Memaparkan catatan dengan label Politikus Yang Menikus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politikus Yang Menikus. Papar semua catatan

03 Februari 2009

APA CER…NIH?

sambungan entri ‘moh ler kite mengundi lagi weh’

kecoh betol la dorang nih.
kejap letak jawatan, kejap nafi letak jawatan.
kalau dah Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri dah isytihar kosong macam mane pulak nak nafi2 nih.

ni yang buat aku panas ni..

orang dah sibuk2 nak pilihanraya kecil ni..
apa cer…korang nk fight kes kat mahkamah.
tuduhan tu pun belum tentu lepas lagi En.YB…

En.YB selesai satu-satu la.

nanti malam tak boleh tidur lena.
bukan En.YB je…
kesian la juga pada mereka-mereka dibawah En.YB.
penat tau semalam pukul berapa En.YB ajak bermesyuarat tergempar di Pejabat Gerakkan.
ada yang nak keluar getah pagi ni tak dapat, sbb driver hilux tak da.
penat bermesyuarat semalam.
ayam pun susah nak cari.
tak berniaga pagi ni, sbb bermesyuarat semalam.

macam-macam!

tengahari semalam pun ramai yang melangut kat kedai mamak ALOHA sebelah Pejabat Gerakkan En.YB.
semuanya melepek jer…
penat pikir strategi nak selamatkan lubang2 sendiri la kot.

En.YB….ooo En.YB….

Bangun la.

______________________________________________

Mula pula mendengar desas-desus calon yang ingin dipertandingkan…

Wooooo….waaaaaa...weeeeeee...
Kenal sangat aku semuanya!

sama aje.





nota tercicir
kena cari pencadang dan penyokong ni
bertanding jadi DUN ok nih
atas tiket parti cap buku hutang.....

.............................................

02 Februari 2009

MOH LER KITE MENGUNDI LAGI WEH….

Sejak 2 hari atau pun mungkin juga lebih dari itu otak aku kekeringan idea untuk menulis.
Entah kenapa ia jadi seperti itu???????????????
Sampai ada yang tak paham apa yang aku tulis.
Bahaya tol!
Maaf Banyak-banyak..

Celaka! untuk aku.....

_________________________________

Tapi tadi dengan bangganya aku tadi sudah mendaftar untuk membuat kad pengenalan yang baru.
Setinggi –tinggi TAHNIAH kepada aku.
Bertahun aku guna kad pengenalan yang dah terbelah dua ni.
Malas nak dengar, ramai yang dah 'sound' aku.
Kad pengenalan En. dah rosak, buat baru. nanti susah nak berurusan!

ciiiit!
Aku rebus dalam mesin basuh.
Puas hati.
Memang kool apabila disuruh memakai ‘Kot’ dengan berseluar pendek sahaja.
Siooot… akak yang ambil gambar tu boleh gelak dan kata ‘smart’ jugak awak pakai macam tu.
Dah macam YB tak jadi.

Wak luuuuuu……..!

Lepas aku keluar dari pejabat pendaftaran tu, aku menuju pulak ke kandang harimau.
Ya! Kandang harimau.
Alah yang iklan dia jakok ‘bisik tatu di kaki apai’ tu….
Nemu nuan?
Nak nemu??

………………………………..

Maybank lah

‘Transfer’ duit…
Ni lagi satu…boleh pulak budak pompuan kerani bank ni nak ajak aku beborak pulak.
Dia ingat aku suka berdiri lama-lama kat kaunter ni apa!
Aku ajak pegi minum kat restaurant Kurnia depan bank tu tak nak pulak.
Nasib baik muka kau sejuk mata aku memandang…heee


Setelah selesai urusan aku dikandang harimau, aku bercadang untuk terus balik sebab hari mau hujan.
Sedang melepasi sebuah kedai bersebelahan kedai 4D itu, aku terlihat akhbar ini.
Berpatah balik
Berhenti
Memegang akhbar itu
Ke kaunter
Bayar


Ini yang menarik perhatian aku.
Patutlah aku lihat dah kurang mereka-mereka menjaja cerita diwarung-warung kopi

Warung Atan Ko’in takda
Warung cik Rohani janda Pak Pak takda
Warung Razak kominis takda
Warung Usup Gajah ada,tapi jarang-jarang
Warung Kak Su pukul9, ramai. Markaz kot
Warung J.J(janda jamilah) lagilah takda, sbb yang banyak pak haji dan pak imam melepak sbb nak tengok tetek janda tu

sial...

Kemana mereka menghilang
Menunaikan umrah bersama YB ke?
Tidak! begitu rupanya
Rupanya ada udang yang belum di makan lagi

Kenapa pulak nak letak jawatan ni En.YB?
Habis macam mane rakyat-rakyat yang En.YB wakili ni?

Alahai YB..

Seorang dari mereka yang ingin meletak jawatan itu merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri N59 dimana tempat aku menulis tulisan ini sekarang.
En.YB tersebut aku agak mengenalinya..kerana aku pernah bersungguh-sungguh menjadi jenteranya satu ketika dahulu.

Cuma pada pemilihan yang terbaru aku tidak dapat bersama untuk membuang undi rosak kerana berada diseberang Laut China Selatan, lagipun aku sudah pun belot kerana berpaling tadah menjadi seorang ahli kepada parti PEMERHATI sahaja.

Hanya mahu melihat dan mendengar sahaja.
Menilai
Sampai waktu mengundi
Buang
Rosak

atau
Menyokong pihak sana
Atau sini
RAHSIA
Aku hanya PEMERHATI

En.YB…

Oooo….En.YB

Yang nak letak jawatan kenapa?
Panas ke sejuk?
Bukankah seronok atau berseronok?

Kalo udah gitu, moh ler kite mengundi sekali lagi weh…
Moh ler reramei…

nota tercicir
melatah cepat sangat
mata yang memerhati pun terjolok bila melihat
janganlah tinggi hidung sangat pada yang duduk dibawah

sekarang….?



...................................................