masuk bertiga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekarang dah nak masuk bertiga. Papar semua catatan

14 Januari 2009

RASAKANLAH WAHAI KAUM WANITA

Pagi yang indah...
Sinaran mentari pagi mencurah ke seluruh pelusuk alam.

*********

Sedang bersarapan pagi.
Enak menikmati santapan hasil masakkan orang tersayang (mak aku).
Nasi lemak bersulamkan teh panas memang membuka ruang-ruang kosong di pagi hari.

Terganggu...

kring...kring...kring...krrrriiiiiiinnnnnnnngggggggggggg

brengsek..aku nak makan la!

Melihat nama yang terpapar di skrin telefon.

Tertera nama Kakak Aku No. 3

Jawab... :

Aku: hello...

Kakak Aku No. 3: ..............................isk..isk..isk..

Hanya diam. (terdengar tangisan halus dihujung talian)

Aku: Hah! sapa pulak mati ni?

Kakak Aku No. 3: GILA! Tak bole ckp elok2 skit ker.

Aku: Dah tu! Yg kamu menangis cm mati laki pehal.

-Ringkasan-

**********

Kakak Aku No.3 mengadu yang dia dh dimasukkan ke Hospital sebanyak 4 kali dan 3 kali sudah dicucuk untuk menambah kandungan air dalam badan. Dia kata badan lemah, tak lalu makan. Semasa dia menghubungi aku tadi keadaannya masih kurang sihat dan baru sahaja pulang dari hospital.

Kata doktor yang merawat, itu fenomena biasa kepada kaum wanita yang sedang mengandung. Terdapat wanita hamil yang mengalami fenomena yang lebih teruk dari itu.

Kata aku yang bukan seorang pakar sakit tuan atau puan pulak, jangan nak merungut setelah kamu merasakan 'kesedapan' itu. Kerana 'kesedapan' yang kamu rasakan membuahkan hasil yang sebegitu. Jika hanya mahu merasakan 'kesedapan' tanpa membuahkan hasil, SILA ASAH PARANG KONTOT ITU DENGAN MENGGUNAKAN SARUNGNYA DAN AIR ASAHAN PARANG ITU BUANG DALAM BILIK AIR.

nota tercicir
menangis pun tarak guna sudah!